Sabtu, 29 Disember 2012

comelnyee.....

 geram nye tengok anak kucing comel niii...

bace al-quran..jangan tak bace lak ye..(-_-)v






senyum sokmo..senyumkan satu sedekah..

Sabtu, 17 November 2012

Aurat perempuan

Asaalamualaikum....


kali ni nak bukak cerita tentang aurat perempuan islam.makin lame makin `up-to-date` kalah orang perempuan zaman dulu.yang dulu tu kira agak ok silit berbanding sekarang ni. free show jek untuk tatapan umum. da kurang special. kalau ada pun yang tertentu saje, tak semua. ni antare alasan yang pernah kita semua dengarkan? betol tak? kalau tak semua pun, sikit-sikit atau pun yang hampir kire same jugak la tuh. so, jom bace ape yang alasan yang dia orang bagi. 

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?
8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.


dari: http://akuislam.com/blog/renungan/13-alasan-wanita-tentang-aurat/#ixzz2CTIFK5Wf


ni antarenye sahaje. banyak lagi alasan yang boleh jumpe. kalau ad sesape nak share, silakan. nanti sesame bace ok.


Selasa, 30 Oktober 2012

exam! exam!! Tip #11

assalamualaikum..

tips lagi untuk kite kongsikan bersame...
Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaan
Manusia amat memerlukan tekanan untuk dia lebih cerdas, cergas dan cemerlang. Untuk dia dilihat sebagai memiliki keunikan-keunikan yang mengatasi orang lain. Sebagaimana air dari kepala paip, jika tak kuat tekanannya, lemahlah air yang mengalir, jika kuat tekanannya terpancutlah dengan derasnya. ~Dr. HM Tuah, ‘Nak ke Tak Nak’~
Seperti yang telah kita bincangkan beberapa hari ini, tekanan boleh membawa kesan positif kepada hidup kita dengan syarat kita sabar dan hadapinya dengan tenang. Dr. Tuah ada menerangkan konsep ini dengan menarik melalui buku beliau Nak ke Tak Nak. Adalah satu idea yang bagus jika anda mendapatkan buku ini. 
Satu petua lagi yang ingin saya kongsikan disini ialah teknik pernafasan. Ada pelbagai jenis teknik pernafasan yang ada tetapi saya ingin kongsikan satu teknik pernafasan yang diajarkan oleh Lisa Curtis, seorang pakar Sophrology di Amerika Syarikat (jangan risau jika anda tidak tahu apa maksud sophrology). Ini adalah teknik pernafasan beliau untuk menghilangkan tekanan perasaan.
Mula-mula berdiri. Jarakkan kaki anda lebih kurang selebar bahu anda. Tarik nafas melalui hidung anda dan bayangkan yang anda sedang menyedut udara dari ibu jari kaki anda dan ia memenuhi sebiji belon besar di dalam perut anda. Lakukan proses ini selama 8 saat. (tarik nafas selama 8 saat perlahan-lahan).
Kekalkan belon besar itu di dalam perut anda selama 4 saat.
Kemudian, kempiskan belon itu perlahan-lahan selam 8 saat.
Kemudian biarkan belon itu kosong selama 4 saat. Tenangkan fikiran anda. Jangan fikirkan apa-apa.
Kemudian ulang semula proses ini dari awal 4 - kali. Insyaallah anda akan rasa lebih tenang dan kadar tekanan perasaan itu akan menurun.
Selamat mencuba. 

http://www.osmanaffan.com/psikologi.htm

jangan sampai korang jadi macam ni..

Jumaat, 26 Oktober 2012

salam aidil adha untok semua





kambeng pon tau senyum lagi walaupun die hanye menuggu saat untuk ditamatkan riwayat hidup die...so..senyun la..senyunkan satu sedekah..




nampak je lembu tu tenang..tapi sebenarnye hanye menuggu saat untok menjadi qurban oleh umat islam...free free masok syurga,,betol x?

Sabtu, 20 Oktober 2012

exam! exam!! Tip #10

assalamualaikum

Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaan 
Pernahkah anda merasa begitu tertekan hingga tidak boleh tidur dan tidak boleh makan? Ingat semula pengalaman itu. Cuba ingat, bagaimana cara anda berdiri, bagaimana cara anda duduk dan bagaimana memek muka anda ketika anda merasa tertekan? Ingat?
Bagus. Jika anda hendak tahu, anda boleh mengurangkan rasa tekanan dengan hanya mengubah cara anda berdiri, duduk dan juga menukar memek muka anda. Sekarang, jika anda rasa tertekan, cuba berdiri tegak. Tarik nafas dalam-dalam. Tinggikan kedudukan dada anda seolah-olah anda baru menang satu anugerah dan anda merasa sangat bangga. Senyum. Senyum sampai nampak semua gigi anda. Apa yang anda rasa sekarang? Lebih baik kan? Ini adalah teknik ‘Fisiologi’ untuk mengurangkan tekanan perasaan.
Teknik ini adalah mudah. Ia mengatakan bahawa anda boleh mengubah apa yang anda rasa dengan hanya mengubah cara pergerakan tubuh badan anda. Mari kita cuba sekali lagi. Katakan anda hendak pergi ke meja anda untuk belajar. Buku-buku anda telah siap tersedia di atas meja. Cuba jalan perlahan-lahan dengan muka yang ‘monyok’ (boleh guna ke perkataan ni ) Kalau tak faham monyok, buat muka ketika anda sangat kecewa. Jalan dengan langkah yang berat seolah-olah ada rantai di kaki anda dan anda tidak larat nak berjalan dengan tegak.
Apa yang anda rasa? Berat dan malas kan? Untuk mengatasinya, buat perkara sebaliknya. Berjalan dengan gagah dan buat muka riang gembira macam anda baru menang hadiah cabutan bertuah.  Apa anda rasa? Bukan sahaja anda akan rasa lebih cergas, anda juga akan kurang merasa kesan tekanan perasaan yang melanda.
Jadi, ubah pergerakan anda dan ubah memek muka anda untuk mengurangkan tekanan perasaan yang anda rasa. Selamat mencuba. 

http://www.osmanaffan.com/psikologi.htm

Rabu, 17 Oktober 2012

exam! exam!! Tip #9

assalamualaikum
Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaan

Setelah kita tahu bahawa tekanan perasaan sebenarnya membawa kebaikan kepada kita jika kita dapat mengawalnya dengan baik, kita akan rasa lebih tenang. Anda akan rasa tenang kerana anda tahu, tekanan perasaan itu akan berakhir dan apabila ia berakhir, anda akan jadi lebih bijak dan matang.
Hari ini, saya ingin kongsikan satu teknik lain untuk mengurangkan tekanan perasaan. Teknik ini saya namakan mencari ‘masa aktif’.
Salah satu sebab anda merasa tertekan ialah kerana anda penat. Apabila anda penat, anda tidak boleh menumpukan perhatian kepada apa yang anda belajar. Apabila anda tidak boleh menumpukan perhatian, anda tidak faham. Apabila anda tidak faham, anda rasa…. TERTEKAN!
Mencari masa aktif bermaksud, anda perlu mengenal pasti pada waktu bila kah anda paling aktif? maksud, dalam sehari, pada waktu mana fikiran anda paling cergas? Ada pelajar yang cergas di waktu pagi dan ada pelajar yang cergas di waktu malam dan ada di waktu petang. Jika anda belajar sewaktu minda anda cergas dan tubuh badan anda rasa segar, anda lebih mudah faham apa yang anda pelajari. Disebabkan anda sedang cergas, anda juga tidak akan mudah rasa tertekan. Jadi, kenal pasti waktu mana yang sesuai untuk anda belajar. kenal pasti, bilakah ‘masa aktif’ anda itu.
Ada satu peringatan. Jika masa aktif anda adalah pada waktu malam, anda perlu berhati-hati supaya jangan membuat aktiviti yang terlalu berat pasa waktu siang. Aktiviti berat seperti bermain bola selama 2 jam di waktu petang hingga anda hilang semua tenaga simpanan yang perlu digunakan pada waktu malam. Sama juga jika masa aktif anda ialah pada waktu pagi. Jangan tidur terlalu lewat jika anda suka belajar pada waktu pagi. Ini akan mengganggu masa aktif anda itu.
Selamat mencuba.

 http://www.osmanaffan.com/psikologi.htm

Ahad, 14 Oktober 2012

exam! exam!! Tip #8

assalamualaikum

Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaan 
Dapatkah anda meneka apakah kesan baik tekanan perasaan kepada kita? Baiklah, saya akan terangkan dulu apa kesan membuat latihan angkat berat.
Katakan Ali berlatih angkat berat dan dia mengangkat besi seberat 20 kg beberapa kali hingga dia tidak mampu mengangkatnya. Besi yang berat ini memberi tekanan kepada otot-otot tangan Ali. Keesokan harinya, tangan Ali akan terasa sakit. Ini disebabkan otot-otot pada tangan Ali telah rosak disebabkan tekanan tadi.
Satu perkara yang hebat mengenai manusia ciptaan Allah, jika otot-otot kita rosak disebabkan tekanan benda berat tadi, ia akan digantikan dengan yang BARU, LEBIH BESAR dan LEBIH KUAT.
Ini bermakna, apabila Ali sudah hilang rasa sakit, kekuatan tangannya akan bertambah. Sebab itulah sebenarnya jika mula-mula kita angkat beg sekolah kita rasa berat, tapi lama kelamaan kita rasa biasa sahaja. Ini kerana kekuatan kita telah bertambah.Begitu juga dengan tekanan perasaan. Tekanan perasaan membuat kita pening kepala, sakit perut, rasa nak muntah dan sebagainya. Tetapi kalau kita sabar, hadapi tekanan itu dengan rasa yakin bahawa ia akan membuat kita lebih hebat, insyaallah kita akan jadi lebih matang dan bijak. Kita buat soalan matematik contohnya dan rasa pening, jika kita sabar dan hadapi tekanan itu dengan tenang, kita akan rasa bahawa soalan matematik tidak lagi memberi tekanan perasaan kepada kita. Ia seolah-olah kita sudah menjadi semakin kuat.
Jadi, sebagai langkah permulaan, ingat satu perkara ini. Jika anda rasa tertekan, percaya bahawa apabila anda susah melaluinya anda akan jadi lebih bijak dan matang dan anda akan lebih mempunyai peluang untuk berjaya di dalam pelajaran atau dalam hidup.

 http://www.osmanaffan.com/psikologi.htm

Khamis, 11 Oktober 2012

exam! exam!! Tip #7

assalamualaikum

Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaan 
Peperiksaan sudah semakin hampir. Bagaimanakah perasaan anda? Tertekan? Letih? Gementar? Atau anda rasa gembira kerana debaran sepanjang tahun ini akan berakhir tidak lama lagi.
Merasa gementar atau tertekan adalah perkara biasa. Namun perkara biasa ini boleh menjadi luar biasa jika anda tidak boleh mengawalnya. Sewaktu saya mengambil peperiksaan SPM pada tahun 1993, ada dua pelajar daripada sekolah saya yang tidak dapat mengambil peperiksaan. Mereka tidak sihat dan saya percaya ia disebabkan oleh tekanan menghadapi peperiksaan. Soalan saya, apakah kesan tekanan menghadapi peperiksaan ini? Maksud saya, apakah kesan-kesan yang anda boleh lihat akibat tekanan perasaan? Tuliskan 10 jawapan anda di atas kertas. Saya beri masa 3 minit untuk anda menulis kesan-kesan tekanan perasaan itu………… (3 minit dari sekarang……………..)
(…….. dah tulis….? Jangan sambung baca selagi anda belum tulis…. nanti anda tidak dapat faham apa yang saya ingin sampaikan dalam mesej ini.)
Baiklah. Apa yang ada dalam senarai anda? Antara kesan-kesan yang biasa pelajar tulis ialah pening kepala, tumbuh jerawat, cepat marah, hilang mood, hilang selera makan,(bertambah selera makan pun ada ), sakit perut, sakit hati, hilang tumpuan, rasa nak pengsan, benci tengok kawan, benci tengok muka guru, benci tengok muka sendiri, dan macam-macam lagi perkara yang negatif. Ada tak contoh-contoh ini dalam senarai anda?
Baiklah. Satu lagi soalan saya, dalam senarai anda, ada tak kesan yang positif atau kesan yang baik? Hmm…. selalunya, saya tidak pernah tengok pelajar tulis kesan yang baik bila ditanya tentang kesan tekanan perasaan. Padahal, memang ada kesan yang baik.
Apakah kesan baik tentang tekanan perasaan? Saya akan jawab esok. Tetapi saya akan bagi ‘hint’. Kesan positif tekanan perasaan ada kaitan dengan orang yang membuat senaman angkat berat. Apa agaknya ya? Fikirkan…….

 http://www.osmanaffan.com/psikologi.htm


Selasa, 9 Oktober 2012

exam! exam!! Tip #6

assalamualaikum

Teknik meningkatkan kepantasan semasa menjawab soalan peperiksaan 
Ada dua perkara penting yang anda perlu ada untuk mendapat markah yang cemerlang di dalam peperiksaan. Dua perkara itu ialah Kepantasan dan Ketepatan.
Saya ingin kongsikan satu tips tentang kepantasan.Bagaimana cara meningkatkan kepantasan? Atau saya soal dalam bentuk lain, bagaimana anda boleh menjawab soalan dengan pantas di dalam peperiksaan?
 Kepantasan adalah amat penting terutamanya di dalam peperiksaan matematik. Satu teknik yang boleh digunakan untuk meningkatkan kepantasan dinamakan ‘Pengulangan’ (repetition).
Contohnya, anda sedang mengulangkaji matapelajaran matematik di bawah tajuk linear equation. Setelah anda faham tajuk itu dan mula membuat latihan, catat masa anda membuat latihan matematik. Katakanlah, disebabkan soalan itu susah, anda mengambil masa 7 minit untuk menyelesaikannya. Kemudian, ambil kertas kosong lain, selesaikan semula soalan itu. Jika anda tidak boleh selesaikan, maksudnya anda masih tidak faham jalan penyelesaian tadi. Jika boleh, lihat masa yang anda ambil. Masa anda ambil mungkin kurang sedikit iaitu mungkin 6 ke 7 minit.Ulang buat soalan itu sehingga anda betul-betul lancar dan masa yang anda ambil mesti jadi semakin pendek sekurang-kurangnya separuh daripada masa mula tadi (3.5 minit).
Anda mungkin terfikir, “jika saya asyik ulang soalan yang sama, tentulah saya akan jawab semakin cepat sebab saya sudah ingat jalan penyelesaiannya. Dalam peperiksaan bukan kena jawab soalan yang sama!”Benar, anda jawab semakin cepat kerana anda sudah ingat jalan penyelesaiannya. Tetapi sebenarnya, dalam masa yang sama, anda akan ingat juga cara menjawab soalan begini jika anda jumpa soalan yang lebih kurang sama bentuknya di dalam peperiksaan nanti.
Berlatih berulang kali dengan soalan yang sama boleh meningkatkan tahap keyakinan dan keselesaan anda. Anda akan rasa selesa untuk menjawab soalan begitu. Jadi, anda akan dapat jawab dengan baik. Jawab soalan yang sama berulang kali juga akan membuat anda sedar bahawa kebanyakan cara menjawab soalan peperiksaan adalah sama sahaja. Jika anda sudah faham dan mahir menyelesaikan masalah menggunakan satu cara, cara itu juga boleh digunakan untuk soalan lain dalam tajuk yang sama.
Selamat mencuba.

 http://www.osmanaffan.com/psikologi.htm

Sabtu, 6 Oktober 2012

exam! exam!! Tip #5

assalamualaikum

Berlatih dengan suasana peperiksaan 
Peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM akan menjelma tidak lama lagi. Kebanyakan pelajar yang akan mengambil peperiksaan ini sudah habis belajar sukatan pelajaran masing-masing dan sepatutnya mereka semua sudah mula membuat latih tubi untuk menghadapi peperiksaan yang besar ini. Selain daripada melakukan sebanyak latihan yang mungkin, apakah perkara penting yang perlu dilakukan ketika ini?
Satu perkara penting yang patut anda lakukan ialah berlatih dengan suasana peperiksaan. Saya selalu mendengar rungutan pelajar bahawa jika mereka lakukan latihan di rumah, mereka boleh menjawab dengan baik, tetapi di dalam dewan peperiksaan, lain pula jadinya. Kenapa anda mungkin hebat di rumah dan di sekolah tetapi tidak begitu hebat semasa peperiksaan sebenar?
Ada beberapa sebab mengapa itu terjadi. Satu sebabnya ialah anda mungkin telah membiasakan diri dengan aktiviti yang tidak boleh dilakukan di dalam dewan peperiksaan. Contohnya, saya ada lihat pelajar yang suka meletakkan kedua-dua kaki mereka di atas kerusi semasa belajar. Mereka selesa belajar begitu. Tetapi, di dalam dewan peperiksaan mereka tidak boleh buat begitu, lalu mereka jadi tidak selesa. Bila tidak selesa, mereka tidak dapat berfikir sehebat bila mereka belajar di rumah.
Ada yang suka menyanyi-nyanyi dan bersiul sewaktu membuat latihan. Mereka kata mereka selesa begitu. Tetapi, tidak boleh bersiul dalam dewan peperiksaan. Jadi, mereka rasa tidak selesa dan akibatnya, tidak dapat menjawab dengan baik.
Apa yang perlu anda lakukan ialah, perhatikan cara anda belajar di rumah atau ketika bersendirian. Kenal pasti mana-mana perkara yang anda lakukan yang tidak boleh dilakukan di dalam dewan peperiksaan. Walaupun anda selesa belajar begitu (seperti belajar sambil meniarap), anda akan rasa tidak selesa semasa dalam dewan peperiksaan nanti. Kemudian, perlahan-lahan hentikan perbuatan itu. Anda perlu ingat, jika anda terlalu suka buat sesuatu yang tidak boleh dilakukan di dalam dewan peperiksaan, anda akan rasa tertekan semasa mengambil peperiksaan nanti.
Kemudian, berlatih duduk di satu tempat yang sesuai dan buat latihan mata pelajaran anda. Jika boleh, wujudkan suasana peperiksaan di mana anda buat latihan itu mengikut masa yang ditetapkan dan anda tidak membuat bising atau bergerak ke sana ke mari. Ringkasnya, berlagak seolah-olah anda sedang menghadapi peperiksaan yang sebenar.
Kesannya? Seperti biasa, mula-mula anda akan rasa tidak selesa dan janggal. Namun, setelah dilatih, anda akan mula rasa selesa malah anda akan rasa lebih mudah untuk fokus kepada latihan anda. Kemudian, insyaallah, anda akan rasa selesa juga di dalam dewan peperiksaan nanti.
Selamat mencuba.

 http://www.osmanaffan.com/psikologi.htm

Khamis, 4 Oktober 2012

exam! exam!! Tip #4

assalamualaikum

Bayangkan kesudahan menggembirakan
Peperiksaan adalah sesuatu yang menakutkan dan menggerunkan bagi sesetengah pelajar. Perasaan sebegini akan menjadi lebih teruk lagi jika minda pelajar itu dipenuhi dengan imej-imej yang menunjukkan kegagalan, kesusahan, pening kepala dan kekecewaan. Imej-imej begini dalam fikiran pelajar akan menambahkan lagi debaran untuk menghadapi peperiksaan. Jadi, apa yang pelajar harus lakukan untuk mengurangkan rasa debaran dan kegelisahan ini?
Satu cara yang efektif ialah dengan membayangkan kesudahan yang menggembirakan. Sebelum hari peperiksaan menjelang, bayangkan hari peperiksaan tersebut di dalam minda anda. bayangkan, peperiksaan sudah berakhir, dan anda kelihatan gembira kerana telah menjawab dengan baik. Bayangkan dengan jelas bagaimana rupa anda ketika tersenyum selepas peperiksaan. Kemudian, rasakan perasaan gembira yang mengiringi senyuman itu. Ini yang dimaksudkan dengan membayangkan kesudahan yang menggembirakan.
Mengapa kita lakukan ini? Seperti yang saya katakan sebelum ini, kita adalah apa yang kita fikirkan. Jika kita asyik fikirkan tentang kesusahan peperiksaan, kita akan sentiasa risau dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran. Akhirnya, kesusahan itu menjadi kenyataan.
Jadi tukar imej susah dalam minda anda itu kepada kesudahan yang menggembirakan yang saya katakan tadi. Insyaallah, kita akan rasa lebih tenang dan kesudahan itu akan benar-benar menjadi kenyataan. Selamat mencuba

http://www.osmanaffan.com/psikologi.htm

Jumaat, 28 September 2012

exam! exam!! Tip #3

assalamualaikum

Rehat dengan cukup 
Apabila disebut perkataan rehat, ramai pelajar yang terbayangkan perkataan tidur. Bagi mereka, satu-satunya cara untuk berehat adalah dengan tidur.
Sebenarnya, tidur adalah satu cara berehat. Tetapi ada beberapa perkara lain lagi yang boleh dilakukan untuk berehat. Contohnya, bersiar-siar di waktu petang, beriadah ringan, membaca buku kegemaran, menonton tayangan gambar, mendengar muzik dan sebagainya.
Ada beberapa petua tentang memilih aktiviti untuk merehatkan otak dan badan. Pertama, anda perlu pilih mana aktiviti yang sesuai bagi anda, bukan sesuai bagi orang lain. Contohnya, bila anda dengar kawan anda berehat dengan membaca buku cerita, anda juga ikut baca buku cerita. Padahal, anda rasa makin tertekan bila membaca buku cerita. Jadi, jangan ikut orang lain, cari aktiviti yang sesuai untuk anda sendiri.
Kedua, aktiviti yang dipilih jangan terlalu memenatkan. Jika terlalu memenatkan, anda akan kehilangan tenaga untuk diluangkan kepada masa mengulangkaji. Jika anda memilih untuk beriadah, jangan terlalu memenatkan.
Ketiga, buat aktiviti yang merehatkan otak itu dengan kadar sederhana. Jika anda memilih untuk tidur, jangan tidur terlalu lama. Jika anda memilih untuk membaca buku cerita atau majalah, jangan terlalu lama juga. Nanti masa anda habis dalam membuat aktiviti ini sahaja pula.

 http://www.osmanaffan.com/psikologi.htm

Rabu, 26 September 2012

exam! exam!! Tip #2

assalamualaikum

Latih kebolehan menumpukan perhatian
Apabila kita sedang menjawab soalan di dalam dewan peperiksaan, satu kebolehan yang amat kita perlukan ialah kebolehan untuk menumpukan perhatian. Jika kita tidak boleh menumpukan perhatian, kita akan merasa sukar untuk mengingati apa yang telah kita pelajari. Jika kita tidak boleh menumpukan perhatian kepada menjawab soalan, kita juga akan mudah merasa letih dan hilang kebolehan untuk berfikir dengan tajam.
Satu cara untuk melatih kebolehan menumpukan perhatian ialah semasa anda melakukan ulangkaji pelajaran. Semasa mengulangkaji, ketepikan semua jenis gangguan seperti televisyen, radio, handphone dan cuba cari tempat yang agak tenang seperti keadaan di dalam dewan peperiksaan. Katakan anda sedang mengulangkaji matematik, cari soalan-soalan matematik yang anda boleh lakukan dalam masa 30 minit. Dapatkan contoh kertas peperiksaan jika boleh.
Kemudian, duduk dengan selesa. (Duduk dengan selesa bukan bermakna anda boleh berlunjur atau meletakkan kaki di atas meja ) Duduk seperti anda seorang pelajar cemerlang yang sedang menjawab soalan peperiksaan. Tetapkan dalam hati (dengan bersungguh-sungguh) bahawa anda akan menumpukan perhatian selama 30 minit untuk melakukan latihan matematik. Kita mulakan latihan penumpuan perhatian ini dengan 30 minit dulu. Jika anda rasa 30 minit terlalu lama, kurangkan sedikit.
Kemudian, mula menjawab soalan-soalan itu. Gunakan segala usaha minda anda untuk menepis sebarang jenis gangguan yang mungkin mengganggu konsentrasi anda. Mungkin dalam masa 30 minit anda mula teringat rancangan television yang menarik dan mungkin anda juga teringat tentang janji untuk berjumpa kawan. dalam masa 30 minit ini, lupakan itu semua. Fokus 100 peratus perhatian anda kepada  soalan yang sedang lakukan.
Cuba latihan sebegini beberapa kali. Setelah berjaya, tambahkan masa daripada 30 minit kepada 40, 50, 60 dan seterusnya kepada masa sebenar yang diberi untuk menjawab kertas soalan matematik.
Dengan berlatih begini, anda akan meningkatkan kebolehan anda untuk menumpukan perhatian dan bertahan dalam keadaan sebegitu dengan lebih lama.
Selamat mencuba.












 http://www.osmanaffan.com/psikologi.htm

Isnin, 24 September 2012

exam! exam!! Tip #1

assalamualaikum..

alang alang saye nak exam lagi 2 minggu. meh nak share sikit dengan korang tip-tip nih..doakan yek..result exam akhirr tahun saye ok..!

Bahaya menghafal di saat akhir
 tension!!!

Sebelum memasuki dewan peperiksaan, pasti anda pernah lihat kawan-kawan anda sibuk membuka buku dan cuba menghafal fakta-fakta pelajaran kan? Apa pendapat anda tentang perkara ini?
Jika anda tanya saya, saya akan katakan bahawa ada bahayanya jika anda lakukan perkara ini. Ini kerana, sebelum memasuki dewan peperiksaan, anda lebih mudah panik. Katakan anda cuba menghafal sesuatu dan gagl menghafalnya, anda akan masuk dewan peperiksaan dengan perasaan sangat gementar kerana tidak menghafal fakta tadi. Ini mula mengganggu konsentrasi ingatan anda terhadap fakta-fakta lain.
Akhirnya, fakta yang anda tidak sempat hafal tadi mungkin tidak keluar langsung dalam soalan, tetapi disebabkannya, anda lupa fakta lain yang anda telah hafal sebelum ini. Ini semua disebabkan rasa panik dan gementar sebelum memasuki dewan peperiksaan tadi. Jadi, berbaloikah anda membuka dan menghafal nota disaat-saat akhir di luar dewan peperiksaan tadi?

 http://www.osmanaffan.com/psikologi.htm


Sabtu, 22 September 2012

ish ish ish... ketuat

assalamualaikum

ketuat? ke..tu..at..ade sesape pernah kene ketuat? em? ade x? kalo sape yang kene ketuat kat tapak kaki..kompem..korang jalan tejengket-jengket. tak pon selambe je. macam tak rase pape tapi diam-diam tengah tahan rase saket kat kai tuh. kesian. tahan jele.so arini nak share sikit care-care nak hilangkan ketuat yang ade kat badan korang tuh. nak tau bace sampai habes.

antarenye...
  • Bancuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga ianya hilang.
  • Sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan. Biasanya ketuat ini akan tanggal dengan sendirinya tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut.
  • Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang sate ke dalam minyak panas, kemudian titikkan pada ketuat tersebut. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat itu hilang.
  • Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat. Biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat hilang dan gugur sendiri.
  • Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.
  •  ni yang senang sikit. korang pegi farmasi then beli ubat ketuat tuh. carenye sebelom korang letak ubat tu, basahkan kaki korang smpai ketuat tu rase macam lembut sikit. pastu lapkan die. ambil ketip kuku ke, pisau ke, jarum ke ataupun barang-barang yang seanggkatan dengannye. korang cungkilkan dan buangkan kulit mati tu sampai jumpe akar die yang warne hitam. dah siap buat sume tu korang letak la ubat yang korang belikat farmasi tu. kalo berdarah, basoh sikit.
  • ni tok sesape yang berani tahan saket. pegi farmasi, beli plaster yang khas untuk tanggalkan ketuat. korang tampalkan kat tempat ketuat tu. biarkan selame mane yang korang nak pastu cabut. tahan sakit time cabut tu. jangan nages nages ye. nanti tak comey.hehe
  • lastly...semoge berjaye...(^_^)v 

Jumaat, 31 Ogos 2012

Merdeka merdeka merdeka..!!!


Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-55 untuk semua rakyat Malaysia..

Khamis, 23 Ogos 2012

Pantun hari raye.. (^_^)v


Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!
raye terbaik!!

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Anak pak abu tu naik tractor ler bukan naik lori
sebab boleh tengok makwe dia angkat baja
selamat hari raya aidilfitri
saya ucapkan pada yg puasa jerr
Amelia tu tak pandai dayung sampan
gi kedai beli gula melaka
bulan syawal jer ker boleh bermaafan
bulan yg lain tak leh ker

Anak pak mail sampai klinik gigi awal-awal
sebab dia gi kerja naik kereta
syawal tu… tetap ler syawal
tapi maner bole lupa semua sengketa
 
Aper ker jadah mencari pelangi
ooo… anak pak sahak tu namer dia asfan
kalo kesilapan tak diulangi
camner kita nak bermaafan

Anak pak jusuh masa tu tengah melantak ketupat
masa pengsan tu..dia pun tercekik gigi
jap tadi nangis… pas tu start mengumpat
raya tahun depan… mintak ler maaf lagi

Bukan ker mak senah sendiri yg tembak gagak
dia tembak ngan boyfriendnyer
maaf tu..maaf ler jugak
duit raya?… sudahhhhh!!! taaaakk der makner
nyerrrr!!

Anak sedara mak kiah jual cendol
kelessss… anak mak kiah ader kuasa sakti
aper kelas makan dodol
lebih baik makan spagetthi

Anak mak esah tu namanyer siti
sebab gemuk… namer glamour dia fetty
pandu kereta berhati-hati
nanti boleh nengorat cetty

Anak mak leha tu kerjanyer buat jalan
menantu dia pulak jual sekaya
kalo dah silap tengok bulan
camner ler plaks nak beraya

Anak mak itam si fitri tu main polis sentri
menantunyer si fatin tu main plak buai
selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir sahaja… .batin tu… .issshhh… tak
sesuwaiiii!!

 saya ingin meminta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kepada semua pembaca blog saya yang maken lame maken jarang nk di up-date nie..kalo bg sbb pon, sume same je ngan alsn yg len. bole jd boring bace alasn srupe jek. ghindu nak bebelog blek tp maken blur nk post ape kat belog nie.nak story mory pasal diri sendiri, x geti. yg  tau just bgi info kat korang jek. tu pun da x selalu lagi. insyaallah lepas ni nak menghajenkan diri ni update belog ni slalu blek. da cecukop la dlu. ad mase nanti sambung luahan x seberape ni balek. assalamaulaikum n selamat hari raye aidilfitri buat kesekian kalinye..

Sabtu, 28 Julai 2012

Peringatan untuk semua pengguna facebook!!

JANGAN KONGSIKAN 10 PERKARA INI DALAM FACEBOOK | Jangan Kongsi 10 Perkara Ini Dalam Facebook | Laman sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan anak muda masa kini. Namun, setiap di antara kita harus berwaspada terutama apabila kita berkongsi maklumat kepada umum menerusi apa-apa sahaja laman sosial. Facebook sebagai contoh semakin pesat menjadi satu alat yang digunakan oleh majikan, ‘stalkers’ dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mencari butiran mengenai seseorang. Penggodam juga mencari maklumat melalui perkongsian peribadi sebagai jalan mudah untuk mereka melakukan sendikit penipuan identiti.

facebook+no
Kali ini kita ingin berkongsi beberapa tips yang boleh diaplikasikan menerusi Facebook anda.
1. Tarikh lahir anda.
Mendedahkan tarikh lahir sebenar anda adalah sangat berisiko tinggi apabila institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit dan penyata bank. Malah, ia turut mendekatkan anda kepada kecurian identiti.
2. Nama ibu anda.
Anda perlu ingat bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai anda menerusi dalam talian.
3. Alamat rumah anda.
Tidak perlu rasanya paparkan alamat kediaman anda kepada umum kerana penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila anda ‘update’- “Yeay, di Pulau Langkawi, cuti-cuti Malaysia.”
4. Perjalanan jauh dari rumah.
Status yang memberitahu ketiadaan anda dirumah dalam sesuatu tempoh yang panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah anda, sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.
5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.
Jika anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.
6. Gambar yang tidak sesuai.
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’.
7. Pengakuan atau kekecewaan.
Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang, terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan anda jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan.
8. Nombor telefon.
Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana anda berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan anda.
9. Mengira detik percutian anda.
Lebih baik anda memberitahu rakan-rakan anda berkenaan percutian selepas pulang dari bercuti daripada anda berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.
10. Gambar di dalam rumah.
Anda mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah di lengkapi dengan barang-barang berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah anda sangatlah tinggi. Penulis hanya ingin berkongsi maklumat tersebut berdasarkan pengalaman serta pemerhatian penulis terhadap beberapa situasi yang pernah berlaku.
Sampaikan maklumat tersebut kepada rakan-rakan serta saudara mara anda supaya mereka lebih berwaspada dan tiada diantara mereka menjadi mangsa jenayah siber. Walaupun perkara ini nampak macam remeh, tetapi sekurang-kurangnya langkah seperti ini mampu menjaga privasi anda dan keluarga dengan lebih selamat lagi.sumber

Jumaat, 27 Julai 2012

selamat berpuasa




Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki mengatakan orang yang berpuasa mempunyai 10 keutamaan yang diberikan Allah, di antaranya ialah:

Pertama, Allah memberikan keistimewaan kepada umat yang berpuasa dengan menyediakan satu pintu khusus di surga yang dinamai Al Rayyan. Pintu surga Al Rayyan ini hanya disediakan bagi umat yang berpuasa.

Kata Nabi dalam satu haditsnya, pintu Rayyan hanya diperuntukkan bagi orang-orang berpuasa, bukan untuk lainnya. Bila pintu tersebut sudah dimasuki oleh seluruh rombongan ahli puasa Ramadhan, maka tak ada lagi yang boleh masuk ke dalamnya. (HR. Ahmad dan Bukhari-Muslim).

Kedua, Allah telah mengfungsikan puasa umat Nabi Muhammad saw sebagai benteng yang kukuh dari siksa api neraka sekaligus tirai penghalang dari godaan hawa nafsu.Dalam hal ini Rasul bersabda, “Puasa (Ramadhan) merupakan perisai dan benteng yang kukuh dari siksa api neraka.” (HR. Ahmad dan Al Baihaqi).

Ketiga, Allah memberikan keistimewaan kepada ahli puasa dengan menjadikan bau mulutnya itu lebih harum dari minyak misik( haruman kasturi). Sehingga Rasul bertutur demikian, “Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih semerbak di sisi Allah dari bau minyak misik.”

Keempat, Allah memberikan dua kebahagiaan bagi ahli puasa yaitu bahagia saat berbuka dan pada saat bertemu dengan Allah kelak. Orang yang berpuasa dalam santapan bukanya meluapkan rasa syukurnya dimana bersyukur termasuk salah satu ibadah dan zikir. Syukur yang terungkap dalam kebahagiaan kerana telah diberi kemampuan oleh Allah untuk menyempurnakan puasa di hari tersebut sekaligus berbahagia atas janji pahala yang besar dari-Nya. “Orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan. iaitu berbahagia dikala berbuka dan dikala bertemu Allah,” kata Rasul dalam hadits riwayat imam Muslim.

Kelima, puasa telah dijadikan oleh Allah sebagai medan untuk menjaga kesihatan dan sembuh dari pelbagai penyakit. “Berpuasalah kalian, nescaya kalian akan sihat.” (HR. Ibnu Sunni dan Abu Nu`aim).

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Qs. Al Baqarah: 183).

Keenam, keutamaan berikutnya yang Allah berikan kepada ahli puasa adalah dengan menjauhkan wajahnya dari siksa api neraka. Matanya tak akan sampai melihat marak api neraka dalam bentuk apapun juga. Rasulullah S.A.W. berkata demikian, “Barangsiapa berpuasa satu hari demi di jalan Allah, dijauhkan wajahnya dari api neraka sebanyak (jarak) tujuh puluh musim.” (HR. Ahmad, Bukhari-Muslim, dan Nasa`i).

Ketujuh, dalam Al Quran Allah berfirman yang bermaksud: “(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).” (Qs. At Taubah: 112).

Firman Allah Ta’ala lagi:

Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”. (Az-Zumar: 10)

Kata Al Maliki, orang-orang yang bersabarlah maksudnya adalah orang yang berpuasa sebab puasa adalah nama lain dari sabar. Di saat berpuasalah, orang-orang yang bersabar (dalam beribadah puasa) memperoleh ganjaran dan pahala yang tak terhitung banyaknya dari zat Yang Maha Pemberi, Allah s.w.t.

Kelapan, di saat puasa inilah Allah memberi keistemewaan dengan menjadikan segala aktiviti orang yang berpuasa sebagai ibadah dan ketaatan kepada-Nya. Kerananya, orang yang berpuasa dan ia meninggalkan ucapan yang tidak berguna (diam) adalah ibadah serta tidurnya dengan bertujuan agar kuat dalam melaksanakan ketaatan di jalan-Nya jugalah ibadah.

Dalam satu hadits riwayat Ibnu Mundih dinyatakan, “Diamnya orang yang berpuasa adalah tasbih, tidurnya merupakan ibadah, dan doanya akan dikabulkan, serta perbuatannya akan dilipat gandakan (pahalanya).”

Kesembilan, di antara cara yang Allah kenakan dalam memuliakan orang yang berpuasa, bahawa Allah menjadikan orang yang memberi makan berbuka puasa pahalanya sama dengan orang yang berpuasa itu sendiri meskipun,walaupun dengan sepotong roti atau seteguk air.

Dalam satu riwayat Nabi bersamda: seseorang yang memberi makan orang yang puasa dari hasil yang halal, akan dimintakan ampunan oleh malaikat pada malam-malam Ramadhan…… meskipun hanya seteguk air. (Hr. Abu Ya`la).

Kesepuluh, orang yang berbuka puasa dengan berjamaah demi melihat keagungan puasa, maka para malaikat akan berselawat (memintakan ampunan) baginya.

Wallahu’alam….
hasnulhadiahmad.com

Untung dapat anak yang baik macam ini..

Besar sungguh cubaan bagi lelaki ini, setelah dirinya lumpuh kerana kemalangan , isteri pergi begitu saja meninggalkannya entah kemana. Namun dia masih memiliki mutiara tak ternilai iaitu kurnia dari tuhan iaitu seorang anak berusia 3 tahun yang dengan taat mendampingi dan merawatnya, sungguh sebuah kisah tak ternilai dari seorang anak seusianya.


Bersiap-siap mengambil air untuk mandi ayahnya


Membawa air untuk membersihkan badan....


Mengambil tualak untuk keringkan tubuh ayahnya setelah mandi


Seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia tiga tahun menjadi tumpuan hidup si ayah setelah dia mengalami kemalangann dan tak boleh lagi berjalan. Kanak-kanak bernama Dong Xinyi merawat si ayah, Dong Jian (26) dan juga membersihkan kotorannya.


Persiapan dapur elektrik untuk masak makanan


Memasak makanan buat ayah yang disayangi


Xinyi lahir di sebuah keluarga petani di Kota Huanghia di DaerahShandong, China, tahun 2007. Beberapa bulan kemudian, ibunya meninggalkan rumah dan membawa Xinyi setelah Dong Jian mengalami lumpuh akibat kemalangan. Namun, awal tahun ini, ibunya mengirimkan Xinyi kembali kepada si ayah. Tidak diketahui mengapa dia melakukan hal itu. Sejak saat itu Dia kemudian merawat sang ayah.


“Dia segalanya bagi saya. Setelah kemalangan, isteri meninggalkan saya. Ayah dan ibu tiri saya bahkan tidak peduli. Saya pernah berpikir untuk bunuh diri,” katanya. “Namun, kini Xinyi adalah di sini dan saya sangat kagum pada dirinya,” katanya. Tidak jelas, bagaimana sang ayah dan anak perempuannya memperolehi wang untuk menampung hidup.


bk-alangkah beruntung dan bahagia ibubapa yang mempunyai anak sebegini
sumber : ruanghati.com