Ahad, 27 Februari 2011

Rockers pun kena ikut Rasulullah



Ismail Hashim

SHAH ALAM, 27 Feb: Jadilah sebagai sesiapa pun di dunia ini termasuk anggota kumpulan dan peminat rockers, namun setiap orang mestilah ingat bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah contoh ikutan terbaik kepada semua.

Ingatan itu dititipkan oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Nor yang bercakap di dalam majlis tazkirah sempena Ijtima' Rockers yang diadakan di pekarangan Stadium Malawati, malam tadi.

Majlis Green Zone itu diadakan sebagai aktiviti sampingan ketika mana peminat Maher Zain yang sempat membeli tiket menikmati dendangannya di dalam stadium, mereka yang datang namun tidak dapat masuk boleh mengikuti hiburan di luar.

Beberapa kumpulan rock telah mengadakan persembahan namun terbaiknya kerana boleh dikatakan setiap lagu dimasukkan unsur ketuhanan dengan lirik puitis dilagukan mereka sama ada secara solo atau berkumpulan.

Berselang seli dengan nyanyian rock itulah, Riduan menjelaskan keperluan semua manusia kembali kepada Allah dan Rasulnya dalam usaha menjayakan kehidupan sebagai Muslim di atas dunia penuh cabaran ini.

"Rabiul Awwal yang kita sambut bukan sahaja merupakan tarikh kelahiran Nabi kita, ia juga adalah bulan kewafatan dan peristiwa hijrah Nabi Muhammad daripada Makkah ke Madinah dalam usaha penegakan sebuah Negara Islam," tegasnya.

Beliau juga menyatakan keperluan menjadikan Nabi sebagai ikutan walaupun mereka berambut panjang atau pendek, berjanggut atau bermisai, suka kumpulan Loudness, Scorpion atau Deep Purple, mereka wajar ingat cintai Nabi adalah wajib.

Sebagai orang muda, jelasnya, boleh mendengar lagu namun mereka hendaklah berikan masa untuk mengkaji bagaimana Nabi mengubah sistem kehidupan jahiliah daripada buruk kepada terlebih baik.

"Sebagai orang muda, kita hendaklah menjadikan kehidupan kita menjadi lebih manfaat, ya kita berhenti sekejap untuk beri laluan kepada adik kita untuk meneruskan persembahan dan kita jumpa lagi selepas ini," jelasnya.

Banyak acara lagi yang diadakan sepanjang sehari program Green Zone ini termasuklah acara pertandingan nyanyian lagu Maher Zain dan sebagainya di mana hadiah kepada pemenang disampaikan sendiri oleh Maher.

Khamis, 24 Februari 2011

Wajah mirip manusia pada labah-labah



SEEKOR labah-labah mempunyai wajah seperti manusia (dalam bulatan) ditemui di Arne, Britain baru-baru ini.

WAREHAM, Britain - Seekor labah-labah yang ditemui di Arne, dekat ini mempunyai wajah seperti manusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang pekerja Persatuan Diraja Untuk Perlindungan Burung, Mark Singleton menemui labah-labah itu baru-baru ini.

Menurutnya, labah-labah itu memiliki wajah seperti manusia di bahagian perutnya. - Agensi

Isnin, 21 Februari 2011

Debat antara Pemuda Muslim dan Paderi Kristian




Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam.

Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.
Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja.

Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata,

“Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.”

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata,

“Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.”

Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi,

“Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?”

Paderi itu menjawab,

“Dari tanda yang terdapat di wajahmu.”

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata,

“Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.”

Si pemuda tersenyum dan berkata,

“Silakan!”

Sang paderi pun mulai bertanya,
“Sebutkan satu yang tiada duanya,
dua yang tiada tiganya,
tiga yang tiada empatnya,
empat yang tiada limanya,
lima yang tiada enamnya,
enam yang tiada tujuhnya,
tujuh yang tiada lapannya,
lapan yang tiada sembilannya,
sembilan yang tiada sepuluhnya,
sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
sebelas yang tiada dua belasnya,
dua belas yang tiada tiga belasnya,
tiga belas yang tiada empat belasnya.”

“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai roh!

Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?

Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!”

“Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang di azab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?

Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?”

“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca Basmalah dia berkata,
-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, “Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).”(Al-Isra’: 12).
-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.
-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
-Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).
-Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).
-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.” (Al-Baqarah: 60).
-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai roh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.” (At-Takwir: 18).

Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ” tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf:98)

Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai.” (Luqman: 19).

Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).

Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).

Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata,

“Apakah kunci syurga itu?”

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. Mereka berkata,

“Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!”

Paderi tersebut berkata,

“Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”

Mereka menjawab,

“Kami akan jamin keselamatan anda.”

Paderi pun berkata,

“Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.”

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

Sumber : Sabahdaily.blogspot.com

Khamis, 17 Februari 2011

Did ‘This American Life’ discover Coke’s secret formula?





By Brett Michael Dykes brett Michael Dykes – Tue Feb 15, 12:06 pm ET

One of the most closely guarded trade secrets in the history of commerce may be a secret no more: the radio show "This American Life" thinks it has found the exact recipe for the world's most popular soft drink in a 1979 newspaper article.

According to the show's host, Ira Glass, the drink's secret flavoring component, which was created by pharmacist John Pemberton in 1886, is something called "Merchandise 7X." The show's staff recently stumbled across the February 8, 1979 edition of the Atlanta Journal-Constitution, which published an article on page 28 about a leather-bound notebook that once belonged to Pemberton's best friend, another pharmacist in the Atlanta area named R. R. Evans. The notebook contained a number of pharmacological recipes--but the main entry, for students of commercial history, was what's believed to be the exact recipe for the soft drink: all of the ingredients listed with the exact amounts needed to whip up a batch.

The Journal-Constitution piece also featured a photo of the page in Evans' notebook detailing Coke recipe--essentially revealing the recipe to the world. But since 1979 well antedated the explosion of digital media, the photograph of the recipe didn't travel far beyond the Atlanta area.

Coke's recipe is one of the most closely guarded secrets in American commerce, steeped in cloak-and-dagger lore. After businessman Asa Griggs Candler bought out Pemberton--who also conjured up cough medicines and blood purifiers, among other things--in 1887 for $2,300, the exact recipe for 7X was placed in the vault in an Atlanta bank. It's been reported that only two company employees are privy to its ingredients and how they're mixed at any given time--and that those two aren't allowed to travel together out of fear that a traveling accident might take both of their lives.

According to company historian Mark Pendergrast, Candler was so paranoid about the recipe leaking out of his proprietary control that he would go through the company mail himself to prevent any employees from seeing invoices that might tip off its ingredients.

"It's this carefully passed-on secret ritual," Pendergrast told Glass, "and the formula is kept in a bank vault at Sun Trust, which used to be the Georgia Trust Company."

After Pendergrast reviewed the recipe in the 1979 newspaper photo, he concluded that it could well be the real deal: "I think that it certainly is a version of the formula," he said, adding, "It's very similar to a formula that I found" in one of John Pemberton's notebooks when he was doing research for the book. Coke, for its part, denies that the security of its secret formula has been breached. "Many third parties, including 'This American Life,' have tried to crack our secret formula," company spokeswoman Kerry Tressler said. "Try as they might, they've been unsuccessful." Coke's archive director Philip Mooney told "This American Life" that the recipe may well have been a "precursor" to the prized formula, but probably wasn't the version that "went to market."

So what's the secret to making Coke? Well, here's what was written in the notebook:

The recipe:

Fluid extract of Coca: 3 drams USP
Citric acid: 3 oz
Caffeine: 1 oz
Sugar: 30 (unclear quantity)
Water: 2.5 gal
Lime juice: 2 pints, 1 quart
Vanilla: 1 oz
Caramel: 1.5 oz or more for color

The secret 7X flavor (use 2 oz of flavor to 5 gals syrup):
Alcohol: 8 oz
Orange oil: 20 drops
Lemon oil: 30 drops
Nutmeg oil: 10 drops
Coriander: 5 drops
Neroli: 10 drops
Cinnamon: 10 drops

Pemberton had reportedly hit upon the formula for Coke in an attempt to overcome the addiction to morphine he contracted after the Civil War, so it's perhaps not surprising that, in addition to alcohol, the drink originally contained Coca leaves laced with cocaine. After Atlanta passed a local prohibition ordinance in the 1890s, the company took the booze out of the formula, and the company has used cocaine-free coca leaves since 1904.

When the beverage debuted in Atlanta-area pharmacies owned by friends of Pemberton, marketers pronounced it "a shot in the arm"-- while Pemberton himself hailed it as a cure for cure pain, impotence and headaches. In our more enlightened age, of course, we know that Coke "adds life"--together with a dollop or two of neroli and nutmeg oil.

CORRECTION: This post originally called "This American Life" "NPR's 'This American Life'." However, while the show does air on NPR, it is produced by Chicago Public Radio and distributed by Public Radio International.

(Photo: AP/Coca-Cola)

Lauren Booth 'Hijab Saya Jenama Saya'




Oleh Sakina Mohamed

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) - Enam tahun yang lepas wartawan Lauren Booth ke Palestin membawa bersamanya, seperti yang diakuinya sendiri, sikap memandang rendah orang lain.

Beliau beranggapan orang Arab adalah penakut, dan bersimpati dengan wanita yang memakai hijab, niqab dan burqa. Beliau menganggap golongan ini kurang senang dengan tradisi sendiri.

Tetapi hari ini Booth, yang juga merupakan penyiar dan aktivis hak asasi manusia, memperjuang secara aktif nasib orang Palestin - dengan berhijab.

"Saya ke Palestin dengan tanggapan bahawa wanita berhijab perlu diselamatkan daripada nasib malang mereka, suami dan penindasan. Saya bukan berniat merendahkan sesiapa tetapi inilah yang kami diajar di Barat."

Bagaimanapun, pengalaman beliau di Palestin membuktikan sebaliknya. Sikap besar hati serta kemuliaan yang ditunjukkan kepadanya oleh orang Palestin, walaupun mereka hidup serba daif, menyangkal apa yang dipercayainya selama ini - yang rantau mereka adalah paling ganas di dunia.

"Ia sesuatu yang mengejutkan bagi saya," katanya kepada Bernama dalam temubual eksklusif semasa lawatanya ke Malaysia, baru-baru ini. "Di sebalik hijab dan burqa, terdapat perkara-perkara yang saya tidak jangka - kemesraan, kelucuan dan sikap dikari."

Selepas bekerja dengan masyarakat Islam di Asia Barat selama lima tahun, beliau muncul sebagai penyokong kuat perjuangan rakyat Palestin.

Beliau berada di Malaysia sebagai penceramah undangan bagi Viva Palestina Malaysia, satu daripada cabang Viva Palestina di UK, sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang berusaha untuk mewujudkan dengan cepat sebuah negara Palestin yang bebas.

Booth memeluk Islam pada September 2010, dan mengumumkannya sebulan kemudian.

Warga Britain berusia 43 tahun ini berkata beliau memeluk Islam kerana pengalaman spiritual yang dialaminya semasa mengunjungi pusat ibadah Fatima al-Masumeh di bandar raya Qom, Iran.

"Saya sebenarnya tidak memikirkan untuk memeluk Islam. Pengalaman spiritual yang saya alami ini tidak dapat dijelaskan dan memberikan saya kebahagiaan dan ketenangan jiwa," kata beliau dalam satu temu bual bersama rangkaian berita Iran - Press TV - di mana beliau sedang bertugas sekarang ini.

REASKI MEDIA KERANA MEMELUK ISLAM

Booth berkata langkah beliau memeluk Islam bukan satu kejutan kepada ramai. Selama bertahun-tahun beliau lantang menyuarakan isu berkaitan dengan rakyat Palestin dan rakan-rakan Islam semakin dekat dengan hatinya. Bagaimanapun, katanya tersenyum, ada yang `berpura-pura terkejut' di dalam media.

Beliau percaya pihak tertentu dalam media Britain terbabit dengan kempen untuk mencemarkan nama baiknya selepas sahaja mengumumkan yang beliau kini beragama Islam.

Sebagai ipar kepada bekas perdana menteri Britain Tony Blair tindakan beliau itu dengan mudah mengundang kritikan.

"Adalah menarik untuk melihat betapa cepat media Britain mempersenda segala yang saya telah buat (sebelum memeluk Islam). Ia menunjukkan jurang besar dan rasa takut akan apa yang dilihat tidak diketahui wujud pada masyarakat Barat.

"Seorang wanita berpendidikan, seorang ibu, seorang petugas media selama 20 tahun terus dikecam selepas sahaja melafazkan syahadah dan memakai hijab di khalayak umum, dengan dakwaan sinis yang beliau mengalami kemurungan, krisis pertengahan hayat atau terdesak untuk sesuatu," katanya.

Booth berkata sekularisme begitu kuat dalam kalangan masyarakat Barat yang tidak dapat menerima kewujudan Tuhan yang maha esa.

Malangnya, kata Booth, pihak tertentu di dalam dunia media "melakukan tugas yang begitu baik" sehingga ramai warga Britain tidak akan membacanya tanpa rasa kasihan, meluat atau keraguan.

REAKSI BERCAMPUR DARIPADA RAKAN DAN KELUARGA

Sementara itu, rakan-rakannya pula lebih bersimpati.

"Tetapi saya rasa ada juga yang kecewa kerana kehilangan seorang rakan minum arak. Mereka tidak tahu untuk bersosial dengan minum teh kerana kita telah kehilangan kemahiran itu di dunia Barat," katanya berseloroh.

Reaksi daripada keluarganya pula bercampur.

Sementara beliau tidak banyak mengulas akan reaksi bapanya berhubung tindakan beliau memeluk Islam, kerana beliau tidak banyak berhubung dengan enam orang anak perempuannya, laporan media UK menunjukkan dengan jelas reaksi ayahnya, seorang pelakon Tony Booth.

Beliau memberi reaksi negatif kepada tindakan anaknya memeluk Islam dengan berkata anaknya itu langsung tidak berminat dengan agama dan meragui keikhlasannya dalam memeluk Islam.

Sebaliknya ibunya sebak gembira apabila mendapat tahu yang anaknya `mengalami ketenangan jiwa.

Walaupun segala keraguan yang timbul dalam kalangan keluarga, beliau berkata keluarganya memahami keputusannya itu. Adik bongsunya menyediakan ayam belanda halal bagi Krismas.

Dua orang anak perempuannya, sementara itu, sentiasa melihat Islam dari sudut positif.

"Apabila saya memaklumkan kepada mereka yang saya kini beraga Islam, mereka ajukan tiga soalan : sama ada saya akan melupakan alkohol, rokok dan menutup lurah dada? Apabila saya berkata ya kepada ketiga-tiganya, mereka mengisytiharkan: Yay! Kami cintakan Islam," katanya tertawa.

Timbul juga persoalan, bagaimana beliau menunjukkan reaksi kepada fitnah, ulasan negatif dan kritikan? Booth berkata tidak banyak yang beliau dapat lakukan kecuali menerima segala-galanya dan teruskan dengan kehidupan.

HIJAB ADALAH JENAMA

Berhijab biru, dan memakai blaus bertalipinggang serta seluar yang longgar, Booth mendedahkan pengalamnan pahit-manisnya dalam memeluk Islam dengan senyuman, satu aksesori yang dianggapnya penting bagi setiap wanita berhijab.

"Orang ramai berpendapat wanita Islam berhijab dirundung masalah hidup kerana apabila anda melihat mereka di stesen kereta api bawah tanah London, mereka sentiasa kelihatan berwajah `perang'. Inilah wajah yang mereka tampilkan dalam berdepan dengan apa sahaja diskriminasi yang mereka takuti.

"Tetapi di Barat, hijab adalah jenama anda. Jika anda tidak senang hati di khalayak umum orang ramai mungkin berpendapat anda dipukul oleh suami atau ayah anda membenci anda. Jadi, sentiasa senyum ," katanya.

Ramai wanita berhijab di London telah tampil bertemu Booth selepas menyaksikan kisah beliau melalui YouTube.

Gadis-gadis, seawal 12 tahun, memberitahunya akan masalah yang mereka alami setiap hari kerana menutup aurat mereka.

"Mereka memberitahu saya yang budak lelaki melihat mereka sebagai pengganas dan gadis lain pula beranggapan mereka ini bodoh tetapi selepas melihat saya begitu yakin dalam hijab, mereka juga berasa bangga tentang diri mereka," kata Booth.

Keluhan gadis-gadis ini membawa inspirasi kepada Booth untuk mencari idea bagi "hijab flashmob" wanita. "Saya mahu menyertai wanita muda berbakat dan mencari cara-cara imaginatif untuk memaklumkan kepada bukan Islam yang kami bukan sahaja mahu diterima; kami berada di sini, kami hidup dalam masyarakat madani, terimalah kami dan biarlah kami menjadi sebahagian daripada komuniti bersama."

Beliau menyambut baik idea-idea melalui e-mel di lauren.toirac@gmail.com.

Ciri asas di UK ialah tolak ansur, katanya. Tetapi sebagai wanita Islam, Booth berkata beliau bukan hanya mahu diterima atas dasar toleransi.

"Anda boleh menahan rasa sakit kepala. Anda boleh tahan bau busuk. Saya tidak mahu menjadi punca sakit kepala dan bau busuk kepada pihak lain. Jadi apa yang kita perlukan ialah penerimaan dan kesaksamaan."

-- BERNAMA

Ahad, 13 Februari 2011

Say No To Valentines Day



Hanya umat Islam perlu elak sambut Hari Kekasih

KUALA LUMPUR - Nasihat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya orang ramai menjauhi acara bertemakan sambutan Hari Kekasih atau Valentine Day esok hanya ditujukan kepada umat Islam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, nasihat itu tidak sepatutnya menimbulkan kekeliruan kepada kaum lain.

"Nasihat itu adalah untuk memberitahu bahawa daripada sudut agama Islam ia (sambutan Hari Kekasih) tidak sesuai, tetapi itu bukan bermakna kita hendak merendah-rendahkan Hari Kekasih atau tidak menghormati kaum lain.

"Ada amalan yang mungkin dianggap orang lain sesuai tetapi dalam Islam tidak sesuai kerana kaitan sejarahnya itu tidak sesuai bagi masyarakat Islam. Saya harap perkara ini tidak menjadi perkara yang boleh menimbulkan perasaan curiga,'' jelasnya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan terhadap perkhidmatan awam di Kuala Lumpur semalam.