Sabtu, 10 Mac 2012

CAP gesa haramkan lolipop


KUALA LUMPUR 9 Mac – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan mengharamkan penjualan gula-gula lolipop pendafluor kerana didakwa mengandungi bahan kimia berbahaya.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, bahan kimia yang terkandung pada batang pendafluor itu sangat berbahaya dan menjadi kegilaan kanak-kanak.

Menurut beliau, berdasarkan ujian oleh Institut Kebangsaan bagi Menguji Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Vietnam, batang plastik lolipop itu mengandungi bahan seperti ftalat dan Poly Aromatic Carbon (PAH).

‘‘PAH adalah sejenis bahan kimia yang bertoksik dan hanya digunakan untuk tujuan industri seperti mencairkan cat. Ia boleh menyebabkan kanser atau mutasi gen dalam manusia,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tiada ulasan: