Sabtu, 21 Disember 2013

lulus....

assalamualaikum semua...
hari ni just nak bagitau yang aku lulus ujian undan-undang jalan raya a.k.a orang selalu cakap ujian komputer gitu..nasib baik lulus..mase sebelum jawab tu, ada la yang cakap soalan tu susah la..pc number 8 soalan die senang, pc number 10 lak soalan susah (gaye cakap macam die da try jawab kat semua pc tu lak aku tengok), ape yang bace x keluar dalam soalan la.itu la, ini la, macam2 komen aku dengar. bile da habis jawab ujian lak, yang lulus tu kompem2 muke happy, senyum sampai ke gusi gitu.yang x lulus lak, kene buat balik lain kali. nasib badan. kepada yang lulus, kite geng, alhamdulillah. untuk yang x berjaya kali ni, leklu mase banyak lagi, buat se cool yang boleh. jangan bekerut muke tuh. selawat bebanyak kalau x ingat..(macam ummi dengan abah aku pesan)

lepas tu, aku ade jumpe  kawan aku mase tadika dulu. kire dah 11 tahun la kite orang x jumpe. muke pun da lain. just dapat cam sikit je. tegur die pun, tego gitu2 jele. senyum, tanya lulus ke x, duduk mane, sekolah mane dengan bende2 lain lagi la. last2 die yang cakap yang aku dulu satu tadika dengan die. tadika tu name die Tadika Tasfah. pastu pandang la muke die, nak bandingkan dengan geng mase tadika dulu, tapi kabur2 sikit la, muke masing2 da nak matured kan. orang nak membesar la katekan.

name die Farah Najwa. name cantik macam tuan die. papepun minggu depan kite orang jumpe semula, nak belajar motor dengan kerete. nasib baik tarikh kita orang same, bole jumpe die lagi kan.

kepada Shahindah dan Husna,untung la kapel dua orang. dah x jadi triple macam mase pergi kelas kpp dulu. aku jugak yang terkeluar. goodluck untuk korang. jangan dilupekan aku yang telah terkeluar ini ye.

***kesian kat blog nieh. da lame terbiar. bukan sengaja, tapi spm punye pasal, kene la tinggalkan kejap. tapi sekarang aspiyem sudah habis, bole la bukak2 blog ni balek.

bye semua, assalamualaikum.

Isnin, 24 Jun 2013

Countdown for ramadhan

x saba nye nak masok ramadhan..15 hari lagi tinggal...tapi maken dekat pulak dengan trial SPM...fushh...seram deh..topik pon banyak belom abis belajar lagi..kelam kabot nak prepare for trial nih..tok samua calun calun spm tahun 2013.. guluck for you all..try our best ok..dan selamat berbuke puase bagi sesape yang berpuase bulan sya`aban ni

Ahad, 23 Jun 2013

malam nifsu syaaban



Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :"Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !"

Kata saya (Nabi Muhammad) : "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?"

Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca :

"Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha."

Kitab Zubdatul Wa'idzin.




Isnin, 10 Jun 2013

Amalan-Amalan Malam Nisfu Sya’ban

Pada malam Nisfu Sya’ban hendaklah kita merebut peluang keemasan ini dengan cara menghidupkan malamnya dengan ibadat. Sebelum itu, pada siangnya eloklah berpuasa terlebih dahulu. Apabila selesai menunaikan solat Maghrib, disunatkan solat sunat dua rakaat. Selepas itu, hendaklah dibaca surah Yaasin sebanyak tiga kali dengan niat yang berbeza-beza sebagaimana yang akan dijalaskan nanti.
Disunatkan juga memperbanyakkan istighfar dan bertaubat daripada segala dosa serta meminta keampunan daripada Allah SWT untuk kedua ibu bapa serta keluarga di samping memperbanyakkan bacaan Al-Quran, bertasbih, berselawat dan melakukan solat-solat sunat.
Selain daripada itu, disunatkan juga memperbanyakkan doa kerana malam Nisfu Sya’ban merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.
Rasulullah SAW bersabda : maksudnya
“Ada lima malam yang tidak ditolak permintaan (doa) iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jumaat, dua malam iaitu malam Hari Raya Aidilfitri dan malam Hari Raya Aidiladha”.
Di dalam kitab Durratun Nasihin dinyatakan hadith yang bermaksud :
“Jibril telah datang kepadaku pada malam Nisfu Sya’ban dan berkata : “Wahai Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat sedang di buka, oleh itu bangunlah dan kerjakanlah sembahyang, kemudian angkat kepalamu serta kedua-dua tanganmu ke langit.” Aku (Rasulullah) bertanya: “Wahai Jibril, apakah gerangan malam ini?” Jibril menjawab : “Pada malam ini telah di buka 300 pintu rahmat, maka Allah SWT mengampun semua orang yang tidak menyekutukanNya dengan sesuatu melainkan (yang tidak diampuni) ialah tukang sihir,tukang tilik nasib, orang yang sangat suka bermusuhan, peminum arak, pelacur, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapa,orang yang suka mengadu domba, dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka tidak akan bertaubat dan meninggalkan pekerjaan maksiatnya”.
 Antara Peristiwa di Bulan Sya’ban
1. Malam Nisfu Sya’ban pada 14 Sya’ban.Keagungan malam Nisfu Sya’ban seumpama keagungan Rejab dengan malam Isra’  Mikrajnya dan keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya.
2. Berlaku penukaran qiblat dari Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis ke Kaabah di Masjidil Haram, Mekah pada 15 Sya’ban.
3. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada bulan Sya’ban tahun kelima hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam
4. Perang Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.
Bacaan Yaasin Pada Malam Nisfu Sya’ban
Pada malm Nisfu Sya’ban, disunatkan membaca Surah Yaasin sebanyak tiga kali berturut-turut dengan niat doa yang berbeza-beza sebagaimana berikut :
1. Bacaan Yaasin yang pertama memohon supaya Allah SWT memanjangkan umur di dalam ketaatan kepadaNya dan sentiasa beramal soleh.
2. Bacaan kali kedua memohon supaya di tolak segala bala’ dan bencana yang bakal menimpa.
3. Bacaan kali ketiga memohon supaya kita tidak berhajat melainkan kepada Allah SWT dan memohon supaya dimurahkan rezeki yang halal.
Setiap kali selesai membaca Yaasin,hendaklah membaca doa ini :

Sabtu, 8 Jun 2013

nasihat

p/s: jangan asyik nak terperap saje dalam bilik tu bile stress. awak sepatutnya keluar rumah dan moh kite tengok kebesaran dan ciptaan Allah s.w.t.. kan best kalau buat gitu. senyum je nanti. takdela muke nak berkerut seribu je. belum sampai umur dah dapat pangkat sarjen.haha..

Rabu, 5 Jun 2013

Doa Bulan Rejab


walaupun terlambat tapi nak post jugak doa ni. mari lah kita semua membacanya bersama.

Isnin, 1 April 2013

April fool!!


SEJARAH APRIL FOOL

Assalamualaikumwbh.

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita .




HUKUM SAMBUT APRIL FOOL

( Bergurau & Berhibur Bagi Tujuan Menipu & Mengenakan Orang Lain )

Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia.

Baginda SAW bersabda:
“Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia,kecelakaan ke atasnya,kecelakaan ke atasnya.”[HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah SAW juga bersabda:
“Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran.”
[HR Ahmad dan At-Thabrani].
 

Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. 

Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]
 

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentuk pun. 

Sambutan ini (April Fool) adalah dilarang kerana empat sebab:
1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.
 





Jumaat, 29 Mac 2013

7 Tindakan Berbahaya Selepas Makan



1. Jangan merokok - Eksperimen dari pakar-pakar membuktikan bahawa merokok selepas makan adalah setanding merokok 10 rokok (kemungkinan kanser adalah lebih tinggi)

2. Jangan makan buah-buahan serta-merta - Segera makan buah-buahan selepas makan akan menyebabkan perut akan kembung dengan udara. ambil buah-buahan 1 -2 jam selepas makan atau 1 jam sebelum makan.

3. Jangan minum teh - Kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Bahan ini akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang kita makan menjadi 100x sukar untuk dihadam.

4. Jangan longgarkan tali pinggang anda selepas makan akan mudah menyebabkan usus boleh dipintal dan disekat.

5. Jangan mandi selepas makan - menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki dan badan yang menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan terus berkurang, ini akan melemahkan sistem penghadaman di dalam perut kita.

6. Jangan berjalan - Orang selalu berkata bahawa selepas makan berjalan seratus langkah dan anda akan hidup sehingga 99 tahun. Pada hakikatnya ini adalah tidak benar. Berjalan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yang kita ambil.

7. Jangan tidur dengan segera - makanan yang kita ambil tidak akan tercerna dengan betul. Oleh itu akan membawa kepada gastrik dan jangkitan di dalam usus kita.

Khamis, 14 Februari 2013

Petua Memilih Kawan dari Imam al-Ghazali



Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik..

Pertama :
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang

Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..

Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.

Kelima :
PILIH kawan yang bercakap benar.
JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.



#hari ni birthday kawan saye Nur Syakirah Binti Shamsul a.k.a. shark..keke..happy birthday syek..may Allah bless you..spm tahun ni buat the best ok.



Isnin, 11 Februari 2013

suke hati je


Kat Museum Owl, Penang. Owl yang warna putih tu cantik sangat lah! ikut hati nak beli tapi x cukop die punye hongkos je..

time unggu dak Balqis a.k.a kookies turun dari die pnye ostel. bosan sangat snap gambar nagn die a.k.a 
cha-in-dah..

convocation kat PWTC bulan 12 tahun lepas. gambar tak berape nak ok, golap la dalam tuh. pastu penoh dengan orang lagi. (bahagian atas tuh jela gambar mase konvo, yang bawah tu da melalot g kat tempat lain lak)

Selasa, 29 Januari 2013

Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad s.a.w



Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani Al-Hasani menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:
1. Melaksanakan perintah Allah.
2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
3. Bersamaan dengan selawat para malaikat.
4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
5. Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
11. Allah akan menutupi segala dukacita.
12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. Mendapat darjat al-Sidq.
14. Ditunaikan segala hajat.
15. Salam sejahtera pada hari kiamat.
16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
19. Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
22. Tidak akan merasai fakir.
23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
25. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
29. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
30. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
31. Mendapat keberkatan daripada Allah.
32. Mendapat kesempurnaan iman.
33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
36. Teguh pendirian dengan kebenaran.
37. Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
39. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
40. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
41. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
42. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah Al-Ahzaab 33:56)
Wallahu’alam….
Susunan: hasnulhadiahmad.com

Jumaat, 25 Januari 2013

Rasullulah SAW...

Rasulullah SAW telah bersabda bahawa,: Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : “Wahai Rasulullah, barangsiapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Berkata pula Mikail A.S. : “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”

Berkata pula Israfil A.S. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.”

Malaikat Izrail A.S pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi.”

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah SAW.

Justeru, permudahkanlah diri untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Moga-moga kelak kita akan tergolong di dalam umat yang dapat bernaung di bawah syafaat baginda.



..........jom kita berselawat kepada baginda...... allahumma solli`ala saidina muhammad wa`ala alihi saidina muhammad..