Rabu, 13 April 2011

Buat duit dengan you tube


GERMANTOWN, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pelajar pergigian Universiti Temple di Philadelphia, AS, Rob Homayoon menyatakan dia sudah memperoleh pendapatan sebanyak AS$70,000 (RM211,955) sejak 2008 dengan menghasilkan klip video origami di laman YouTube di Internet, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Homayoon, 25, yang tinggal di sini, Pennsylvania menghasilkan klip video mengenai cara untuk membuat origami daripada kertas dari apartmennya.

Origami merupakan kaedah melipatkan kertas untuk menghasilkan pelbagai bentuk seperti burung.

Dia memperoleh pendapatan itu menerusi satu perjanjian dengan YouTube yang menjual iklan.

Menurutnya, dia memperoleh 80 peratus daripada jualan iklan dan Google yang memiliki YouTube memperoleh 20 peratus.

"Semasa (video) saya bermula, saya memperoleh AS$100 (RM302.85) dan saya berpendapat saya boleh menggunakannya untuk wang minyak saya. Kemudian ia meningkat kepada AS$400 (RM1,211) dan AS$600 (RM1,817) dan pada akhirnya saya memperoleh AS$1,000 (RM3,028) dan kemudian AS$2,000 (RM6,057).

"Salah satu cek saya mengandungi lima angka. Ia berlaku pada Disember lalu, empat bulan lalu," kata Homayoon.

Video klip Homayoon kini dimuat naik sebanyak 29.4 juta dan rangkaian klip videonya di YouTube mempunyai 64,000 pelanggan. - Agensi

Sabtu, 9 April 2011

Wanita Aceh pengsan disebat kerana berzina




IRDAYANTI terpaksa diusung setelah dia pengsan selepas selesai menjalani hukuman sebat di Aceh Besar, Banda Aceh semalam.

BANDA ACEH - Dua pasangan Islam dihukum rotan selepas mereka didapati bersalah kerana melakukan perbuatan tidak bermoral, kata seorang pendakwa raya semalam.

Pasangan itu, Sudirman Bintang, 43, dan Irdayanti Mukhtar, 34, dirotan sebanyak sembilan kali kerana mereka masing-masing telah berkahwin tetapi menjalin hubungan sulit.

Mereka dirotan di halaman Masjid Al-Munawarrah, Jantho, Aceh Besar semalam dan disaksikan oleh ratusan orang selepas solat Jumaat.

"Punca mereka dihukum keras adalah kerana kedua-dua mereka sudah berkahwin dengan orang lain," kata pendakwa raya itu, Bendry Almy. - Agensi

Pengguna FACEBOOK Wajib Baca!!!! Anda Mungkin Menjadi MANGSA

Berdasarkan laporan di Digitalone, terdapat pihak tertentu yang mencipta aplikasi di Facebook untuk mencuri maklumat pengguna laman sosial itu.

Antara aplikasi tersebut termasuklah aplikasi dengan tajuk “Tornado Randomly Appears During Soccer Game”.



Skrin yang memaparkan video yang memerihalkan tajuk aplikasi akan memaparkan skrip yang meminta pengguna "log in" semula ke dalam akaun FB. Apabila diklik pada skrip itu, pengguna akan dibawa ke laman "log in".


Selepas pengguna memasukkan nama pengguna dan kata laluan, aplikasi ini akan menghantar dua permintaan, iaitu ke Facebook.com dan laman pihak yang mencipta aplikasi tersebut. Maklumat yang diterima pihak yang mencipta aplikasi itu tentulah alamat e-mel dan kata laluan pengguna yang menjadi mangsa.



Aplikasi ini juga memaparkan butang "like" yang mendorong lebih banyak pengguna Facebook terpedaya dan berkongsinya dengan rakan-rakan yang lain.


P/s: Pokoknya, janganlah melayan sebarang aplikasi yang meminta anda "log in" ke dalam akaun anda semula.sumber[Duniacacarmarba]

Ahad, 3 April 2011

Murid dipukul guru meninggal




ALOR SETAR: Murid yang dikatakan dipukul seorang guru di asrama sebuah sekolah agama rakyat di Jejawi, Perlis sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi tadi sejak dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lalu.


Mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, Kangar petang tadi.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 7 malam pada hari kejadian apabila seorang guru lelaki yang berumur 26 tahun dikatakan telah memukul kanak-kanak tersebut selama hampir dua jam sehingga dia pengsan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya berkata suspek yang juga Penyelia Asrama sekolah berkenaan telah ditahan pada pukul 10 malam tadi.[myMetro]