Isnin, 30 Mei 2011

Awas : Sayur rumah hijau dijangkiti bakteria E. coli di Eropah




SEBIJI timun yang ditanam di sebuah rumah hijau di Algarrobo Sepanyol - Reuters

PRAGUE, Republik Czech — Sejumlah sayuran dari Sepanyol yang disyaki dicemari bakteria yang boleh membawa maut ditarik balik penjualannya di Austria dan Republik Czech bagi mengelak wabak penyakit, lapor pihak berkuasa semalam.
Jangkitan bakteria yang dikenal pasti sebagai E. coli itu telah membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang manakala ratusan yang lain di seluruh Eropah mengalami keracunan.
Pihak berkuasa Czech menyatakan, sebanyak 120 timun organik Sepanyol yang disyaki dicemari bakteria itu ditarik semula penjualannya dari pasar raya dan kedai runcit.
Pegawai kesihatan di Austria pula memberitahu, hanya sebilangan jumlah timun yang ditarik balik.
Agensi Kesihatan dan Keselamatan Makanan Austria menjelaskan, pihaknya telah mengeluarkan amaran bahawa pencemaran bakteria itu turut merebak pada tanaman tomato dan terung.
Agensi tersebut mendakwa sejumlah sayuran itu mungkin telah dijual dan meminta orang ramai yang membelinya supaya segera membuang sayuran tersebut.
Di Denmark, seramai lapan orang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan bakteria E. coli.
Timun yang dicemari bakteria itu turut dilaporkan turut dieksport ke Hungary dan Luxembourg untuk dijual.
Dua rumah hijau di Sepanyol didapati menjadi sumber bakteria tersebut merebak.
Negara lain seperti United Kingdom dan Belanda juga dipercayai dijangkiti bakteria tersebut.
Orang ramai yang baru pulang mengunjungi Jerman pula diminta untuk berjumpa dengan doktor jika mereka mengalami cirit birit berdarah. - Agensi

Pautan pada catatan ini

Khamis, 26 Mei 2011

Jutawan Malaysia pelihara 30 ekor anjing RM39.83 juta




KENNY LAI bergambar bersama seekor anjing baka Mastiff Tibet di penthouse miliknya di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Seorang jutawan Malaysia, Kenny Lai mungkin dianggap pencinta haiwan peliharaan paling mewah di Malaysia apabila memiliki 30 anjing baka Mastiff Tibet bernilai lebih £8 juta (RM39.8 juta), lapor sebuah akhbar dalam talian semalam.

Jutawan berkenaan sanggup menjelajah ke seluruh dunia bagi mencari baka yang 100 peratus tulen kerana haiwan tersebut dianggap sebagai raja segala anjing.

"Berdasarkan nilai pasaran terkini, 30 anjing yang saya miliki sekarang bernilai lebih dari £8 juta, "katanya seperti yang disiarkan di laman berita mailonline. Dia memelihara kesemua anjing di sebuah penthouse mewah miliknya di Kuala Lumpur.

Lebih menarik lagi apabila tempat peliharaan berkeluasan 5,000 meter persegi yang dilengkapi pendingin hawa dingin turut mempunyai pasukan penjaga, jurulatih dan doktor haiwan bagi merawat anjing tersebut.

Penakluk agung, Genghis Khan bersama angkatan tenteranya menggunakan 30,000 haiwan tersebut ketika cuba menakluk Eropah Barat

Penduduk tempatan percaya anjing itu memiliki roh sami-sami yang tidak cukup baik dijelmakan sebagai manusia atau untuk ke syurga.

Dia pada mulanya membeli sembilan anjing itu pada harga £3.2 juta (RM15.95 juta) sebelum membiaknya.

Di United Kingdom, anjing tersebut bernilai di antara £850 (RM4,238) dan £1,000 (RM4,986) bagi setiap seekor anak haiwan itu.

- Agensi

Selasa, 17 Mei 2011

Kurang tidur cetus naik berat badan



NEW YORK: Satu kajian di Eropah mendapati kekurangan tidur melambatkan metabolisme, lantas mengakibatkan badan menggunakan tenaga berkurangan.

Hasil kajian terbaru itu dilaporkan Jurnal Nutrisi Klinikal Amerika, menambah kepada bukti kekurangan tidur boleh menyebabkan pertambahan berat badan.
Kajian itu mencadangkan mendapatkan tidur mencukupi mungkin menghalang pertambahan kenaikan berat badan, kata Christian Benedict dari Universiti Uppsala di Sweden yang mengetuai kajian.
“Penemuan kami menunjukkan kekurangan tidur sehari secara teruk mengurangkan penggunaan tenaga di kalangan lelaki sihat berikutan tidur menyumbang kepada pengimbangan kitaran penggunaan tenaga harian,” tulisnya.

Kajian sebelumnya pernah mengaitkan kekurangan tidur dengan peningkatan berat badan dan turut menunjukkan bagaimana tidur terganggu turut mengganggu paras tekanan dan hormon berkaitan lapar ketika waktu berjaga.

Bagi mengenal pasti mekanisme sebenar yang mana kekurangan tidur mungkin mempunyai kesan sebegini, Benedict dan rakannya meletakkan 14 pelajar lelaki universiti melalui beberapa siri ‘keadaan’ tidur. – Reuters

Khamis, 12 Mei 2011

Cacing Guinea yang Sangat Mengerikan




Larva cacing guinea hidup di dalam tubuh kutu air. Ketika manusia meminum air yang mengandung kutu air, sistem pencernaan kita membinasakannya, namun tidak mematikan larva cacingnya yang terus berkembang menjadi dewasa. Cacing jantan akan mati setelah di dalam tubuh manusia, sementara betinanya terus membesar dalam waktu singkat pertumbuhannya kira-kira mencapai lebih dari dua sentimeter setiap minggu.

Dalam waktu setahun cacing ini perlahan-lahan mengeluarkan diri dari tubuh manusia yang dihuninya dengan menjulurkan kepala terlebih dahulu di bagian bawah kaki atau lengan manusia yang menjadi korban. Proses ini menyebabkan ngeri yang luar biasa.Bekas luka lubang keluarnya cacing ini akan membesar sesentimeter demi sesentimeter dan begitu menyakitkan. Sering kali penderita terburu-buru mencari sumber air untuk merendam luka mereka, padahal tindakan ini adalah salah.

Ketika cacing guinea yang masih berada di dalam tubuh manusia itu merasa dekat dengan air, ia akan melepaskan ribuan larva yang kemudian dimakan kutu air. Dan lingkaran ini terus berlanjut. Pada era 1900-an, cacing guinea ditemukan di sebagian besar wilayah Afrika dan Timur Tengah, Asia Tengah dan Selatan. Sejalan dengan meningkatnya air bersih, cacing ini menghilang di berbagai wilayah. Namun, pertengahan 1980-an masih ada sekitar 3,5 juta kes di Asia dan Afrika. Untuk membasminya, para ahli punya cara sederhana: mengajari masyarakat cara menyaring air minum dan mencegah penderita dengan cacing yang keluar dari tubuhnya mendekati sumber-sumber air.

Daerah penyebaran : Afrika

Read more: http://www.borakkosong.com/#ixzz1M95oKXTn

Selasa, 10 Mei 2011

Kisah Ulu Bendul Bersama Mazidul





Selasa, Mei 10, 2011
Dia Pendek Mata Merah (Kejadian Lemas Di Ulu Bendul)
"Dia pendek, mata merah. Dua dia tak sempat, satu dia tarik ke bawah pokok besar, tertimbus empat kaki dalam"

Itu antara dakwaan dilontarkan lelaki berjanggut dan berseluar celoreng berdiri di sebelah saya sewaktu anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, JPAM Negeri Sembilan giat mencari mayat Nur Syaza Sakinah Syed Ahmad, 2 tahun, jam 4.10 petang semalam.


Saya perhatikan kegigihan anggota JPAM berusia di antara 22 dan 31 tahun terbabit, memotong akar kayu dan cuba menggali pasir di bawah pohon besar di tebing sungai.

Hampir jam 5 petang, tiada mayat ditemui di kawasan sasaran.

"Bang, boleh ambil gambar?," pinta mereka.

Malangnya setiap kali gambar cuba dirakam menggunakan kamera telefon bimbit, saya mendengar keluhan sama.

"Alamak! Gambar tak clear, goyanglah"

Hakikatnya mereka semua kesejukan, setelah berada di dalam air dalam tempoh lama lalu tangan menggeletar ketika merakamkan gambar. Akhirnya gambar berikut diabadikan penerbit 999, Shahnun Hanif Suhaimi menggunakan kamera digital, Canon G12 saya.




Saya tidak mengenali mereka secara peribadi tetapi menyanjung semangat jitu tersemat di jiwa anggota JPAM terbabit. Tujuh hari mereka menjalankan usaha mencari dan menyelamat 3 kanak-kanak perempuan mati lemas akibat fenomena luar biasa.

Jam 5.05 petang, 3 Mei lalu sewaktu berkelah bersama ayah, Syed Ahmad Ibrahim, 28 tahun, 3 anaknya, Nur Syaza Alisa, 5, Nur Syaza Azira, 4 dan Nur Syaza Sakinah, 2 tahun dilapor dihanyutkan 'kepala air'.


( Nur Syaza Alisa (kanan), Nor Shaza Azira (kiri) dan Nur Syaza Sakinah (tengah) tidur bersama sebelum kejadian)

Saya berasal dari kampung dan tinggal berhampiran sungai sekian lama. Barangkali ramai pembaca keliru berhubung takrifan 'kepala air' biarpun berulang kali membaca phrasa itu di akhbar sejak awal bulan ini.

Sungai berair jernih dan cetek menjadi lokasi orang ramai berkelah dan bermandi-manda tanpa menyedari hujan lebat turun di bahagian hulu. Air hujan terkumpul kemudian menghakis tebing sungai sekaligus mengaut bersama antaranya kayu balak, batu, lumpur dan kelodak, mengalir deras ke hilir. Gabungan air hujan dan sungai dengan paras ketinggian berlipat ganda berbanding aras kedalaman air sungai sebelumnya kemudian menghayutkan mangsa. 'Kepala air', air deras terawal tiba di lokasi kejadian.

Analoginya, jika sebelum kejadian, ketinggian air sungai hanya di paras lutut, ketinggian kepala air terbabit naik mendadak, melepasi aras kepala manusia.

Lihat gambar Sungai Batang Terachi, Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, saya rakamkan semalam, kembali cetek dan mengalir tenang.


Difahamkan, sewaktu kejadian, ketinggian air sungai terbabit melebihi aras kepala pengacara 999, Hazlin Hussain berdiri di atas batu.


Tiga mangsa dilaporkan mandi di kawasan sama sewaktu tragedi melanda. Mereka anak kecil, mustahil mereka berupaya menyelamatkan diri daripada dirempuh kepala air mampu mengapungkan dan menghanyutkan kayu balak bersaiz lebih sebesar pemeluk manusia dewasa.

Saya melihat air mata berjujuran di pipi ibu mangsa, Wan Azleela Wan Abdullah, 33 tahun sewaktu majlis membaca doa selamat berlangsung pada jam 1.30 tengahari semalam.


Syed dilaporkan berpisah dengan ibu mangsa, kelihatan sugul di sepanjang majlis berlangsung.



Akbar sebelum ini melaporkan, Syed berkunjung ke kawasan perkelahan popular terbabit bersama anak dan teman wanitanya, Alwani Abu Hassan, 19 tahun. Mereka juga turut dihanyutkan air deras namun berjaya menyelamatkan diri sebelum dirawat di hospital.

Dalam majlis sama, bapa saudara mangsa, Wan Adnan Wan Abdullah, 38 tahun, kelihatan sebak, tidak berupaya mengawal emosinya.


Majlis sekaligus menemukan kedua belah keluarga mangsa, secara aman terbabit antaranya dihadiri Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba (gambar pertama di bawah, kanan sekali) dan pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Roslan Ariffin.

Mereka antara pegawai kerajaan banyak membantu mengkoordinasikan operasi mencari mayat mangsa.


Roslan Ariffin

"Lebih 150 orang terbabit mencari mangsa. Setakat ini tidak ada lagi perancangan untuk memberhentikan operasi," ujar Jaafar.

Tambah beliau, operasi mencari mangsa dibantu Pasukan Bomba dan Penyelamat, JPAM, RELA, SMART, polis, tentera, kakitangan Jabatan Perhutanan serta penduduk kampung.

Untuk rekod, mayat Nur Syaza Alisa ditemui pada jam 3.15 pagi manakala mayat adiknya, Nur Syaza Azira pula dijumpai pasukan mencari dan menyelamat pada 10.20 pagi pada jarak di antara 300 dan 500 meter dari lokasi kejadian.



Sewaktu ditemubual kru 999, ibu mangsa turut berkongsi cerita bersama Hazlin.

"Masa turun bersama mencari mangsa, emak dia terjumpa kain telekung di tepi sungai, dia angkat, kemudian letak di tebing. Seorang daripada anak dia, dijumpai di tempat sama. emak mangsa kemudian cakap, dia berasa pelik sangat apabila ada ahli keluarga terjumpa semula telekung sama di tempat asal," ujar Hazlin.

Saya dimaklumkan, usaha mencari mangsa turut dibantu ramai pengamal perubatan Islam namun sehingga jam 11 malam tadi, mangsa terakhir masih belum ditemui.

Pelbagai cerita saya dengar selama kira-kira 6 jam berada di sekitar lokasi kejadian. Barangkali penduduk Kuala Pilah lebih arif berhubung dakwaan kawasan terbabit 'keras'.


Saya doakan agar mayat mangsa ditemui dalam tempoh terdekat. Ya Allah, izinkanlah jenazah anak kecil bernama Sakinah dikebumikan secara sempurna, Al-Fatihah.


Nukilan Mazidul Akmal Sidik Jam 4:21 AM 29 komen

Isnin, 2 Mei 2011

Perhentian bas keluar bunyi batuk




SEBUAH perhentian bas yang mengeluarkan bunyi batuk di Britain.

LONDON - Pihak berkuasa kesihatan Britain akan membina perhentian bas baru yang mengeluarkan bunyi batuk berkahak perokok apabila orang ramai mendekatinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Perhentian bas itu yang menelan belanja £1,200 sebuah (RM5,939), dilengkapi cip sensor yang dapat mengesan kehadiran manusia seterusnya mengeluarkan bunyi manusia sedang batuk.

Setakat ini, sebanyak 15 buah kemudahan itu telah dibina dalam fasa percubaan di seluruh Britain, terutamanya di kawasan yang banyak mencatatkan kes kanser paru-paru.

Pembinaannya merupakan sebahagian kempen antimerokok di negara itu bagi menggalakkan perokok yang mengalami batuk berpanjangan supaya menjalani pemeriksaan kesihatan.

"Tempat perhentian bas unik ini merupakan kempen iklan kesihatan baru yang dapat menarik perhatian orang ramai," kata seorang pegawai kesihatan, Dr. Phil Sawyer. - Agensi