Kelmarin saja cuba buat som tam sebab nak try gadget baru pisau yang khas utk potong mangga/betik utk buat kerabu. Resipinya simple aje. Guna betik muda semata2.
Ingredients
At a glance
Kerabu
2 cawan betik muda, dibuang kulit dan diparut 1/4 cawan udang kering tumbuk 1 tangkai cili kering, direndam dan ditumbuk (kalau ada sambal belacan guna 1 sdt sambal belacan) 2 ulas bawang putih 3 sdb sos ikan 1 sdb perahan limau nipis 1 sdb air asam jawa Hirisan daun ketumbar Cili merah dan cili padi secukup rasa Gula secukup rasa
Methods/steps
Tumbuk bawang putih dan cili kering.
Campurkan kesemuanya sehingga sebati.
Rabu, 28 Julai 2010
fajridil.blogspot.com - Ini adalah suatu kisah keajaiban terjadi sekitar 90 tahun lalu diriwayatkan oleh Syeikh Al-Zubaidi. Seseorang telah cuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW, Masjid Al-Nabawi (Gumbad-e-Khizra)
Namun, ketika dia memanjat kubah untuk mulakan kemusnahan, tiba-tiba kilat memusnahkannya dan dia meninggal dunia di situ. Lantaran itu tidak ada seorang pun yang mampu mengalihkan mayatnya dari puncak kubah.
Beliau juga mengatakan bahawa orang yang soleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengambil mayat dari puncak kubah itu dan bahawa ia harus dikebumikan di situ sebagai amaran dan peringatan bagi orang-orang yang mungkin cuba untuk menghancurkannya pada masa akan datang.
Akhirnya, mereka memutuskan untuk mengebumikannya tepat ada pada kubah dan menutupi tubuhnya dengan penutup hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang lain.
625 gm mentega (2 1/2 ketul) 175 gm tepung red rose atau superfine 350 gm gula halus 20 biji kuning telur 5 biji putih telur 1 sudu kecil cream of tartar
Bahan Lapis:
Buah-buahan campuran
Cara Menyediakan:
1. Sediakan tiga bekas yang berasingan. Satu bekas diputar mentega sehingga kembang, bahagikan mentega kepada dua bahagian.
2. Satu bekas diputar kuning telur dan 300 gm gula halus sehingga kembang.
3. Manakala satu bekas lagi diputar putih telur, 50 gm gula halus dan cream of tartar sehingga gebu memutih.
4. Setelah ketiga-tiganya siap diputar, masukkan separuh adunan kuning telur ke dalam satu bahagian mentega, kacau dengan senduk kayu sehingga sebati (cepat dan seketika sahaja).
5. Kemudian masukkan separuh bahagian adunan putih telur, kacau perlahan dan masukkan sebahagian tepung yang telah diayak.
6. Masukkan baki mentega, kacau seketika.
7. Masukkan pula baki adunan kuning telur, kacau seketika.
8. Akhir sekali masukkan baki putih telur, kacau sebati.
9. Sendukkan sedikit adunan, leserkan pada acuan empat segi.
10. Bakar pada api atas bawah sehingga masak, leserkan sesenduk adunan lagi, kali ini bakar pada api atas sahaja selama tiga minit.
11. Ulangi sehingga lima kali proses melapis.
12. Masuk lapisan keenam, setelah dileserkan adunan, tabur buah-buahan campuran. Bakar pada api atas sahaja.
13. Lakukan proses yang sama sehingga habis, tetapi untuk setiap lapisan, jangan lupa taburkan buah-buahan campuran.
14. Untuk lapisan paling atas, bakar pada api atas dan bawah sehingga kekuningan.
BOLEHKAH anda mengembalikan masa silam? Kunci kepada gigi yang sihat dan cantik ialah keseimbangan gaya hidup sihat dan tabiat kesihatan gigi yang baik mampu menghalang tiga tanda awal penuaan di mulut, iaitu penyakit gusi, pereputan gigi dan penyahwarnaan. Ikuti petua penjagaan gigi ini dan anda akan mengekalkan senyuman yang menarik sepanjang hayat: 1. Memflos gigi sebelum memberus 2. Berus gigi dua kali sehari 3. Gunakan berus gigi yang betul 4. Dapatkan pemeriksaan gigi dua kali setahun 5. Kunjungi doktor gigi anda sebelum mengandung 6. Berhenti merokok 7. Kurangkan minuman bergas, kopi dan alkohol 8. Tingkatkan pengambilan kalsium 9. Amalkan pengambilan vitamin C dan D 10. Tidur sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam
* Flos dan berus gigi dua kali sehari, gunakan berus gigi yang betul Amalkan memflos sebelum memberus gigi. Memflos membantu menanggalkan sisa makanan yang terlekat di celah gigi. Sekiranya sisa ini tertinggal di permukaan gigi, ia akan menyebabkan masalah gigi seperti kaviti, penyakit gusi dan gingivitis. Adalah lebih baik untuk memflos sebelum memberus bagi membuang plak dan menanggalkan sisa makanan dari permukaan gigi. Memberus ialah kunci kepada kesihatan gigi yang baik, memerangi penyakit gusi dan senyuman menawan sepanjang hayat. Pastikan anda memberus gigi dua kali sehari sekurang-kurangnya selama dua minit pada sebelah pagi dan malam dengan memberi perhatian kepada garisan gusi menerusi pergerakan secara membulat. Adalah penting untuk memilih berus gigi yang betul, maka pilih berus gigi yang dapat membersihkan gigi di samping selesa dan mudah digunakan. Anda juga disyorkan untuk memilih berus gigi yang telah terbukti secara klinikal boleh menanggalkan plak dengan berkesan. * Dapatkan pemeriksaan gigi dua kali setahun dan sebelum mengandung Anda dinasihatkan berjumpa doktor gigi dua kali setahun untuk pembersihan gigi secara profesional bagi menjaga kesihatan gigi dan memastikan senyuman menawan dapat dikekalkan sepanjang hayat. Amat penting bagi wanita yang mengamalkan pil perancang keluarga atau yang mengandung serta yang mengalami menopaus berjumpa dengan doktor gigi kerana mereka lebih cenderung mendapat masalah gigi seperti penyakit gusi, pereputan gigi dan kaviti. Wanita mengandung boleh mengalami gingivitis yang disebabkan perubahan hormon dan pertambahan aliran darah dalam badan. Sebelum mengandung, semua wanita perlu melalui pemeriksaan berkala untuk penyakit gusi. Mereka juga perlu melalui pemeriksaan gigi berkala sepanjang tempoh mengandung bagi mengesan dan merawat sebarang penyakit berkaitan gigi dan gusi. * Berhenti merokok, kurangkan minuman berkarbonat, kopi dan alkohol Merokok adalah penyumbang utama kepada penuaan gigi. Menurut Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), lebih 22 juta wanita di negara berkenaan merokok. Selain mengotorkan gigi, merokok juga merencatkan penyerapan kalsium ke dalam tubuh dan boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti kanser mulut. Jadi, berhenti merokok dan nikmati faedah kesihatan selain senyuman yang menawan tanpa ancaman rokok. Walaupun minuman tertentu mengandungi kandungan fosforus yang tinggi untuk kesihatan gigi, terlalu banyak fosforus juga boleh mengurangkan kandungan kalsium di dalam tubuh. Ini akan membawa kepada masalah gigi seperti pereputan gigi dan penyakit gusi. Minuman yang mengandungi bahan tambahan seperti gula jagung dan pewarna makanan juga boleh menjadikan gigi yang putih berseri menjadi pudar dan dinyahwarnakan. Maka, adalah lebih baik untuk memilih minuman seperti susu yang boleh meningkatkan kekuatan gigi dan membina enamel yang lebih kuat serta memberi anda senyuman yang kekal menawan. * Tingkatkan pengambilan kalsium, vitamin C dan vitamin D Selepas usia 30 tahun, wanita akan mengalami pengurangan kepadatan tulang sebanyak 25 peratus. Tingkatkan kandungan kalsium dengan meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran hijau yang tinggi kandungan kalsium. Makanan ini akan membantu mengurangkan pembentukan asid dalam air liur yang boleh menyebabkan penghakisan enamel gigi. Vitamin C dan D pula dapat membantu meningkatkan penyerapan mineral berguna untuk gigi seperti kalsium dan fosforus. Ini juga dapat membantu mengekalkan kesihatan tulang dan juga tisu gusi dan merupakan antara cara paling mudah untuk mengekalkan kesihatan gigi dan menentang penyakit gusi. * Tidur sekurang-kurangnya 8 jam setiap malam Tidur membolehkan badan anda berehat dan juga merawat sebarang kerosakan yang berlaku akibat jangkitan atau kecederaan fizikal. Lebih-lebih lagi, anda akan berupaya memberikan senyuman menawan sekiranya telah mendapat rehat secukupnya. Mengikut Yayasan Tidur Kebangsaan Amerika Syarikat, golongan wanita lebih terdedah mengalami insomnia berbanding lelaki. Kurang tidur akan menyebabkan sistem ketahanan (imuniti) badan menjadi lemah dan ini akan memberi ruang kepada jangkitan kuman pada mana-mana bahagian badan, termasuk di dalam mulut. - Rencana ini disediakan pakar pergigian dan Oral-B Sempena Kempen Malaysia Bebas Plak Oral-B. Artikel ini akan diterbitkan setiap dua minggu sekali.
8 potong ayam (perap dgn sedikit kunyit dan garam) 4 tbsp cili kisar 100 gm tomato puri 2 bj bwg merah besar - dikisar 1 bj bwg besar - dihiris bulat 2 btg serai - diketuk 3 kuntum bunga cengkih 3 btg kulit kayu manis garam dan gula secukup rasa minyak masak secukupnya
Methods/steps
Panaskan minyak. Goreng ayam yang diperap tadi sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
Tumiskan bwg hingga naik bau.
Masukkan kulit kayu manis, serai dan cengkih. Kacau hingga harum.
Masukkan pula cili kisar dan tomato puri. Goreng hingga naik minyak.
Rasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
Kemudian masukkan ayam goreng tadi dan gaul sekejap hingga rata.
Akhir sekali masukkan hirisan bwg dan kacang peas.
Khasiat pisang Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan: Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS: Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.
Anemia: Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi: Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda: Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman: Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan: Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung: Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi: Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk: Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf: Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.
Obesiti dan Tekanan Kerja: Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.
Ulser: Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu: Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD): Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau: Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.
Stres: Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Strok: Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit: Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah. Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”
PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan! (sumber (http://www.tranungkite.net/v10/)
Tatacara makan & minum * Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.
* Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.
* Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.
* Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus ~ sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.
* Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sbb, bagi yg tgh study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)
Tatacara di bilik air * Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak drpd dapat batu karang
* Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar
Tatacara didik anak
* Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.
* Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jgn) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.
Tatacara didik diri sendiri
* Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sst amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.
* Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg -ve ~ emosi2 ni akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc
Ada 3 kategori manusia :- BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam
"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"
Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that day) shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better that those who listen to him directly...
Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge & you'll lose nothing.
EL PASO, Texas — An airplane mechanic was killed Monday morning after he was sucked into a jet's engine while passengers were boarding from the tarmac, officials said. "A mechanic walked in front of the engine and was pulled into the engine," National Transportation Safety Board spokeswoman Lauren Peduzzi said. She said she didn't know if any passengers saw the accident as they boarded Continental Airlines flight 1515 to Houston. A Federal Aviation Administration spokesman said the worker was sucked into the right engine of the 737-500. The mechanic's identity wasn't released, but Continental identified the victim as an employee of one of Continental's suppliers. Continental released few other details about what it called a "ground incident" at El Paso International Airport. "My fellow co-workers and I extend our heartfelt sympathies to the family and friends of the mechanic involved in this tragic event," Larry Kellner, Continental chairman and CEO, said in a statement. There were 114 passengers and five crew members boarding the plane.