Jumaat, 31 Disember 2010

Sesuatu Yang Menarik Untuk Dibaca

1. MATA - Bertindak balas dengan keadaan hati.

a.Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

b.Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

c.Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

d.Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

e.Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2.HIDUNG - Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

a. Selsema

i).Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.

ii).Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

b.Hidung sebu

i).Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.

ii).Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

c.Bersin

i).Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

ii).Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a.Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b.Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar setepas beberapa hari memakan RG.

c.Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

a.Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

b.Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5.BIBIR - Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.

a.Bibir pucat

i).Sistem penghadaman yang lemah.

ii).Perut mengandungi angin.

iii).Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

b).Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6.MULUT DAN LIDAH - Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a).Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

b).Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

c).Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7.TELINGA - Berkaitan dengan buah pinggang.

a.Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

b.Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8.KULIT

a.Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.

b.Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

c.Ruam dan Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

d.Kulit gatal dgn ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

e.Kulit pecah dan berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

9.RAMBUT GUGUR: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

10.SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a.Sendi Sakit

i).Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).

ii).Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).

iii).Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b.Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c.Kebas Tangan dan Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d.Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e.Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f.Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g.Rasa Panas Di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h.Gatal Di Celah2 Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

11.TANDA-TANDA DALAMAN - KEPALA

a.Kepala - Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

b.Pening / Sakit Di Bahagian Depan Kepala

i).Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

c.Pening / Sakit Di Bahagian Belakang Kepala

i).Bahagian atas : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.

ii).Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah

d.Sakit Kepala Dan Rasa Gas Keluar Dari Telinga - Menandakan penyakit migrain.

e.Bisul Terjadi Di Kepala - Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

f.Rasa Pening Yang Memusing - Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

12.MULUT / KERONGKONG

a.Loya / Muntah - Tanda penyakit lelah.

i).Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b.Muntah Darah

i).Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.

ii).Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut, misalnya penyakit ulser.

c.Lidah Rasa Tegang Dan Pendek- Tanda sakit jantung.

d.Keluar Air Liur Yang Pekat - Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman.

13.KENCING

a.Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang terkumpul.

b.Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c.Air Kencing Berlemak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d.Air Kencing Berwarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

e.Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

14.BUANG AIR BESAR

a.Cirit-birit / Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran / keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b.Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.

c.Najis Berdarah

i).Darah merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

ii).Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d.Najis Berwarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berfungsi.

15.TINDAK BALAS BADAN

a.Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah yg tidak lancar.

i).Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.

ii).Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.

iii).Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ- organ badan.

iv) Sakit menegang: Proses melancarkan pengaliran darah.

b. Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh-lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

c. Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d. Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

16.TINDAK BALAS EMOSI

a. Rasa Takut / Mudah Terkejut - Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

b. Cepat Naik Darah / Marah - Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

c. Rasa Bimbang Dan Takut - Sistem paru-paru yang lemah.

d. Rasa Seronok Atau Bimbang Tanpa Sebab - Sistem jantung yang lemah.


P/s: Sorry, I'm not good at translating to English and Please don't that it as a fact

because it's just a way of reminding us about our health.

Isnin, 27 Disember 2010

Hilangkan Stress Anda: Lembut Lidah



cuba la... best....seronok gila....
::: Lembut Lidah :::

‘vocab’ yang ada dalam Terengganu Dictionary.

jauh sapok…..teramatlah jauhnye

panah sang………panas yg teramat sgt

comel lote………comel yg amat

ija naung……….hijau kehijauan

sejuk ketto……..sejuk yg sgt2

itang lettung……tersangatlaa hitamnya

punoh jahnang……rosak

pughah hangik……hampeh gile

gugha bewok……..gurauan yg menyebabkn pgaduhan

air geh tujuh yu-pi cak katung jogek-jogek…air 7UP(kole beghang)

taik ayang muna….tahi ayam yg masih hangat

kona lepe………kona lipat

kelecak………..terpelanting

nakuk paik…….penakut yg amat

tinggi lonjong….tinggi sgt

tinggi nyayuk……sama cm diatas

masing pekkok…..teramat masin!

sekak netting…..singkat sgt (kain)

nipih nayyang…..sgt nipis

maknga…………cuai

babir………….degil (taktau nak eja camane)

jabir/supek/plastik ghok-ghak………plastic bag je padahal

koghok…………tengkorak

kehek………….muntahkan semula

puahsang……….boring

meppeh…………tak larat

kepeh blepeng…..kempis sgt(sampai mcm lempeng?)

lapo perut……..lapar (bahse ganu yg sering berangkai, sebut lapo misti ade perut)

ngatuk mate…….ngantuk (samela tak ble pisah ni.. kene bitahu eheh)

rokok cap unta nabai.. rokok camel (koleberang’s)

bodo dooh lalu……..bodo lebeh2 lebih2

koghok keghing nggoh….tengkorak yg sudah kering (cm mengata/mengumpat)

kelecak baghak……terpelanting

kerek tlage……konkrit mengepung telage

takdok aghoh……..habis ikhtiar

penuh poppok/rumbu…….penuh sampai melimpah

khapoh………..kerak (goreng pisang etc)

penuh nembok……penuh sampai melimpah

gemuk debbok……gemuk sgt

kuruh kering…..sgt kurus

botok licing…….botak licin (rambut)

beso jereguk…..besar

kecok………….jln terhincut2

gege…………..bising

suke glekek…….ketawe menggelekek

ketor geggor……terketar-ketar smp bergegar..hehe

manih leting……sgt manis

dulli mung……..tak ambik peduli

musing ketang caghi……cari merate-rate

letihsang………sgt letih

bapok gong……..sgt besar

gong…………..sombong

srupe tule/supatula…….serupe je

beghak nanang……sgt berat

ringang lepung…..sgt ringan

ketik nnyamuk……digigit nyamuk

makang kkucing…..dimakan kucing

kattok wong……..katak (siap ade bunyi tuu)

dop tahu starang…..tak tahu pun

busuk kohong….busuk gile

agah…org yg sombong

soheh dok munggg??… ko ni biar betul!!

brekmok… tuuttt(censored)

sewang……lbh kurang serabut jgk

membo nga bang……dok tahu nk explain

ape ke jadah …… apa hal

apah nyor…… hampas kelapa

anguh letong…… sangat hangus

bata golek ….. boaster/bantal pelok

bronok ….. sejenis kuih yg diperbuat drpd sagu

bekpang ……. sejenis kuih yg diperbuat drpd beras pulut

boloq woq …… serabut/kelam kabut

bahang ……. pukul kan!

Bluahh ……comot

culah …… malah

ceekiik……. cubit-cubitan

dokdang ……. tak sempat

glising ……merekah

iiising ……. gile dooo

ikang aye …… ikan tongkol

ikang kerah ekor …… ikan cencaru

kheloqq ……. tenggelam (mcm kepala kura2 masuk cengkerang)

tunggu stor ……. tunggu sekejap

Kupik ………kedekut

Kembit ……mengada-ngada

gembik…..lebeh kurang bwh ah nk berdua2an je

ngerek…… selalu bwk awek kot

Lembek ….. tilam

Lambur ……. beranda/balkoni

meroh merang ……..merah sangat

memang dok arr …….sesungguhnya bukan

musing ligak ……… berpusing2

musing ketang ……… berpusing2

ngoyang ……. meroyan

nyekik ……… menyampah

nyakit nyamang …….. tidak bersangkutpaut

nyeh-nyeh …….. mengada-ngada

nisang …….gula melaka

skekk ….. sedikit

se`jek …… masjid

sekut merri ……biskut merrie

sekut……….biskut

se’eh …… kenyang sangat

sorok……. drawer

tawor hebbe ……. tawar gile

tawor lembo….tawar(air)

tohok……buang

senyak tupih…..senyap sunyi

tinggi sayuk….sgt2 tinggi

beso jalo…..sudah besar(org)

kecik tuik…..kecil sgt2

pucak kesi…….pucat

bising bango…..bising sgt

uduh sepang…..hodoh

uduh sepang ko’ong…….hodoh sgt2

tupul glebek…..tumpul(cm pisau ke)

patoh riok….patah(tangan)

pendek kettok…..pendek ah

gelak kattok……gelap gelita

kuning siyor……kuning

buruk leppok…..baru

toho leppeh…..air yg cetek

tubek kembong ……. buasir

Wohhulu ….. bahulu

tubek …….keluar

panah ketik…….. panas yang teramat

paik nepang…..pahit yg amat2

kuba balo….kerbau yg ada wana perang2

beng ikang……… van@lori yg bawa ikan

nebeng ngoh……ter over

pekat likat…..pekat ah

wak mmunoh…..merosakkan

kenayat…… khianat

ngate riti ……. bersepah

lokkk ………….biarkan (petua nasihat)

Khamis, 23 Disember 2010

Untuk Kaum Hawa Di Luar Sana Sila Ambil Perhatian



1. Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
2. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
3. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
4. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
5. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
6. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.
7. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.
8. Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
9. Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
10. Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.
(petua nasihat)

*Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab,“Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).(akhowattanawi)

Isnin, 20 Disember 2010

Anak UFO minum petrol



Minum Minyak...Tak Minum Kepala Pening
Posted by [autaman]

Jesen Khairul Fuadi, berusia enam tahun mempunyai kebiasaan yang unik iaitu meminum minyak. Kebiasaan ini sudah dilakukan sejak dia berusia satu tahun. Setiap hari, kanak-kanak yang belum sekolah itu boleh menghabiskan dua hingga tiga liter minyak.

Kemana pun pergi dia mesti membawa minyak bersamanya. Mulut dan hidungnya selalu membau dan meminum bekas yang membawa minyak itu. Dia mengaku pening jika tidak membau aroma minyak itu.

Bapanya mengaku sudah kerap melarang anaknya meminum minyak. Berbagai cara telah diusahakan agar kebiasaan buruk anaknya itu berhenti seperti diterapi dengan pengubatan alternatif, menyembunyikan semua bekas berisi minyak dan mengganti minyak dengan air tetapi masih juga gagal.

Akibat meminum minyak itu pertumbuhan tubuh Jesen tidak normal dibanding anak seusianya. Tubuhnya tampak mungil, rambutnya kusam dan matanya sayu.

Khamis, 16 Disember 2010

Kenapa haram lukis wajah nabi Muhammad s.a.w




Pada 30 September 2 tahun lepas, akhbar Denmark, Jyllands-Posten serta akhbar beberapa Negara Barat telah mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia dengan penyiaran beberapa karikatur yang menghina Nabi Muhammad s.a.w. Sebuah akhbar tempatan, Sarawak Tribune yang turut menyiarkan karikatur itu juga telah digantung penerbitannya oleh kerajaan sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Baru-baru ini laman facebook pula bertindak biadap menganjurkan hari melukis wajah nabi Muhammad s.a.w
Berikutan isu yang berlaku ini, masyarakat kembali hangat memperkatakan soal hukum menggambarkan wajah atau tubuh Nabi Muhammad s.a.w. sama ada dalam bentuk lukisan ilustrasi, ukiran patung dan seumpamanya. Di kalangan masyarakat bukan Islam pula, segelintir mereka mempertikaikan soal kerasionalan agama Islam tidak membenarkan lukisan wajah atau jasad Nabi Muhammad s.a.w. Bagi mereka apakah rasionalnya agama Islam menegah umatnya atau orang lain untuk melukis sebarang ilustrasi yang dikaitkan secara langsung kepada Nabi s.a.w.? Adakah agama Islam terlalu bersikap konsorvetif sehingga menghadkan hak kebebasan untuk berfikir dan berkreatif oleh umatnya sendiri? Adakah akidah Islam terlalu rigid sehingga melukis wajah atau jasad Nabi s.a.w. boleh dianggap sebagai sesuatu yang boleh menggelincirkan akidah daripada landasannya yang benar?
Mungkin inilah beberapa kemusykilan dan persoalan yang sering berlegar-legar di minda mereka yang mahukan penjelasan dan kebenaran di sebalik isu yang timbul ini. Golongan bukan beragama Islam di Malaysia boleh jadi bersetuju sekiranya kita mengatakan bahawa karikatur yang menggambarkan wajah dan sifat Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana yang disiarkan oleh beberapa Negara Barat itu adalah sesuatu yang melanggar etika beragama dan memang sepatutnya diharamkan memandangkan ia menyentuh soal sensitiviti beragama yang merupakan suatu hak yang tidak boleh dipertikai, disentuh atau diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak. Sudah menjadi kelaziman setiap bangsa dan Negara di dunia bersepakat untuk mengatakan soal agama adalah sesuatu yang suci dan tidak sekali-kali boleh dijadikan bahan sindiran dan gurauan.
Namun persoalan yang masih wujud, apakah rasionalnya agama Islam tetap tidak membenarkan lakaran gambar Rasulullah s.a.w. dalam apa jua cara dan kaedah? Menjawab pertanyaan ini perkara penting yang harus difahami oleh setiap individu yang ingin melibatkan diri dalam polemik ini iaitu memahami bahawa Islam itu terbahagi kepada dua aspek utama yang saling berkait antara satu dengan lain dan adalah mustahil untuk memisahkan antara kedua-dua aspek ini.
Dua aspek yang dimaksudkan itu ialah akidah dan syariah. Akidah dalam Islam adalah sesuatu yang menjadi pegangan atau kepercayaan umat Islam, secara kasar ia meliputi soal ketuhanan, kenabian dan Hari Akhirat. Manakala syariah pula merupakan suatu sistem perundangan atau cara hidup yang ditetapkan melalui sumber-sumber hukum tertentu yang antara lain bertujuan untuk menjaga kemurnian dan keutuhan akidah umat Islam itu sendiri. Sebagai contoh Islam menetapkan dari sudut akidah bahawa wajib setiap umat Islam mempercayai bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang rasul, manakala syariah pula menetapkan dan mengukuhkan lagi doktrin kepercayaan ini dengan menegaskan bahawa umat Islam yang memungkiri kepercayaan ini dengan sengaja tanpa sebarang takwilan dan keuzuran harus dijatuhi hukuman tertentu sebagai balasan di atas keengkarannya itu.
Dalam perspektif ini, syariah didatangkan oleh Islam dengan membawa pelbagai metod yang bersifat murunah atau fleksibel bertujuan membendung sebarang gejala yang boleh merendahkan, menghina mahupun merosakkan Islam, apatah lagi perkara yang menyangkut soal akidah dan kepercayaan atau disebut juga keimanan. Oleh itu dalam banyak-banyak metod yang digunakan oleh syariah untuk membendung kerosakan adalah kaedah yang dipanggil sadd al-zari’ah yang bermaksud ‘menyekat jalan-jalan kerosakan’. Kaedah ini adalah antara yang terbanyak digunakan sebagaimana yang terdapat di dalam nas-nas syarak yang bertujuan untuk menyekat terlebih dahulu sebarang jalan yang dikhuatiri boleh menjerumuskan umat Islam ke lembah kerosakan dan kemusnahan.
Sebagai contoh, Islam melarang perbuatan zina, larangan ini pula telah diterjemahkan oleh syariah dengan menyediakan batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita malah menetapkan etika berpakaian tertentu yang bertujuan secara umumnya untuk menyekat semua jalan-jalan yang boleh membawa kepada zina. Begitu juga sekiranya kita berbalik kepada soal hukum melukis atau membuat lakaran wajah dan jasad Nabi Muhammad s.a.w., larangan terhadap perbuatan ini mempunyai signifikan tertentu memandangkan ia menyentuh secara langsung terhadap akidah anutan umat Islam itu sendiri dan memberi ruang untuk melakukan perbuatan tersebut ditakuti boleh memudaratkan kepercayaan dan keimanan bahkan melunturkan kesucian akidah Islam.
Pada dasarnya sudah ada hukum yang jelas oleh syariah berkaitan dengan gambar yang dibuat untuk diagung-agungkan atau dikuduskan. Sejarah wathanniyah (keberhalaan) membuktikan bahawa golongan awal telah menghasilkan gambar atau patung bertujuan untuk kenang-kenangan, tetapi kemudiannya sampai ke tahap menguduskan dan menjadikannya sebagai perantaraan untuk beribadah.
Ahli tafsir menjelaskan tentang firman Allah s.w.t. melalui lisan Nabi Nuh a.s., “Dan mereka berkata, “Janganlah sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula kamu meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula suwa’, yaghuts, ya’uq dan nasr” (Nuh: 23), bahawa nama berhala yang disebutkan dalam ayat ini asalnya adalah nama-nama orang-orang soleh, tetapi ketika mereka meninggal dunia, syaitan membisikkan kaum mereka agar membuat patung-patung peringatan di majlis-majlis mereka dan menamakan mereka dengan namanya. Maka kaum itu pun melakukannya. Asalnya ia tidak disembah, tetapi setelah generasi mereka hancur dan ilmu telah dilupakan, ketika itulah patung-patung tersebut disembah.
Dalam hal ini jelas menunjukkan bahawa syarak menegah daripada menggambarkan Nabi Muhammad s.a.w. dalam bentuk lukisan dan sebagainya adalah untuk mengelakkan sebagaimana apa yang terjadi ke atas umat terdahulu sehingga sampai ke peringkat mengagungkan orang-orang suci mereka seumpama beribadah kepada tuhan.
Logika lain pula yang membawa kepada tegahan tersebut adalah dilihat kepada beberapa andaian yang boleh berlaku berdasarkan analisis para ulama Islam seperti berikut:-
a. Mengimaginasikan wajah atau jasad Nabi Muhammad s.a.w. sama ada dalam bentuk watak lakonan mahupun lukisan atau selainnya sekali-kali tidak akan dapat menyamai peribadi sebenar wajah atau jasad Nabi Muhammad s.a.w., oleh itu ia boleh membawa kepada impak pembohongan ke atas Rasulullah s.a.w. dalam bentuk perbuatan kerana pembohongan tidak semestinya dengan lidah semata-mata. Maka pembohongan ke atas rasul adalah sesuatu yang jelas pengharamannya dengan nas hadith sahih yang menyebut: “Barangsiapa yang membohongi aku dengan sengaja, maka tersedialah tempatnya di dalam neraka”.
b. Keaiban dan kekurangan yang berlaku disebabkan oleh kelemahan manusia untuk memberikan gambaran sebenar terhadap wajah dan jasad Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana yang dilihat sendiri dengan mata yang sihat adalah merupakan sesuatu yang mencacatkan keperibadian Rasulullah s.a.w. seterusnya dianggap sebagai perbuatan yang menyakitkan Rasulullah s.a.w. Hukum menyakitkan Rasulullah s.a.w. sendiri adalah sangat ditegah dan diharamkan oleh syariat berpandukan firman Allah s.w.t.: “Sesungguhnya orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, Allah melaknati mereka di dunia dan di akhirat serta bagi mereka disediakan azab yang menghinakan”. (Surah al-Ahzab: 57)
c. Nabi Muhammad s.a.w. adalah merupakan model ikutan umat baginda, oleh itu mengimaginasikan baginda sehingga membawa kepada kecacatan dan keaiban boleh mencetuskan pandangan atau persepsi yang tidak adil atau menyeleweng terhadap keperibadian Rasulullah s.a.w. bagi umat yang mengikutinya. Sedangkan Allah s.w.t. berfirman dalam al-Qur’an: “Mereka (para nabi) itulah yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dengan petunjuk mereka (para nabi) itu, ikutilah ia”. (Surah al-Ahzab: 21)
d. Gambaran atau lukisan yang tidak bertepatan malah mustahil untuk ia bertepatan dengan keperibadian sebenar Nabi Muhammad s.a.w. yang dipamerkan juga boleh mengundang kesangsian umat Islam terhadap keimanan mereka kepada Nabi Muhammad s.a.w. atau sekurang-kurangnya melahirkan rasa hilang hormat terhadap kekudusan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai insan yang sempurna dari sudut akhlak dan kejadiannya. Implikasi yang lebih berat adalah ia boleh menjejaskan kepercayaan umat Islam terhadap Nabi Muhammad s.a.w. sebagai qudwah ikutan serta sumber rujukan umat Islam selepas al-Qur’an.
Selain hujjah-hujjah di atas, keimanan kepada Nabi Muhammad s.a.w. juga merupakan salah satu cabang beriman kepada perkara yang ghaib. Namun ia termasuk dalam kategori ghaib yang tidak mutlak memandangkan Nabi Muhammad s.a.w. hanya ghaib bagi umatnya yang terkemudian dan tidak ghaib bagi para sahabat dan generasi yang sempat hidup dan melihatnya ketika hayat baginda. Oleh itu adalah menjadi sesuatu yang perlu diwaspadai kerana betapa banyak kesesatan yang wujud pada hari ini adalah berpunca daripada keterlaluan di dalam membicarakan persoalan ghaib.
Perkara ghaib dalam masyarakat Melayu pula sering dianggap sebagai sesuatu yang misteri, mistik, keramat dan sebagainya yang dikhuatiri kesemuanya boleh menjurus kepada kepercayaan khurafat. Membenarkan lukisan wajah atau jasad Nabi Muhammad s.a.w. juga bermakna membuka jalan untuk golongan tertentu melukis serta mengimaginasikan seluruh perkara-perkara ghaib lain yang terdapat di dalam Islam seumpama melukis gambaran Allah, malaikat, syurga, neraka dan selainnya.
Dari sini maka akan timbul pelbagai perkara tahyul dan khurafat yang boleh merosakkan kesucian Islam sedangkan Islam sendiri merupakan agama yang sangat mementingkan fakta, realiti dan kebenaran. Menurut kesimpulan takrifan khurafat yang dibuat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di dalam buku Garis Panduan, Bahan Penerbitan Bercetak dan Audio Visual JAKIM, khurafat ialah sesuatu perkara mempesonakan berbentuk rekaan atau dongeng (legenda) yang karut yang menyimpang dari ajaran Islam sedangkan tahyul pula iaitu semua cerita sama ada khayalan atau rekaan yang meliputi cerita-cerita yang mempesonakan dan bercampuraduk dengan perkara-perkara yang dusta.
Bertolak dari penjelasan ini kita boleh membuat konklusi bahawa membenarkan imaginasi lukisan atau gambaran Rasulullah s.a.w. secara langsung atau tidak langsung boleh menjurus kepada memasukkan unsur-unsur khurafat, tahyul dan khayalan ke dalam akidah Islam seterusnya ini sedikit demi sedikit akan menghakis sifat Islam sebagai agama yang bersih daripada dongengan, lebih-lebih lagi ia akan merosakkan sistem tathabbut iaitu memastikan setiap apa yang disandarkan kepada agama itu adalah betul-betul benar seperti yang disusun oleh para ulama seumpama dalam metodologi ilmu hadith dan ilmu usul fiqh.
Berasaskan dalil-dalil dan hujjah-hujjah yang dibentangkan di atas maka kita dapati bahawa para ulama Islam serta beberapa institusi Islam terkemuka telah mengumumkan fatwa pengharaman menghasilkan lukisan atau apa-apa gambaran berbentuk imej Rasulullah s.a.w.. Antaranya adalah fatwa Syeikh Hasnain Makhluf pada bulan Mei 1950 dalam kitab al-Fatawa al-Islamiyyah, jilid 4, mukasurat 1297, Lajnah Fatwa al-Azhar pada bulan Jun 1968, Majlis Majma’ Buhuth al-Islamiyyah pada bulan Februari 1972 dan Majlis Majma’ al-Fiqh al-Islami Makkah kali ke-8 pada tahun 1405 hijrah.
Pengharaman ini adalah bertitik tolak daripada pendirian para ulama Islam yang mahu menjaga kepentingan Islam serta penganut agama Islam itu sendiri dan ia telah dijelaskan berpandukan hujjah-hujjah naqli (al-Qur’an dan al-Sunnah) dan aqli atau rasional pemikiran manusia. Namun sekiranya masih kedapatan mereka yang masih mempertikaikan keputusan tersebut, itu bukanlah timbul kerana kepincangan hujjah-hujjah di atas tetapi sekadar sifat manusia yang tidak pernah puas serta tidak tahu menghormati kepercayaan orang lain ditambah pula dengan ketegaran untuk tidak memahami keutamaan keharmonian beragama di Negara ini.

Selasa, 14 Disember 2010

Meneladani perbuatan Rasulullah



Perbuatan-perbuatan yang dilakukan Rasulullah dibagi menjadi dua macam. Ada yang termasuk perbuatan-perbuatan jibiliyah, iaitu perbuatan yang dilakukan manusia secara fitri, dan ada pula perbuatan-perbuatan selain jibiliyah. Perbuatan-perbuatan jibiliyah, seperti berdiri, duduk, makan, minum dan lain sebagainya, tidak ada perselisihan bahawa status perbuatan tersebut adalah mubah (harus), baik bagi Rasulullah maupun bagi umatnya. Oleh kerana itu, perbuatan tersebut tidak termasuk dalam kategori mandub (sunat).

Sedangkan perbuatan-perbuatan yang bukan jibiliyah, boleh jadi termasuk dalam hal-hal yang ditetapkan khusus bagi Rasulullah, dimana tidak seorang pun diperkenankan mengikutinya (haram); atau boleh jadi tidak termasuk dalam perbuatan yang diperuntukkan khusus bagi beliau. Apabila perbuatan itu telah ditetapkan khusus bagi Rasulullah, seperti dibolehkannya beliau melanjutkan puasa pada malam hari tanpa berbuka, atau dibolehkannya menikah dengan lebih dari empat wanita, dan lain sebagainya dari kekhususan beliau; maka dalam hal ini kita tidak diperkenankan mengikutinya. Sebab, perbuatan-perbuatan tersebut telah terbukti diperuntukkan khusus bagi beliau berdasarkan Ijmak Sahabat. Oleh kerana itu tidak dibolehkan meneladani beliau dalam perbuatan-perbuatan semacam ini.

Akan halnya dengan perbuatan beliau yang kita kenal sebagai penjelas bagi kita, tidak ada perselisihan bahawa hal itu merupakan dalil. Dalam hal ini penjelasan tersebut boleh berupa perkataan, seperti sabda beliau:

صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَليِّ
“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat”

خُذُوْا عَنِّيْ مَنَاسِكَكُمْ
"Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang telah aku kerjakan)"

Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan beliau merupakan penjelas, agar kita mengikutinya. Penjelasan beliau bisa juga berupa qaraain al ahwal, yakni qarinah/indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, seperti memotong pergelangan pencuri sebagai penjelas firman Allah SWT:

فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا
"Maka potonglah tangan keduanya." (Surah Al-Maidah : 38)

Status penjelas yang terdapat dalam perbuatan Rasulullah, baik berupa ucapan maupun indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, dapat mengikuti hukum apa yang telah dijelaskan, apakah itu wajib, haram, mandub(sunat) atau mubah(harus) sesuai dengan arah penunjukan dalil.

Sedangkan perbuatan-perbuatan beliau yang tidak terdapat di dalamnya indikasi yang menunjukkan bahawa hal itu merupakan penjelas, bukan penolakan dan bukan pula ketetapan. Maka dalam hal ini perlu diperhatikan apakah di dalamnya terdapat maksud untuk bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) atau tidak. Apabila di dalamnya terdapat keinginan untuk bertaqarrub kepada Allah maka perbuatan itu termasuk mandub(sunat), di mana seseorang akan mendapatkan pahala atas perbuatannya itu dan tidak mendapatkan balasan jika meninggalkannya. Misalnya Solat Duha. Sedangkan jika tidak terdapat di dalamnya keinginan untuk bertaqarrub, maka perbuatan tersebut termasuk mubah(harus).

Jumaat, 10 Disember 2010

Pesanan terakhir Rasulullah (Isi khutbah terakhir Rasulullah)



Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Rabu, 8 Disember 2010

Saintis kaji rahsia haiwan boleh pulihkan organ yang terputus


HAIWAN salamander Axololt boleh memulihkan organ tubuhnya yang putus.


HANOVER - Anggota badan dan organ manusia yang kudung boleh tumbuh semula pada masa depan setelah sekumpulan saintis di Jerman semakin hampir membongkar rahsia bagaimana haiwan salamander menumbuhkan semula kakinya yang putus atau memulihkan organnya yang tercedera, lapor sebuah akhbar semalam

Kumpulan saintis Sekolah Perubatan Hanover di sini sedang mengkaji haiwan salamander Axolotl yang hidup di Mexico.

Mereka berjaya mengasingkan gen amfibia itu yang berfungsi menumbuhkan semula organnya dengan harapan gen berkenaan dapat digunakan untuk menumbuhkan organ manusia kelak.

"Proses penyembuhan haiwan salamander Axolotl berlaku dalam sekelip mata," kata seorang saintis kumpulan itu Björn Menger yang disiarkan dalam majalah tempatan, Spiegel pada minggu ini.

"Anda dapat menyaksikan sendiri proses penyembuhan itu berlaku," tambahnya.

Selain anggota badan, ia juga dapat memulihkan kecederaan pada otak dan saraf tunjangnya sekali gus meningkatkan harapan pesakit yang lumpuh untuk kembali berjalan. - Agensi (kosmo)

Isnin, 6 Disember 2010

7 Cara Untuk Berjaya Dalam Pelajaran



1.Bertanggung jawab pada diri sendiri. Tanggung jawab merupakan salah satu kayu pengukur sama ada anda sudah mulai berusaha menentukan sendiri keutamaan, waktu dan sumber-sumber yang boleh dipercayai dalam mencapai kejayaan belajar.

2.Berikan tumpuan terhadap nilai dan prinsip yang anda percaya. Tentukan sendiri mana yang penting bagi anda. Jangan biarkan rakan atau orang lain menentukan apa yang penting untuk anda.

3.Dahulukan mana yang penting. Lakukanlah dulu keutamaan-keutamaan yang telah anda tentukan sendiri. Jangan biarkan orang lain atau hal lain mengganggu apa yang telah anda tetapkan.



4. Anggap anda berada dalam "win-win situation". Anggaplah rakan anda yang banyak membantu dalam belajar bersama dan banyak memberikan idea baru dalam melakukan tugasan juga sebagai saingan anda dalam kelas. Dengan cara ini, anda akan selalu terdorong untuk melakukan yang terbaik (do your best) di dalam kelas.

5. Fahami orang lain, maka mereka akan memahami anda. Ketika anda membincangkan suatu masalah akademik dengan guru, misalnya menanyakan tentang nilai matematik atau meminta tambahan waktu untuk menyiapkan kerja, tempatkan diri anda sebagai guru tersebut. Cuba tanyakan pada diri anda, apakah alasan yang paling sesuai untuk diberikan ketika berada dalam posisi guru tersebut.

6. Cari penyelesaian yang lebih baik. Apabila anda tidak memahami tajuk yang diajarkan pada hari ini, jangan hanya membaca ulang bahan tersebut. Cuba cara lain pula. Misalnya, bincangkan tajuk tersebut dengan guru, rakan, kelompok belajar atau dengan guru pembimbing (mentor) kamu. Mereka akan dapat membantu anda untuk memahami tajuk itu dengan lebih baik.

7. Cabar diri sendiri secara berkesinambungan. Dengan cara ini, pelajar akan terasa mengasyikkan, dan mungkin anda mendapat idea-idea yang cemerlang. Semoga 7 langkah ini dapat membantu anda belajar secara efektif dan berjaya dalam pelajaran.


Sumber: 7 Cara Untuk Berjaya Dalam Pelajaran | MalaysiaSensasi.Net

Ahad, 5 Disember 2010

inilah hasilnya......


ni la kek batik yang aku cuba buat semalam tu....tak berapa nak jadi larh kek batik aku ni..baru first time la katakan....takpe lain kali boleh buat lagi...

Sabtu, 4 Disember 2010

JOM KITA BUAT KEK BATIK SESAME....

hari ni first time aku buat kek batik dengan mak dan adik aku....sekarang ni ngah sejukkan kek tu...dah siap nanti kita tengok hasilnya camne...


* 1 packet milo (packet yg plg kecil)
* 1 tin susu cair (biase guna susu carnation evaporated)
* 1 buku buttercup
* 1 cawan gula halus
* 1 biji telur ayam
* serbuk koko (dlm 1 sudu besar)
* 1 1/2 packet biskut marie (lbh sedap kalau gne biskut marie biase bkn yg perisa koko)

Cara-cara

1. masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie)
2. cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yg kecil
3. kacau bahan-bahan tu smpi pekat (dlm 15 min)
4. bila da pekat, tutup api dan masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati
5. then, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan
6. pastu, masukkan dlm peti sejuk untuk keraskan. kalau dah keras bru sedap dimakan...selamat mencuba (from= sioloon.com)

Selasa, 30 November 2010

Fadhilat Bismillah





Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.
Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.
Membaca 41 kali Bismillah ke telingan orang yang pengsan, insya Allah dia akan segera sedar. Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insya Allah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.
Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu. Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.
Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.
(islam for all)

Isnin, 29 November 2010

Jom belajar Silat SPELET bersama ustazcyber





Lakaran langkah sembah dan langkah tempur silat spelet ustazcyber

Ahad, 28 November 2010

Makanan Haram Punca Doa Sukar dimakbulkan

Asslamualaikum..
Allah Subhanu Wa Taala, pernah berkata kepada nabi Musa..Janganlah kamu segan untuk berdoa meminta rezeki dariKu walaupan nampaknya lekeh dan kecil sekalipun
apa yang kami minta itu makanan untuk kamabing-kambing gembalaan mu. Jaga perutmu dari benda yang haram..mudah-mudahan doamu diperkenan..Makan yang haram merupakan penghalang makbulnya doa seseorang hamba.
.
LOVE KFC ? KESIANKANLAH DIRI KITA

Persoalanya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan halal
atau
haram sesuatu makanan itu diperbuat contohnya daging babi...sememangnya
haram. Persoalannya ialah cara penyediaan sesuatu makanan itu dibuat.
Saya ambil satu contoh, semasa saya menghadiri satu kuliah ilmu, Ustaz
Daud
Che Ngah ada menceritakan Kes KFC. Begini ceritanya :



Pihak KFC bercadang hendak memberi makanan percuma berupakan ayam
goreng
KFC kepada jemaah haji Malaysia yang sedang menunggu giliran sebelum
untuk
diangkut dari Kelana Jaya ke Subang / KLIA. Maka Boss Ustaz Daud
menyuruh
beliau menyiasat cara penyediaan ayam itu dibuat dan memberikan laporan
kepadanya sama ada boleh atau tidak mengikut syarak.

Pusat dan ia dimulakan seawal jam 6.00 pagi. Ustaz Daud mengambil
keputusan untuk sembahyang Subuh berdekatan dengan pusat tersebut.
Selesai
solat subuh kedengaran siren dibunyikan menanda pekerja KFC mesti
memulakan
tugas memyembelih ayam. Para pekerja yang duduk berhampiran dengan
pusat
penyembelih an/hostel muda-muda terus memakai pakaian seragam mereka
dan
terus membuat kerja. Satu persatu ayam digantung dengan kaki keatas dan
sayap dikepit. Ayam dipotong dan seterusnya dijatuhkan dalam air suam.

Dalam laporan Ustaz Daud Che Ngah kepada Bossnya beliau mengatakan KFC
tidak boleh dimakan dan dihidangkan kepada jemaah haji kerana :


a. Sewaktu sembahyang subuh, tiada seorang pun tukang sembelih yang
menunaikan solat subuh.


b. Ayam yang disembelih tidak mati / dibiarkan bebas tetapi terus
dijatuhkan dalam air panas / letrik


c. Ayam tersebut berada dalam keadaan terseksa dengan kedua kaki
(yang
terbalik) kepak terikat.

Oleh yang demikian maka Ayam tersebut tidak boleh dimakan. Oleh kerana
ianya telah disahkan oleh JAKIM maka dosa tu depa yang tanggung. Saya
sejak
dengar tempoh hari tidak makan KFC insyallah dan wallahualam.
************************************************************************
*************

Assalamualaikum wbk.

Ini cerita pengalaman seorang hamba Allah di kampung aku la. Recently
seorang hamba Allah di kampung aku ni dapat offer masuk KFC / Pizza Hut
management trainee. Lepas buat medical checkup, etc, maka berangkatlah
dia
ke KFC training center kat Kelana Jaya. Khabarnya dia diberi penginapan
kat
Sentul. So tiap2 hari kenalah dia berulang ke Kelana Jaya untuk
training
session dia. Sepanjang waktu latihan, beliau diberi subsidi makan dan
uniform serta penginapan percuma. Selepas beberapa
bulan, satu hari dia ke kilang para pelanggan KFC. Di kilang inilah dia
tengok sesuatu yang meragukan.

Diperhatikannya ayam2 tu disembelih oleh tiga orang penyembelih dan
dua
daripadanya ialah perempuan. Perempuan sembelih ayam? Hmmm...macamana
tu?.
Kemudian diperhatikannya pula ayam2 (dari kotak tetapi ada seekor dua
yang
tak bergerak langsung dan tak nampak aktif.
Maka ditanya pada orang yang menggantung ayam tentang ayam2 tersebut.
Pekerja tu memberitahu bahawa adakalanya ayam2 itu mati dalam
perjalanan
kerana kesejukan sewaktu perjalanan waktu malam atau keadaan sesak di
dalam
kotak plastik itu sendiri. Mati,ianya masih digantung untuk masuk
ke ruang penyembelihan.

Ayam yang sudah mati disembelih? Bangkai? Disembelih? Halal? Sekali
lagi,
hmmm....macamana tu? Akibat daripada timbulnya rasa was2 yang berat,
hamba
Allah ini telah mengambil keputusan untuk berhenti menjalani latihan
dan
sekaligus menamatkan perkhidmatannya dengan KFC. Maka pulanglah hamba
Allah
kita dapat tengok anggota yang menjadi ahli dalam menguruskan soal
halalnya
makanan yang dijual dan bagaimana badan ini memastikan semua hidangan
di
KFC dan Pizza jikalau cerita hamba Allah ni salah. Kalau betul,
maknanya
tanda ditanggung halal di premis KFC dan Pizza Hut boleh dianggap palsu
dan
hanya untuk menarik pelanggan beragama Islam



************************************************************************
*************

Ada seorang ustaz menceritakan bahawa seorang saudaranya dapat kerja
sebagai penyembelih diKFC. Tak sampai seminggu dia resign kerana tak
sanggup mananggung dosa bagi orang makan bangkai. Ayam yang terikat
seperti
diatas >berpusing boleh tahan lajunya (kerana nak sembelih banyak) dia
hanya sempat sebut " bis " saja untuk setiap ekor yg disembelih, lepas
tu
rendam, matilah ayam tu dalam kelemasan.

************************************************************************
*************

Setiap apa yg kita makan akan menjadi darah daging, sepotong hadis nabi
menyebut, mafhumnya, " setiap daging dari sumber yg haram akan menjadi
makanan api neraka " .

MAKA BERHATI - HATILAH DGN APA YG KITA MAKAN SEMOGA KITA TERSELAMAT
DARI
API NERAKA YG MAHA DAHSYAT.

Wassalam. (TERATAK_ILMU)

Jumaat, 26 November 2010

Resepi rahsia disebalik kesedapan McD

yummy yummy sedapnya makan McD... sedap hingga menjilat jari,makan sekali pasti nak lagi.... sebelum ni pasti anda tak terfikir pun macam mana mereka memproses bahan makanan tersebut.ini antara cara-cara mereka memproses daging nak buat burger McD tu... silalah tengok ye....:)))
*P/S=BERHATI-HATILAH DALAM MEMILIH MAKANAN SEGERA YANG DIJUAL DI RESTORAN,GERAI ATAU MANA-MANA SAJA LAH YE.....

Isnin, 15 November 2010

Kehebatan Allah dalam air Zam Zam




Asy-Syarif Bisa Dengar dan Berbicara Kembali Setelah Minum Air Zam-Zam
Senin, 15/11/2010 (eramuslim.com)

Mungkin sebuah keajaiban dalam sebuah peristiwa yang sangat langka, seorang yang telah 20 tahun tidak bisa berbicara dan mendengar, akhirnya bisa normal seperti semula setelah meminum air zam-zam.

Surat kabar Saudi Al-Wathan melaporkan hari Ahad kemarin (14/11) bahwa seorang pria Somalia bernama Ali Abdul Rahman Asy-Syarif (42 tahun) mengatakan bahwa dirinya sejak dua puluh tahun yang lalu sudah tidak bisa berbicara dan mendengar orang berbicara akibat terluka karena tembakan dalam perang saudara di Somalia.

Ia dan keluarganya akhirnya terpaksa pindah ke Inggris agar dapat hidup dengan aman dan melakukan pengobatan terhadap kebisuan dan ketulian yang ia derita. Di Inggris ia tinggal dengan istrinya dan dikarunia dengan empat orang anak, dan seorang dokter telah memberikannya kartu pengenal yang menjelaskan bahwa dirinya seorang yang tuli dan bisu.

Selama di Inggris, ia menjelaskan bahwa dirinya telah berobat dengan berbagai macam dokter spesialis, namun mereka gagal mendeteksi dan mengobati kebisuan dan ketulian yang ia alami.

Asy-Syarif menyatakan keanehannya yang ia alami tersebut bermula setelah ia meminum air zam-zam setelah melakukan ihram, dan pada waktu subuh ia mendengar suara adzan berkumandang dari masjidil haram dan ia pun bergegas memberitahukan kepala delegasi hajinya bahwa dirinya telah bisa mendengar dan berbicara. Hal tersebut membuat heran dan bingung teman-teman satu kloternya.

Syarif menjelaskan bahwa mereka tidak percaya dengan apa yang mereka lihat bahkan mereka membawa Syarif ke rumah sakit di Mekkah untuk diperiksa kembali dan dokter di sana menyatakan positif bahwa Syarif telah bisa mendengar dan berbicara kembali.

Dr. Muhammad Razali seorang Konsultan Telinga Hidung dan Tenggorokan Rumah Sakit Raja Faisal di Mekkah, mengatakan bahwa biasanya kejadian seperti ini dapat pulih total selama enam bulan, tetapi ada kasus yang jarang terjadi di mana orang yang tuli dan bisu dapat kembali normal seperti semula atas izin Allah SWT, dan kasus Syarif merupakan salah satu kasus langka yang dapatkan.

Dr. Razali juga menjelaskan bahwa kasus seperti Syarif ini bukan kasus pertama, beberapa waktu yang lalu ada seorang jamaah yang kemana-mana harus mengenakan kacamata namun setelah meminum air zam-zam sewaktu ia menunaikan ibadah haji, dirinya tidak lagi memerlukan kacamata.(fq/imo)

Jumaat, 12 November 2010

Masjid pertama di kutub utara



MASJID pertama di Artik ini dilengkapi dapur dan perpustakaan untuk kemudahan jemaah.
OTTAWA: Masjid pertama Kanada di Artik dibuka semalam di Inuvik untuk memulakan khidmat sebagai rumah ibadat di kawasan komuniti Islam di sana.

‘Masjid pasang siap’ itu tiba di bandar utara kecil bulan lalu melalui perjalanan 4,000 kilometer (km) melalui darat dan air.
Beberapa wartawan termasuk pemberita televisyen Arab menyertai penduduk Islam tempatan untuk majlis pembukaannya.
Bilangan penduduk Islam di bandar dengan 4,000 penduduk di Wilayah Barat Laut Kanada itu meningkat sejak beberapa tahun kepada kira-kira 80 orang. Mereka sebelum ini beribadat di dalam sebuah karavan berukuran tiga kali tujuh meter sehingga ia tidak lagi dapat menampung bilangan jemaah.

Masjid baru yang digelar sebagai masjid kecil di Tundra oleh media Kanada itu dihiasi dengan permaidani merah di ruang utama, mempunyai sebuah dapur dan perpustakaan, kata ahli jawatankuasa masjid, Amer Suliman.

“Langit kelabu tetapi lampu dari masjid dan kubah menjadikan ia terang, ia tidaklah terlalu sejuk di luar sana dan tetamu berkumpul di sini,” katanya yang dihubungi.

Bangunan pasang siap itu dibawa dari Manitoba kerana harga bagi buruh dan bahan adalah lebih rendah berbanding di bahagian utara Kanada. – AFP

Selasa, 9 November 2010

Aksi PANAS di atas bumbung



Bimbang kuil diroboh, lelaki bakar dirinya

(Malaysiakini)
Gara-gara terlalu bimbang kuil Sri Srinivasa Perumal di Pusat Bandar Puchong, Selangor akan dirobohkan, seorang lelaki bertindak nekad dengan membakar dirinya.

M Chakragunasegaran, 52 bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh pihak polis serta beberapa ahli persatuan kuil yang kebetulan berada di tempat kejadian menyelamatkannya. Beliau yang dalam keadaan pengsan dikejarkan ke hospital tetapi keadaannya dilaporkan tenat.

Menurut saksi, K Dharmalingam,49, kejadian itu disedari semasa beliau melakukan upacara sembahyang di kuil berkenaan pada jam 6.30 pagi ini dan terlihat berlaku kekecohan.

Beliau terlihat mangsa menjerit “Jangan roboh kuil ini,” tetapi pihak berkuasa tidak memperdulikan rayuan lelaki itu.

Dia kemudian bertindak nekad dan menyalakan api di badannya dan dilaporkan terbakar kira-kira lima minit sebelum berjaya diselamatkan.

Selesai drama itu, kerja-kerja merobohkan sebahagian daripada kuil itu yang menjadi tempat simpanan barangan kemudiannya bermula pada kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Lebih kurang 200 kakitangan terdiri daripada ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), pihak polis dan Rela terbabit dalam operasi berkenaan.

Sebelum ini, notis arahan dikeluarkan oleh pada 26 Oktober lalu dengan persatuan kuil berkenaan diberi tempoh selama tujuh hari untuk berpindah bagi tujuan pembinaan sebuah tadika baru.

Dharmalingam yang juga setiausaha kuil Sri Srinivasa Perumal itu berkata, pihaknya kesal kerana pihak berwajib tidak memberi tempoh yang mencukupi bagi mereka berpindah.

"Sudah lebih 10 tahun kuil ini dibina, tanah ini merupakan tanah rezab," katanya.

Kakitangan penguatkuasa kemudian melakukan kerja memagar sekeliling kawasan tersebut.

Sementara itu, ahli jawatankuasa kebajikan kuil itu, T Pukalenthy,42, berkata berdasarkan maklumat diperolehinya pihak sekolah memberi kebenaran kepada persatuan kuil untuk membina bangunan tambahan yang menjadi stor tempat simpanan barangan sejak 10 tahun dahulu.

"Perbuatan mereka merobohkan stor tersebut tidak wajar, sepatutnya mereka memberitahu pihak pengurusan kuil lebih awal," katanya.

Sementara itu, ahli majlis MPSJ, KN Michael Tamilarason berkata satu mesyuarat tergempar telah diadakan kira-kira jam 11.30 pagi tadi melibatkan wakil daripada kedua-dua belah parti politik, polis, agensi penguatkuasaan, sekolah dan persatuan kuil tersebut.

Menurutnya hasil sesi perbincangan itu, pihak berwajib bersetuju untuk menangguhkan kerja-kerja merobohkan bangunan simpanan stor milik kuil berkenaan untuk seminggu lagi

"Pihak sekolah bersetuju memberi masa selama tujuh hari kepada persatuan kuil untuk memindahkan barang tersebut. Masalah ini sudah selesai," katanya kepada Malaysiakini, petang tadi.

Sabtu, 6 November 2010

orang tua dari Hong Kong jadi pemuda di Kanada




TOPENG muka yang dipakai pemuda dari Hong Kong.

VANCOUVER, Kanada - Polis menangkap seorang penumpang yang menaiki sebuah pesawat di Hong Kong sebagai orang tua tetapi semasa tiba di Vancouver dia menjadi seorang pemuda, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia ditahan pada 29 Oktober lalu selepas pesawat yang dinaikinya tiba di sebuah lapangan terbang di sini.

Satu amaran perisikan yang dikeluarkan oleh Agensi Perkhidmatan Sempadan Kanada yang menyatakan: "Maklumat telah diterima daripada pihak Keselamatan Penerbangan Kanada berhubung kemungkinan seorang penyamar dalam satu penerbangan dari Hong Kong.

"Penumpang itu diperhatikan dari permulaan penerbangan merupakan seorang lelaki tua Kaukasia yang didapati memiliki tangan orang muda.

"Dalam penerbangan, lelaki itu pergi ke tandas dan kemudian keluar sebagai seornag lelaki Asia berumur dalam lingkungan 20-an."

Selepas pesawat itu mendarat, lelaki yang menyamar itu diiringi oleh beberapa anggota pengawal sempadan Kanada.

WAJAH sebenar pemuda yang memakai topeng.

Agensi itu enggan mendedahkan butiran lanjut tetapi menyatakan, lelaki itu menaiki penerbangan dengan menggunakan pas milik orang lain.

Pemuda itu memakai topeng muka silikon sebagai orang tua dan menanggalkannya semasa berada di dalam tandas pesawat.

Anggota-anggota agensi tersebut turut menemui beg yang mengandungi topeng muka silikon itu. - Agensi

Jumaat, 5 November 2010

Perempuan mudah masuk syurga tapi ramai di neraka



1-Mudah bagi perempuan untuk masuk syurga

Bagi isteri hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga “Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Perempuan tidak perlu keluar berjihad atau berperang, cukup sekadar mengerjakan haji atau umrah bagi yang cukup syaratnya.

Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?” Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.

Rasulullah SAW bersabda: ” Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji” (an-Nasa’i)”

Pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.”

Namun perempuan lebih ramai di neraka

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.” Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama( http://pondokhabib.wordpress.com)

Isnin, 1 November 2010


Kesan Dari Radiasi Telefon Bimbit
Satu ujikaji radiasi telefon bimbit ke atas telor telah dijalankan. Bahan yang digunakan sebiji telur dan dua buah telefon bimbit. Persediaan adalah seperti gambar di bawah:

Panggilan di antara dua telefon diaktifkan untuk tempoh selama lebih kurang 65 minit. Hasilnya seperti berikut:

15 minit - tiada apa yang berlaku.
25 minit - telur mulai panas.
45 minit - telur telah panas.
65 minit - telur telah masak.


Gambar telur tersebut dipaparkan di bawah:



Rumusan: Radiasi dari telefon bimbit mampu untuk mengubah protein telur. Bayangkan apa yang ia dapat buat kepada protein otak anda apabila anda berbual untuk tempoh yang panjang menggunakan telefon bimbit.

Saya mengingatkan diri saya dan pembaca sekalian agar jangan berbual lama-lama melalui telefon bimbit.

Bagaimana dengan telefon bimbit yang disimpan di pinggang? Apakah ianya memberi kesan yang sama? Bagaimana pula dengan mereka yang menyimpan dua buah telefon, satu di kocek kanan dan satu di kocek kiri?

Food paradise

Khamis, 21 Oktober 2010

Kenapa Tak Rogol Saya? Kisah benar ini berlaku di US.



Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on thatnight even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hamba-Nya menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.

Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hamba-Nya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..." [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...

sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

Sumber di sini.( Dicatat oleh Tok Kiyai))

Berhati-hatilah dalam berblog


Penulis blog mula dibicara

SEREMBAN – Mahkamah Sesyen di sini, semalam memulakan perbicaraan kes remaja yang didakwa menghina institusi kesultanan Johor menerusi laman blognya.

Khairulizam Abdul Ghani, 29, adalah seorang juruteknik komputer didakwa memuat naik secara sedar beberapa ayat menghina institusi kesultanan Johor dalam blognya, adukataruna.blogspot.com.my.

Dalam perbicaraan semalam, dua saksi dipanggil memberi keterangan iaitu jurugambar polis, Konstabel Wan Khairul Al-Jufri Hashim, 24 dan Penolong Pengurus Maybank Seremban, Fazlita Abd Wahab, 42.

Timbalan Pendakwa Raya, Mahmud Abdullah memaklumkan, sepanjang perbicaraan yang dijadual berlangsung selama tiga sehingga esok, beberapa saksi terlibat akan dipanggil untuk memberikan keterangan.

Khairulizam yang memakai kemeja putih hadir ke mahkamah diwakili peguam bela, Mohd Radzlan Jalaludin.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut antara pukul 7.25 malam dan 9.05 malam, pada 22 Januari lepas di No. 297, Rumah Rakyat Panchor, Paroi, dekat sini.

Jika disabitkan kesalahan, Khairulizam boleh didakwa mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Khairulizam bertindak menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Kelantan 26 Januari lalu atas perbuatannya itu.

Ahad, 17 Oktober 2010

Gila-gila punye lgu.......

Memang kelakar gile la lagu nie.....:) cuber tengok mesti gelak sampai kering gusi.....:) lagu nie bkan untuk menyindir kaum-kaum yang lain...... maaf jikalau ade yang tersalah faham...:l


Facebook & Kilang Dosa..us zaharudin


Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook.

Teknik melajukan muat-turun website / increase website loading

2-3 hari ni banyak masa terluang dgn blogwalk.. masa tgh2 blogwalk tu bermcm2 site jumpa! ada yg lawak, sedih, pilu, tak malu, sembilu semuanya lah jumpa :))
tapi kebanyakannya berat2 belaka.. ishhhhhh

bila dah berat, terpikir ler pulak bab 'megabyte' yg ciput2 dari ISP (Internet Servive Provider) peruntukkan. hahahahaha maklum ler, guna "budget package" ajeeeeee ;)
semakin berat satu2 blog/website tu.. semakin byk ler byte yg di download/upload! bila dah kurang byte yg diperuntukkan tinggal... makin selow ler kelajuan mentenet niiiiiiiiiiiiiiii :)) mau jadi poning xdapat nak berblogwalking sampai subuh! xdapek la nak ngejor nuffnang banyak2 ^^

nak tau berapa berat/ringan/laju loading page??? boleh cek kat SINI :)
hmmmmm... mcmne? slow? laju? laju gilos?.. rileeeexxxxxxxxx ada jalan penyelesaian ;)
antara cara yg termudah, kita boleh cuba dengan merendahkan/mengkompres ruang2 kosong pada html kod blog/website.. org putih kata, optimizes(decreases) the blog/website size by removing extra spaces ..haaaaaaaaaa :))

caranya teramat2 laaaaa sonang! copy keseluruhan kod html asal blog/website korang, kendian masuk kelaman INI pastu paste kan kod html blog/website pada tmpt yg tersedia.. picit 'continue' dah siap..!!! copy kod html yg baru kendian paste pada ruang html editor untuk blog/website korang tadiiiiiiiii .. lepas tu save kan dia. boleh tgk perubahannya dgn ngetest kelajuan blog/webpage korang di SINI :) kebiasaannya boleh nampak perbezaan antara 30 - 40% kelajuan dari sebelumnya... selamat mencuba lerrrrrrrrrr

mana2 yg ada cadangan/pandangan yg lebih jitu & lebih 'sunggOh..' boleh ler kongsi2 sama. mana tau ada tips & trick yg lebih berguna. boleh ler kongsi sesama ;)
( http://sgkasai.blogspot.com/)

Sabtu, 9 Oktober 2010

35 Petua Pelajar Cemerlang




Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-1. kita ingat 10 % apayang dibaca
-2. kita ingat 20% apa yang didengar
-3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
-4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.

-1. pastikan cahaya adalah terang
-2. kurangkan gangguan bunyi
-3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
-4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
-5. kerusi dan meja menghadap kiblat
-6. jangan lupa untuk senyum
7. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
8. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
9. Tahu teknik merangsang memori:
-1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
-2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
-3. mengingat kembali (recall)
-4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
10. Sentiasa awal dan mendahului:
-1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
-2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
-3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
-4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
13. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
14. Mempunyai teknik membaca yang betul:
-1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
-2. memberikan tumpuan sepanuhnya
-3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
-4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
16. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
17. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
18. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
19. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
20. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
21. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
22. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
23. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
24. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
25. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
26. Tahu petua mengulang kaji
-1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
-2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
-3. duduk tegak dikerusi yang selesa
-4. baca doa penerang hati
-5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
-6. fikir dan ingat kembali isi utama
-7. catat/lakar
-8. semak semula ketepatan maklumat
-9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
-10. buat rumusan
-11. jawab soalan
-12. tampal maklumat yang rumit di dinding
-13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
28. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
29. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
-1. jangan makan kepala ikan
-2. jangan makan organ dalaman
-3. jangan minum semasa makan
-4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
-5. jangan melihat kemaluan
-6. jangan melihat buih
-7. jangan membaca nama pada batu nisan
-8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
-9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
-10. banyakkan makan kekacang
-11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
-12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
-13. jangan kencing berdiri
31. Tahu kemahiran mengingat:
-1. tampal nota-nota penting di dinding
-2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
-3. gunakan kaedah akronim
-4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
-5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
33. Cekap mengatur jadual belajar:
-1. mempunyai jadual belajar
-2. patuh kepada jadual
-3. buat jadual yang boleh diikuti
35. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
36. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
37. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
38. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
39. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
40. Pelbagaikan tempat belajar.
41. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
42. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
43. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
-1. taat kepada Allah
-2. mendirikan sembahyang
-3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
-4. hormati & sayangi guru
-5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
-6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
-7. membantu rakan yang memerlukan
-8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
-9. sentiasa bertawakal
-10. mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Disediakan oleh;
Biro Akademik dan Kebajikan
Jabatan Pembangunan Remaja
Negeri Terengganu

Selasa, 5 Oktober 2010

Aksi adik bungsu saya

1- Dia menyanyi lagu Air pasang pagi

2-Dia menyanyi lagu cina di Tadika Manja Bonda Masjid Tanah