Ahad, 30 Oktober 2011

Abdul Basit Abdul Rahman Zina, Punca, Kesan & Hukum

Etnik Asia paling banyak dibuli di AS


Pelajar Amerika Syarikat berketurunan Asia yang belajar di sebuah sekolah awam di Philadelphia mengadakan bantahan secara aman Mac lalu ekoran sering dibuli sejak dua tahun lalu. - AGENSI
WASHINGTON 29 Okt. - Remaja Amerika Syarikat (AS) berketurunan Asia paling banyak dibuli di sekolah-sekolah di AS berbanding kumpulan etnik lain.

Kajian kerajaan menunjukkan komuniti tersebut tiga kali ganda sering berdepan cemuhan dalam Internet.

Setiausaha Pendidikan AS, Arne Duncan berkata, antara faktor gangguan itu ialah masalah bahasa yang dihadapi sesetengah pelajar Amerika-Asia dan sentimen perkauman yang semakin meningkat sejak insiden 11 September 2011 terhadap kanak-kanak Islam.

"Perkara ini memang tidak dapat diterima dan perlu diubah. Kanak-kanak sepatutnya pergi ke sekolah tanpa perasaan takut," katanya.

Kajian itu dikeluarkan Sabtu lalu, mendapati 54 peratus remaja Amerika-Asia dibuli di kelas dan 31.3 peratus golongan kulit putih turut dilaporkan mengalami masalah sama.

Menurut seorang pegawai yang terlibat dalam kajian tersebut, data juga menunjukkan 38.4 peratus golongan Amerika-Afrika dan 34.3 peratus bagi Hispanik turut dibuli.

Bagi kes buli di Internet, kira-kira 62 peratus etnik Amerika-Asia dilaporkan diganggu sekali atau dua kali sebulan, berbanding dengan 18.1 peratus golongan kulit putih.

Kajian tersebut dilakukan berdasarkan satu tinjauan pada 2009 yang disokong oleh Jabatan Pendidikan dan Keadilan AS.

Dalam kajian itu, kira-kira 6,500 pelajar berumur antara 12 hingga 18 tahun diwawancara dan golongan Amerika-Asia secara umumnya ditakrifkan sebagai keturunan Asia Timur, benua kecil India atau Pasifik Selatan.

Pegawai-pegawai kajian merancang mengumumkan data itu pada satu majlis mengenai isu buli di New York sebagai sebahagian daripada Inisiatif White House Presiden Barack Obama terhadap golongan Amerika-Asia dan Kepulauan Pasifik. - AFP

Rabu, 26 Oktober 2011

Orang Kafir ni ada Macam Macam Gilo


DORTMUND, Jerman - Rolf Bucholz yang merupakan seorang pakar komputer berusia 52 tahun mempunyai tindikan sebanyak 453 di tubuhnya.

Dia merupakan pemilik rekod Guinness World of Records lelaki yang paling banyak bertindik di dunia.

Muka lelaki tersebut juga mempunyai banyak tindikan seperti di kening, bibir dan hidung.

Dia juga mempunyai 278 tindikan di bahagian kemaluannya. - Agensi

Selasa, 25 Oktober 2011

Mayat Gaddafi berbau busuk


MISRATA, Libya - Mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mula mereput dan berbau busuk selepas empat hari ditempatkan di dalam sebuah bilik sejuk simpanan daging di sini sejak Khamis lalu.

Pejuang-pejuang yang mengawal jenazah Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim bertindak meletakkan lapisan plastik di bawah jenazah mereka ekoran cecair mayat mula mengalir di dalam bilik sejuk beku sebuah pasar tempat kedua-dua jenazah itu disimpan.

Warna kedua-dua mayat itu menjadi semakin hitam selepas tidak dikebumikan selama empat hari.

Para pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mula memberikan topeng bedah kepada para pelawat untuk melindungi daripada terhidu bau busuk yang tersebar ke dalam bilik sejuk beku tersebut.

"Tuhan mencipta firaun sebagai teladan kepada manusia lain," kata seorang penduduk, Salem Shaka yang melawat kedua-dua jenazah itu semalam.

"Jika beliau seorang yang baik, kami pasti akan mengebumikannya.

Namun, beliau sendiri yang memilih jalan ini (jalan kehancuran)," tambahnya.

Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim mati dibunuh di bandar kelahiran Gaddafi, Sirte selepas mereka ditangkap pada Khamis lalu.

Seorang lagi lelaki menyatakan dia memandu sejauh 400 kilometer untuk melihat mayat Gaddafi.

"Saya datang ke sini untuk memastikan dengan mata saya sendiri. Semua penduduk Libya mesti melihatnya," katanya.

Pengebumian Gaddafi masih menjadi perbalahan dalam kalangan anggota-anggota NTC yang memerintah Libya buat sementara waktu.

Para pemimpin NTC mahu mayat Gaddafi dikebumikan di sebuah lokasi rahsia supaya makamnya tidak dipuja.

Namun, suku kaum Gaddafi mahu mayatnya dikebumikan di bandar kelahirannya di Sirte. - Reuters

Khamis, 13 Oktober 2011

Lelaki tak kahwin kerana wanita terlalu sedikit di kampung India


SIYANI, India - Ramai lelaki di desa ini, negeri Gujerat, tidak dapat berkahwin kerana bilangan wanita yang jauh berkurangan berbanding kaum lelaki.

Sehingga kini, terdapat lebih 350 lelaki bujang berusia lebih 35 tahun ke atas di desa berkenaan yang dihuni sekitar 8,000 orang.

"Desa ini kekurangan prasarana atau pembangunan, justeru penduduknya rata-rata miskin dan tidak berpelajaran," kata seorang pemilik kilang gandum kecil, Prashant Dave, 41, yang bernasib baik kerana telah berumah tangga.

"Terdapat terlalu sedikit wanita dengan ramai di antara mereka meninggalkan desa untuk mencari kehidupan lebih baik," tambahnya.

Seorang penduduk Siyani, Bharatbhai Khair pula berkata, dia berusaha mencari calon isteri sejak 25 tahun lalu tetapi masih gagal.

"Saya kini berputus asa, biarlah saya hidup membujang," kata lelaki berusia 45 tahun itu.

Situasi tersebut berlaku ketika maklumat banci yang disiarkan tahun ini menunjukkan terdapat 914 perempuan untuk setiap 1,000 bayi lelaki di India.

Keputusan tersebut menunjukkan penurunan sejak 2001 apabila terdapat 933 perempuan untuk setiap 1,000 bayi lelaki. - Reuters

Ahad, 9 Oktober 2011

Tidak cukup tidur bahayakan nyawa



48 dan 15 peratus berisiko mati sakit jantung, angin ahmar

LONDON: Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.

Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama.
Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau. Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting, katanya.
Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.

Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio.

Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard. Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang.

Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain.
Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.

Satu kajian ke atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori setiap hari, disertai senaman kebanyakan hari. Mereka yang tidur terlalu pendek atau terlalu lama kurang kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan. Agensi

Rabu, 5 Oktober 2011

Buah diperam dengan carbide tidak selamat dimakan


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihati pengguna supaya tidak memakan buah-buahan yang diperam dengan menggunakan gas carbide kerana terdapat maklumat yang cukup mengenai bahayanya kepada kesihatan.

Calcium carbide mempunyai ciri-ciri penyebab kanser dan boleh mengakibatkan gangguan saraf. Ia boleh menyebabkan bunyi berdesing dalam telinga, kebas dan penyakit saraf periferal. Jika wanita hamil memakan buah yang telah diperam bersama carbide, ada kemungkinan bayi yang akan lahir berkeadaan cacat.

Adalah tidak wajar Kementerian Kesihatan mengatakan bahawa buah-buahan yang diperam dengan menggunakan carbide selamat untuk dimakan sebelum menjalankan siasatan. Sekadar menyebut bahawa amalan yang sama dilakukan di negara-negara lain bukan bermakna ianya selamat.

Di India, kerajaan telah mengharamkan penggunaannya di bawah Akta Pencegahan Pencemaran Makanan, dan terdapat beberapa laporan media bahawa buah-buahan yang diperam dengan menggunakan gas carbide telah dirampas dan dimusnahkan.

Dalam keadaan biasa, buah-buahan akan masak hasil tindak balas hormon ethylene yang dihasilkan secara semula jadi dalam buah. Tetapi penggunaan calcium carbide mengeluarkan gas acetylene yang mudah meruap dan meletup walaupun pada kepekatan yang rendah berbanding ethylene.

Kementerian Kesihatan perlu menyedari bahawa khasiat makanan dalam buah-buahan akan berkurang apabila ia masak ranum secara tiruan.

Buah-buahan yang menjadi ranum dengan menggunakan gas carbide akan mengalami tindak balas kimia yang berbeza berbanding buah-buahan yang ranum secara semula jadi. Ketika buah ranum secara semula jadi, perubahan biokimia akan berlaku misalnya penyusutan klorofil, biosintesis karotenoid (antioksidan, penambah sistem imun, bahan pencegah kanser), antosianin (antioksidan yang kuat), essential oils, dan komponen perisa serta aroma. Tetapi kesemua perubahan kimia yang menyihatkan dan menambah mutu buah-buahan ini tidak berlaku jika buah ranum secara tiruan.

Dengan mengatakan penggunaan gas carbide untuk meranum buah-buahan sebagai amalan yang selamat, Kementerian Kesihatan seolah-olah menggalakkan penggunaan lebih banyak bahan kimia dalam makanan yang sebaliknya boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

Penulis adalah Presiden CAP.

Sabtu, 1 Oktober 2011

Makanan Penyebab Kanser, Elakkan!!!!



Sumber: Bicara Online

Hot dogs

Hot Dogs - Mengandungi terlalu banyak Nitrate. Pakar menasihatkan agar kanak-kanak tidak makan lebih dari 12 hot dogs sebulan. Kalau anda ketagih juga nak kana Hot Dogs beli jenis yang tidak ada kandungan Sodium Nitrate.
Daging yang diproses

Daging yang diproses - Juga mengandungi banyak kandungan Nitrate. Juga mengandungi kandungan lemak tepu yang menyumbang pembentukan kanser. Ia juga meningkatkan risiko serangan jantung.
Donut

Donut - Berkemungkinan jensi makanan yang paling teruk menyumbang kepada kanser. Ia diperbuat daripada tepung, gula dan juga minyak yang dihidrogenasikan dan kemudiannya digoreng dalam minyak yang amat panas.

Kentang Goreng

Kentang Goreng - Ia patut dipanggil kancer-fries dan bukan french-fries. Kentang goreng juga seperti donut yang dibuat daripada 'hidrogenated oils' dan digoreng dalam suhu yang amat tinggi. Kentang goreng juga mengandungi acryl amides, salah satu bahan penyebab kanser.

Keropok

Keropok, snack dan biskut serta yang seumpamnya - Juga diperbuat daripada tepung dan gula. Ia juga mengandungi 'Trans-fat'.