Rabu, 30 November 2011

(Video) Iklan Nando's Perli Diktator Dunia


Sebuah restoran di Afrika Selatan memiliki cara kreatif untuk berpromosi. Dia menggunakan isu politik internasional untuk mengiklankan hidangan cepat sajinya. Dalam iklan yang dirilis pekan lalu itu, restoran Nando's menggambarkan Presiden Zimbabwe Robert Mugabe harus menghabiskan liburan dalam kesendirian karena diktator-diktator lainnya sudah tidak ada lagi.

Sambil menata meja makan, Mugabe, yang tentu saja diperankan aktor, mengenang masa-masa indah dan menyenangkan bersama Perdana Menteri Afrika Selatan PW Botha, Saddam Hussein, Moammar Khadafy, dan mantan Presiden Uganda, Idi Amin. Video itu diakhiri dengan Mugabe duduk di ujung meja makan yang kosong. Dia tampak kesepian.

Iklan Nando's itu ditutup dengan produk yang sedang mereka tawarkan. Paket makan berisi enam potong ayam goreng dan pelengkapnya. Narator menutup iklan itu dengan ucapan, "This time of the year, no one should eat alone./kompas

Selasa, 29 November 2011

Orang kafir ni ada macam-macam gila : 16 anak dengan 14 wanita


LONDON: Bapa paling pemalas dan tidak bertanggungjawab di Britain dijangka menyambut kelahiran anaknya yang ke-16 hari ini.Anak-anaknya itu dilahirkan oleh 14 wanita berlainan beberapa hari lagi.Dalam pada itu, seorang lagi anaknya akan dilahirkan dalam masa beberapa minggu lagi.Penganggur, Jamie Cumming dan teman wanitanya menjangka anak itu akan dilahirkan Jumaat lalu.Bagaimanapun, bakal ibu yang berusia belasan tahun itu dihantar pulang dari hospital selepas doktor mendapati masa kelahirannya belum tiba. Cumming, 34, dari Dundee yang sudah menjadi bapa kepada 15 anak hasil hubungan dengan 13 wanita berlainan sebelum ini, juga menanti kelahiran seorang lagi anak dari seorang wanita lain pada Januari depan. Kekasihnya ketika ini ialah gadis berusia 19 tahun, Chelsea, sementara seorang lagi teman wanitanya, juga berusia 19 tahun, melahirkan anaknya yang ke-15 dua minggu lalu. Cumming yang berasal dari Dundee tidak mampu menyara anaknya yang ramai itu dan kebanyakan wanita yang melahirkan anaknya juga bergantung kepada bantuan kebajikan.Ibu Cumming, Lorraine yang tidak bercakap dengan anaknya itu berkata, dia malu dengan perbuatan Cumming dan menggesa dia bekerja lebih keras untuk menyara semua anaknya.“Dia sudah begitu lama menganggur tetapi tidak ada tanda-tanda mahu bekerja. “Kami tidak bertegur sapa antara satu sama lain dan walaupun saya begitu menyanyanginya kerana dia anak saya, saya begitu kecewa dengan sikapnya. “Sungguh sukar untuk berdepan dengan keadaan ini tetapi saya berusaha untuk menjenguk semua cucu saya. Dia langsung tidak peduli walaupun dia menyangka dia bapa yang baik kerana tinggal dengan tiga daripada mereka. Lorraine juga menyelar sikap bebas anaknya dalam memilih teman. “Saya sungguh sedih kerana dia langsung tidak mempedulikan anak sulungnya, Samantha yang saya pelihara sejak dilahirkan. Usia wanita yang digauli anak saya ketika ini tidak jauh beza daripada Samantha. Dia sungguh sukakan gadi remaja. Saya boleh sifatkan dia sebagai pemangsa seks.” Cumming berusia 17 tahun apabila Samantha dilahirkan pada 1995. Lorraine dan suaminya terpaksa membesarkan Samantha, yang kini berusia 16 tahun, seperti anak mereka sendiri.
Antara 1997 dan 2002, Cum- ming menjadi bapa lima anak hasil hubungan dengan lima wanita berlainan. Pada 2004, dua anak perempuan dan seorang lelaki dilahirkan selang beberapa bulan dan antara Disember 2007 dan Ogos 2008, bekas pekerja bar itu memperoleh tiga lagi anak. - Agensi

Jumaat, 25 November 2011

Jaga pemakanan ketika peperiksaan


Menyiapkan diri anak-anak dari segi fizikal dan emosi amat penting terutama ketika mereka sedang menghadapi peperiksaan penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang sedang berlangsung sekarang.Namun, aspek pemakanan juga tidak harus dipandang ringan kerana dengan menjaga gaya hidup yang sihat dan makanan seimbang, seseorang pelajar itu boleh menghadapi tekanan semasa peperiksaan.Jika peperiksaan tersebut diadakan pada sebelah pagi, maka janganlah lupa bersarapan.Sarapan yang diambil hendaklah disertakan makanan yang mengandungi protein dan buah-buahan.Ambil makanan yang kaya dengan protein seperti telur, kacang dan yogurt semasa sarapan dan makan tengahari.Begitupun, ambil sarapan yang ringan kerana jika makan secara berlebihan atau mengambil makanan yang berat, dikhuatiri akan mengantuk.Sebelum waktu peperiksaan, tidurlah dengan cukup kerana kurang tidur akan menyebabkan kelesuan, lekas marah dan mental yang tidak mantap.Amalan pemakanan sihat ketika peperiksaan.- Untuk mendapatkan tidur yang cukup, ambil makanan karbohidrat (roti, mi atau pasta) dan juga sedikit makanan protein kurang lemak (ikan, ayam atau daging) untuk makan malam.- Ketika waktu peperiksaan, cuba kurangkan mengambil bahan yang ada kafein dan coklat.- Walaupun ia membantu untuk kecerdasan otak, jumlah yang berlebihan boleh menyebabkan getaran dan debaran, menaikkan tahap kebimbangan dan memberi kesan pada tumpuan.- Sebaliknya sediakan snek yang berkhasiat seperti protein bar atau fruit bar di antara waktu rehat.- Minum air secukupnya kerana badan akan menjadi lesu sekiranya kekurangan air dan ini boleh menyebabkan hilang fokus semasa peperiksaan- Minumlah segelas susu panas sebelum masuk tidur.- Mengambil makanan yang mengandungi vitamin B dan Omega 3 boleh meningkatkan daya ingatan.- Kalau ada masa, lakukan senaman. Senaman fizikal meningkatkan pembekalan oksigen dalam darah dan nutrien ke dalam otak supaya ia dapat berfungsi dengan efisien.[utusan]

Selasa, 22 November 2011

Gadis tercekik siput sedut



ALOR GAJAH: Seorang gadis nyaris maut apabila tercekik siput sedut masak cili api ketika menjamah hidangan itu sambil menonton televisyen dalam kejadian di rumahnya di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam, Siti Aisyah Mohamad, 13, menggelupur lima minit sebelum diselamatkan ibunya.


Menurut Siti Aisyah, dia tidak menyangka makanan kegemarannya itu hampir meragut nyawanya menyebabkan dia kini trauma.

Menceritakan kejadian, pelajar sebuah sekolah menengah itu berkata, dia membeli sekilo siput sedut di sebuah kedai dan dimasak lemak cili api oleh ibunya, Saniah Sungip, 37.


“Selepas siap dimasak ibu, saya menikmati siput sedut itu sambil menonton televisyen. Ketika leka menonton, saya seperti tersedut sesuatu menyebabkan tekak pedih namun tidak mampu menjerit.


“Saya cuba memanggil ibu di dapur, namun gagal menyebabkan saya menggelupur kesakitan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, dia bernasib baik berikutan ibunya mendengar dia menggelupur kesakitan sebelum mengeluarkan siput sedut itu dengan menepuk belakangnya beberapa minit kemudian. Sementara itu, jurucakap bomba dan penyelamat berkata, pasukannya menerima laporan kejadian jam 8.45 malam dan tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian namun mangsa berjaya diselamatkan ibunya.


“Selepas pemeriksaan kesihatan dilakukan, kami dapati kecederaan di bahagian dalam kerongkong mangsa tidak serius kerana siput sedut itu masih berada di bahagian yang selamat,” katanya di sini, semalam.[kosmo]

Ahad, 20 November 2011

Renungan yang menarik: "Prasangka baik terhadap Allah"


Coba renungkan kisah ini sahabatku,

Seseorang mengeluh pada Ustadz, ‘Dimanakah keadilan Allah, telah lama aku meminta dan memohon padaNya namun tak pernah dikabulkan.. aku shalat, puasa, bersedekah, berbuat kebajikan.. tapi tak satupun keinginanku dikabulkan.

Padahal seorang teman yang ibadahnya kacau, bicaranya menyinggung hati, akhlaknya buruk, tapi apa yang dimintanya terkabul dengan cepat. Oh sungguh Allah tidak adil..’

Ustad berkata, ‘Pernahkah engkau didatangi pengamen?’

‘Pernah, tentu saja’ Kata orang itu serius.

‘Bayangkan jika pengamen itu berpenampilan seram, bertato, bertindik, nyanyiannya tak merdu memekakkan telinga, apa yang kau lakukan?’ Orang itu menjawab, ‘segera kuberi uang agar dia cepat berlalu dari hadapanku’

‘Lalu bagamana jika pengamen itu besuara merdu mendayu, menyanyi dengan sopan dan penampilannya rapi lagi wangi, apa yg kau lakukan?’ ‘Kudengarkan dan kunikmati hingga akhir lagu lalu kuminta ia bernyanyi lagi sekali lagi dan tambah lagi..’, kata orang itu sambil tertawa.

‘Kalau begitu bisa saja Allah bersikap begitu pada kita hambaNya. Jika ada manusia yang berakhlak buruk dan dibenciNya berdoa dan memohon padaNya, mungkin akan dia firmankan pada malaikat ‘Cepat berikan apa yang dia minta. Aku muak dengan pintanya. Tapi bila yang menadahkan tangan adalah hamba yang sholeh yang rajin bersedekah, maka mungkin saja Allah berfirman pada malaikatNya : Tunggu. Tunda dulu apa yang dipintanya, aku menyukai doa-doanya, Aku menyukai isak-tangis nya. Aku tak ingin dia menjauh dari Ku setelah mendapat apa yg dipintanya. Aku ingin mendengar tangisnya karena Aku mencintainya..’

Simak hadith Qudsi ini:
“Sesungguhnya Allah berfirman: “Aku sebagaimana prasangka hambaku kepada-Ku. Aku bersamanya jika ia berdoa kepada-Ku.” [HR.Turmudzi]



Kesimpulan kisah di atas? Selalulah bersangka baik pada Allah karena kita tidak tahu apa yang terbaik bagi diri kita..

Subhanallah…

***

Sahabatmu dalam mengingat Allah,
Muhammad Jibriel Abdul Rahman[arrahmah.com]

Jumaat, 18 November 2011

Perkahwinan pada 11:11 Pagi, 11/11/11 Berakhir Selepas Beberapa Minit Majlis Berakhir



Harapan seorang lelaki Bangladesh untuk membina sebuah perkahwinan yang bahagia dan kekal hingga ke anak cucu yang melangsungkan perkahwinan pada 11:11 pagi pada 11/11/11 musnah apabila pengantin perempuan meninggalnya beberapa minit selepas majlis perkahwinan itu berakhir.
Shawkat Khan memberitahu AFP bahawa dia tidak mengetahui sebab pengantin perempuan, iaitu Farzana Yasmin meninggalkan majlis itu, namun menurut Farzana dia berasa marah kerana permintaan hadiah hantaran melampau daripada keluarga lelaki termasuk sebuah peti sejuk dan televisyen.
"Untuk menjadikan majlis itu istimewa, saya menempah kad yang mahal, menjemput rakan dan saudara mara untuk menghadiri majlis itu," kata Shawkat 32 sambil menjelaskan bahawa majlis itu diadakan tepat pada 11.11 pagi pada 11/11/11.
Shawkat, seorang gurupercaya nombor 11 adalah nombor bertuah bagi dirinya.

copy from DCM

Isnin, 14 November 2011

Jenazah Bayi Mangsa Pengguguran




Assalamualaikum dan salam blogger,gambar-gambar yang anda bakal saksikan di bawah adalah proses pengurusan jenazah bagi bayi-bayi mangsa pengguguran oleh ibu yang beragama Islam(samaada pengguguran haram atau pengguguran yang di lakukan atas sebab perubatan),bayi yang sudah sempurna dan cukup sifat itu tidak dituntut keluarga setelah selesai proses pengguguran di ambil dari hospital dan klinik sekitar singapura(Saya kira di Malaysiapun banyak juga kes-kes sebegini)

Mayat-mayat bayi-bayi tak berdosa yang sudah cukup sifat ini di mandikan ,di kafankan dan di semadikan secaraIslam(Jika ibunya dikenalpasti orang Islam)

Saya pasti melihat gambar-gambar dibawah akan membuatkan hati menjadi sayu,geram dan marah bagi orang-orang yang mempunyai hati

SETENGAHNYA masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat.

Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama 16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan.



Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, disembahyangkan (gambar sisipan) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang.

Suasana menyayat hati di bilik mandi mayat Masjid Pusara Aman dapat dilihat setiap minggu.

Kesemua janin Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat. Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH).


Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di hospital-hospital tersebut.
Di bawah pula ialah video youtube bagaimana proses pengguguran bayi dilakukan,badan bayi itu hancur ,kaki dan tangannya di tarik sehingga putus satu persatu tanpa perikemanusiaan.

-Sebarang pandangan berkaitan N3 ni klik disini-

Khamis, 10 November 2011

Macam-Macam Gilo : Basikal sperma




SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) - Orang ramai tersenyum, ketawa malah ada yang merah padam melihat sejenis basikal baharu yang ditunggang oleh seorang lelaki di sini.
Kenderaan dua roda sepanjang hampir 3 meter itu menyerupai sperma gergasi dan direka khas bagi mengangkut sampel sperma.
"Ketika kali pertama melihatnya, saya tidak pasti kenderaan apakah ini. Sebaik sahaja menyedarinya, saya tergelak besar," kata seorang wanita, Kim Garvelle.
Basikal milik Bank Sperma Seattle itu memiliki rekaan unik bagi menggalakkan kaum lelaki supaya mendermakan sperma mereka.
Menurut seorang kakitangan bank berkenaan, Alan Dowden, misi basikal berkenaan adalah untuk mengangkut sampel dari Makmal Sperma Seattle ke pusat reproduktif dan klinik kesuburan di kawasan sekitarnya.
Kargo penting itu diangkut dan disimpan di dalam tangki berbentuk sperma yang berisi nitrogen cecair di hadapan basikal berkenaan.
Pihak Bank Sperma Seattle menyatakan ia membayar AS$60 (RM186.75) untuk setiap sampel sperma yang baik.
- Agensi

Selasa, 8 November 2011

Tuhan dibiarkan lemas dalam air banjir di Thailand



SEORANG penduduk (kiri) berdiri di atas beg pasir di depan kedai menjual patung Buddha di daerah Bangkok Yai di Bangkok, Thailand, semalam. - AGENSI

BANGKOK 7 Nov. - Pihak berkuasa Bangkok akan perlu mengangkut tiga hingga empat juta tan sampah apabila banjir yang menenggelami kira-kira 60 peratus daripada ibu negara Thailand ini surut.

Lori sampah di bandar raya ini tidak dapat masuk ke sesetengah kawasan banjir sejak berminggu-minggu lalu dan kemungkinan tempoh sebulan lagi diperlukan untuk air surut sepenuhnya, lapor akhbar The Nation hari ini.

Kira-kira sembilan juta penduduk yang terjejas akan mengeluarkan kira-kira 500 kilogram sampah setiap seorang sepanjang bencana itu, kata Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Pencemaran, Worrasart Apaipong.

"Buat masa ini penduduk disarankan supaya memastikan segala jenis sampah berada di atas paras air," katanya.

Cadangan itu mungkin sukar dilakukan oleh sesetengah penduduk yang tinggal dalam keadaan rumah mereka ditenggelami air melebihi semeter sejak berminggu-minggu lalu.

Penduduk Bangkok juga menghadapi tugas besar untuk membaiki kereta mereka.

Kira-kira 500,000 kenderaan yang separuh tenggelam akan memerlukan sekurang-kurangnya penukaran bateri dan minyak hitam, kata Worrasart.

Thailand dilanda banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun pada musim monsun ini.

Air limpahan dari kawasan dataran tengah menakung di sebelah utara Bangkok dan sedang mengalir perlahan-lahan ke pusat bandar hari ini dalam pergerakannya ke laut, menurut Perkhidmatan Penyiaran Awam Thai.

Sementara itu pakar memberi amaran, Bangkok yang dibina di atas tanah paya kini mendap perlahan-lahan dan banjir yang melandanya sekarang mungkin membayangkan senario lebih buruk pada masa depan disebabkan kesan perubahan iklim.

Metropolis ini terletak hanya 30 kilometer ke utara Teluk Siam, di mana pakar meramalkan paras laut akan naik 19 hingga 29 sentimeter menjelang 2050 akibat pemanasan global.

Jika tiada tindakan diambil untuk melindungi bandar raya ini, sebahagian besar Bangkok akan berada di bawah paras laut dalam tempoh 50 tahun, kata pakar perubahan iklim di Universiti Chulalongkorn, Anond Snidvongs. - dp/AFP

Jumaat, 4 November 2011

Bedak padat punca jerawat?




Oleh DR. NURHALINA AZLY MINHAT

JERAWAT merupakan masalah yang sering dilalui oleh remaja, perempuan mahupun lelaki. Jerawat pada kulit muka boleh menyebabkan seseorang itu rasa rendah diri kerana ia mengganggu penampilan diri.

Namun begitu, jerawat boleh diubati. Sekiranya anda menghadapi masalah jerawat, penjagaan kulit muka harus diutamakan kerana jerawat akan meninggalkan parut berlubang dan kesan hitam yang lebih sukar dirawat.

Sebab-sebab terjadinya jerawat

1. Faktor yang menyebabkan jerawat terjadi berpunca daripada proses pembaharuan sel kulit berlebihan oleh sel keratinosit yang melitupi liang pori-pori dan mengakibatkan liang tersebut tersumbat yang dikenali sebagai "microcomedo".

2. Apabila mencapai umur remaja, hormon androgen yang tinggi akan mengaktifkan pengeluaran sebum iaitu minyak.

3. Akibatnya, kolonisasi bakteria Propionibacterium acnes bertambah kerana keadaan sangat sesuai untuk pembiakannya.

4. P. acnes akan menyebabkan radang dan penghasilan sel keratinosit yang berlebihan.

Cara merawat jerawat

1. Penggunaan produk penjagaan muka yang tidak sesuai akan memburukkan keadaan. Gunalah produk penjagaan muka sedikit berasid yang mengandungi PHA (Poly Hydroxy Acid) atau Lactobionic Asid dari Neostrata menyebabkan eksfoliasi minimum dan tidak merengsakan kulit. Triclosan di dalam pencuci muka ini dapat membunuh bakteria pada muka. Selepas mencuci muka, perlulah menggunakan pelembap. Walaupun kulit muka berminyak, penggunaan pelembap pada muka masih diperlukan untuk mengawal pengeluaran sebum supaya muka tidak berminyak.

2. Penggunaan antibiotik pada permukaan muka juga dapat membantu membunuh bakteria yang ada pada kulit. Sekiranya jerawat tidak banyak, memadai dengan antibiotik sapuan sahaja. Sekiranya perlu, doktor akan menasihatkan supaya pesakit mengambil antibiotik dalam bentuk pil untuk ditelan dan perlu diteruskan untuk sekurang-kurangnya enam minggu seperti minocycline, tetracycline, doxycycline. Penggunaan krim tretinon atau retinol pada waktu malam juga dapat merawat jerawat. Jerawat yang tidak terkawal boleh dirawat dengan Ro-Accutane tetapi boleh menyebabkan kesan sampingan dan memerlukan pemantauan pakar kulit.

3. Rawatan "peel" dengan glikolik asid, salicylic asid atau Jessner's mampu merawat jerawat yang aktif. Rawatan ini dapat membunuh bakteria pada muka, mengurangkan pengeluaran sebum, membersihkan liang pori-pori dan melakukan exfoliation. Bagi salicylic asid dan jessner's peel, kulit akan merasa panas sedikit semasa rawatan, jerawat akan kering dan kulit mengelupas sedikit beberapa hari selepas rawatan dilakukan. Sapu pelembap kulit supaya kulit cepat sembuh. Rawatan peel boleh dilakukan sebulan sekali sehingga masalah jerawat dapat dikawal. Rawatan peel selamat jika dilakukan atas nasihat doktor.

4. Pastikan kesemua produk penjagaan muka tidak menyebabkan muka berminyak. Gunalah krim penghalang matahari yang berasaskan gel supaya muka tidak berminyak atau makan pil penghalang matahari seperti heliocare oral (dari sejenis paku pakis polypodeum leucotomus) untuk mengelak parut kehitaman akibat radang dari jerawat.

5. Elak mengguna bedak padat kerana span yang lembap, digunakan berkali-kali, terperap di dalam bekas menggalakkan pembiakan bakteria. Gunalah bedak berasaskan mineral seratus peratus tanpa sebarang campuran bendasing yang mempunyai sifat anti-inflammatori, tidak menutupi liang pori-pori kerana molekulnya besar dan bedak yang kering tidak menggalakkan pembiakan bakteria seperti Kiss mineral mekap.

6 Selain itu, makanlah lebih sayur-sayuran dan buah-buahan untuk zat dan vitamin pada kulit muka. Perbanyakkan minum air kosong, ambil probiotik untuk mengimbangkan bakteria dalam badan.

7. Sesetengah kaedah perancangan keluarga boleh menyebabkan hormon tidak stabil dan masalah jerawat. Pil perancang kehamilan Diane-35 boleh diambil untuk mengawal jerawat ataupun boleh merancang keluarga dengan alat cegah kehamilan IUCD Cu250, yang tidak berasaskan hormon.

8 Jangan sesekali memicit atau menekan jerawat, ini akan menyebabkan bakteria tersebar dan kulit luka akan meninggalkan parut hitam dan berlubang.

Pada peringkat awal rawatan, jerawat mungkin akan bertambah dahulu sebelum ia berkurangan. Ini merupakan perkara biasa, janganlah cemas, lakukan penjagaan muka dengan tekun dan ikutilah nasihat doktor. Jangan hentikan pengambilan antibiotik sesuka hati. Percayalah, setiap penyakit itu ada penawarnya.[sumber-utusan]

Khamis, 3 November 2011

Kewujudan Puak Kanibal Di China






Kesahihan berita dan gambar di bawah tidak dapat di pastikan kebenarannya,ini saya petik dari sebuah blog indonesia..

Masyarakat Kanibal Pemakan Daging Wanita di Cina, Sebuah desa terpencil di negara China, setiap tahun menjelang imlek, mereka akan melakukan pesta pemotongan daging secara besar-besaran.Karena bagi mereka, DAGING merupakan makanan mewah yg susah dijangkau.

Sehingga mereka hanya bisa memakannya setiap tahun sekali saja dan hanya pada hari imlek tersebut.Desa terpencil ini berada di negara china. Walau terpencil, namun setiap wisatawan yang ingin ke salah satu tempat wisata di china, bakal melewati desa tersebut. Jika ada wisatawan tunggal yg melakukan perjalanan, mereka biasanya akan numpang nginap di rumah warga desa tsb.



Jika mereka menemukan wisatawan wanita, mereka akan menangkap si wanita tersebut kemudian di ikat dan dilarang keluar rumah. Si wanita tersebut akan diberi makan dan tempat tinggal gratis oleh warga.

Apabila wanita tersebut masih VIRGIN, mereka ga boleh mendekati lelaki lainnya. Karena bagi mereka, bagian SENSITIF wanita akan lebih wangi dibanding yg bukan virgin. Sehingga harus menjaga mereka supaya tidak ditindas oleh laki-laki lain.

Ketika menjelang imlek, wanita tersebut akan dibunuh dan badan dia akan dijadikan DAGING PERSEMBAHAN oleh warga mereka. Wanita yang tadinya diculik oleh warga akan di cuci bersih terdahulu hingga dicabut seluruh bulu dibadannya.

Kemudian wanita itu di telanjang dan kaki tangannya diikat ketat dan dibawa ke tempat persembahan mereka, kemudian akan dilanjutkan upacara pemotongan. Berikut ada beberapa foto proses pemotongan :

Desa tersebut memiliki aturan, jika lelaki yang mau menikah, mereka mesti menikah dengan wanita dari desa sendiri. Karena perempuan diluar hanya digunakan untuk dimakan saja. Anggapan warga desa tsb, wanita dari luar hanya boleh dimakan ga boleh di nikahin. Haram bagi mereka.

Wanita diatas ini pada saat akan dipotong, dia hanya menangis tanpa teriak. Karena dia telah tau tiada org yang akan menyelamati dirinya. Wanita tersebut akan dipotong lehernya terdahulu supaya berhenti bernafas.



Wanita yang dipotong tersebut berumur 20-an. Dia rupanya adalah seorang karyawan di kota. Karena dia berhenti dari pekerjaannya dan setelah 1/2 th masih belum mendapatkan pekerjaan yang cocok, sehingga dia bermaksud untuk berlibur sejenak menikmati hidup.
http://albenizibenz.blogspot.com/2011/01/masyarakat-kanibal-pemakan-daging.html

Selasa, 1 November 2011

Inilah rupa-rupa Penduduk ketujuh bilion di dunia





MANILA -Empat bayi yang dilahirkan di India, Filipina dan Rusia semalam dipilih sebagai simbolik penduduk dunia yang ketujuh bilion.

Pemilihan itu dibuat selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meramalkan jumlah penduduk dunia akan menjadi tujuh bilion semalam.

Di negeri Uttar Pradesh, seorang bayi, Nargis dipilih secara simbolik oleh Lembaga Perancangan India sebagai penduduk dunia ketujuh bilion.

Pemilihan itu dibuat bagi mengetengahkan masalah pengguguran bayi perempuan di India.

AP
SETIAUSAHA Lembaga Perancangan India, Arti Kirloskar menyampaikan sijil kelahiran kepada ibu bayi Nargis yang dipilih secara simbolik sebagai penduduk ketujuh bilion di Mall, India semalam.

Sebanyak tujuh juta janin perempuan dianggarkan telah digugurkan kerana dianggap tidak mempunyai nilai ekonomi berbanding janin lelaki.

Di Filipina, bayi seberat 2.5 kilogram yang dinamakan Danica May Camacho dililih secara simbolik sebagai penduduk dunia ketujuh bilion.

Bayi itu dilahirkan dua minit selepas tengah malam kelmarin.

Kelahirannya di bilik bersalin Hospital Memorial Jose Fabella di sini mendapat liputan meluas pihak media.

"Bayi ini kelihatan sangat comel," kata ibunya, Camille Dalura sambil meriba bayi perempuannya.

"Saya tidak percaya bahawa dia ialah bayi ketujuh bilion di dunia," katanya.

Bayi berkenaan merupakan anak kedua Dalura bersama pasangannya, Florante Camacho.

AP
BAYI DANICA CAMACHO didukung oleh ibunya, Camille semasa bapa bayi itu, Florante Galura membawa kek selepas anaknya dipilih secara simbolik sebagai penduduk ketujuh bilion dunia di Hospital Fabella, Manila semalam.

Pasangan itu bersama bayi berkenaan turut diraikan para pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pasangan itu turut menerima hadiah daripada penderma tempatan termasuk biasiswa pendidikan bagi bayi tersebut dan satu pakej bagi membolehkan pasangan itu memulakan perniagaan runcit.

Turut menyaksikan peristiwa bersejarah itu ialah budak perempuan berusia 12 tahun, Lorrize Mae Guevarra yang diisytiharkan bayi keenam bilion di dunia pada 1999.

Seorang bayi bernama Pyotr yang dilahirkan pada pukul 0002 semalam di pelabuhan Kaliningrad, Rusia turut dipilih secara simbolik sebagai penduduk yang ketujuh bilion.

Pemilihan itu turut disahkan oleh perwakilan PBB dalam satu majlis memberikan sijil kepada bayi berkenaan yang dilahirkan oleh ibunya, Marina Nikolaeva.

Namun, di bandar Petropavlovsk-Kamchatsky, seorang bayi lelaki bernama Aleksandr didakwa sebagai penduduk ketujuh bilion kerana dia dilahirkan pada pukul 0019 pagi semalam, menurut agensi berita Interfax.

Semua majlis itu hanyalah simbolik sahaja kerana tiada kaedah statistik untuk mengesahkan bayi yang manakah di dunia yang sebenarnya penduduk ketujuh bilion dunia. - Agensi