Khamis, 25 Ogos 2011

Air garam penawar racun


BAZAR Ramadan tidak pernah gagal menarik pengunjung dengan variasi juadah buka puasanya. Namun, seorang murid perempuan di Meru, Klang, Selangor, Nurdini Mohamad Ali, 11, meninggal dunia akibat keracunan makanan selepas makan makanan yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di situ.

Selain Nurdini, ahli keluarganya yang lain turut mengalami simptom keracunan makanan setelah menikmati hidangan berbuka puasa yang sama.

Makanan yang dijual di tempat terbuka seperti bazar Ramadan dan pasar malam adakalanya mendedahkan pengguna kepada keracunan makanan lebih-lebih lagi apabila peniaga kurang mementingkan kebersihan dan kesegarannya.

Justeru, Pakar Gastroenterologi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Wendy Lim menasihatkan orang ramai agar berhati-hati memilih makanan yang dibeli di luar.

“Saya tahu apabila berdepan dengan pelbagai hidangan yang lazat kadang-kadang kita terlupa untuk memeriksa tahap kebersihannya.

“Sebenarnya tidak susah untuk menilai kualiti sesuatu makanan berdasarkan bau dan rasanya. Jika ia berasa dan berbau masam, elakkan memakan makanan tersebut.

“Sebahagian makanan yang dijual di bazar Ramadan selalunya dimasak dan dijual lebih awal dari waktu berbuka puasa dan ia mudah rosak,” ujarnya kepada Jurnal.

AIR garam mengembalikan keseimbangan bendalir badan.

Menurut Wendy, keracunan makanan adalah disebabkan oleh beberapa jenis virus, bakteria dan parasit yang akhirnya menjadi toksik berbahaya kepada perut.

Virus

“Organisma tersebut mudah merebak melalui cecair dan makanan yang kotor.

“Antara jenis virus, bakteria dan parasit yang terlibat termasuklah rotavirus, adenovirus, E. Coli, salmonella, shigella dan giardia,” ujarnya.

Disebabkan organisma tersebut mudah merebak melalui minuman dan air, Wendy menyarankan agar pengguna memilih gerai minuman yang mengamalkan kebersihan.

“Contoh makanan yang kurang bersih adalah minuman air tebu. Selalunya batang tebu yang dilonggokkan itu akan terus diperah bersama-sama kulitnya untuk mendapatkan jus.

“Cuba bayangkan bagaimana ia dihidangkan dalam keadaan begitu sedangkan virus dan bakteria mudah merebak?

“Selain itu, air batu juga sering menyebabkan masalah keracunan makanan kerana kebanyakannya disediakan dengan air yang tidak dimasak terlebih dahulu,” katanya lagi.

MAKANAN yang terdedah senang dicemari.

Jelas Wendy, antara golongan berisiko kepada kematian setelah mengalami keracunan makanan adalah kanak-kanak berusia di bawah lima tahun, golongan warga emas dan mereka yang mengalami pelbagai masalah kesihatan.

“Golongan itu sangat berisiko untuk mengalami dehidrasi yang melampau akibat keracunan makanan. Kanak-kanak mudah mengalami dehidrasi berbanding orang dewasa,” jelas Wendy.

Justeru apabila berdepan dengan simptom keracunan makanan seperti cirit-birit, muntah dan keletihan akibat dehidrasi selepas beberapa jam menikmati juadah, Wendy menyarankan agar pesakit menjalankan rawatan sendiri sebelum berjumpa doktor.

Jelasnya, minum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan bendalir badan yang terhidrat akibat muntah dan cirit-birit.

“Garam penting kerana ia dapat mengembalikan kandungan sodium dan potasium dalam tubuh.

“Anda boleh melakukannya sendiri. Campurkan sedikit garam dan gula bersama air sejuk untuk diminum. Tidak salah untuk meletakkan sedikit perasa kepada minuman itu.

“Namun, sebaik-baiknya anda harus bersedia dengan ubatan berkaitan seperti larutan garam dehidrasi yang boleh didapati di farmasi dan minum banyak air masak,” katanya sambil menambah, kaedah tersebut tidak mengubati keracunan makanan sebaliknya bagi mengembalikan kandungan garam dalam badan.[kosmo]

Sabtu, 20 Ogos 2011

Sang Kanibal mencari jodoh



SUMANTO (bersongkok) yang dikenali sebagai ‘Sang Kanibal’ kerana pernah memakan daging manusia, kini memendam hasrat untuk berkahwin.

PURBALINGA, Jawa Tengah – Masihkah anda ingat dengan kisah gempar Sumanto, yang mengaku makan daging manusia dan digelar sebagai ‘Sang Kanibal’?

Sempena Ramadan kali ini, Sumanto rajin menjalankan ibadah puasa sambil berdoa kepada Tuhan supaya ditemukan jodoh.

“Saya sudah lama ingin beristeri,” katanya ketika ditemui di Hospital Sakit Jiwa milik Supono Mustajab di Kampung Bungkanel, wilayah Karanganyar, Purbalingga, Jawa Tengah, Indonesia.

Sumanto telah tinggal di hospital tersebut selama tujuh tahun dan sepanjang berada di sana dia sering diajak oleh Supono untuk belajar di pelbagai kawasan, sekali gus memberi pendapatan kepadanya untuk membeli barangan keperluan hidupnya.

Malah, pada bulan puasa ini, Sumanto turut menjalani ibadah puasa bersama-sama penghuni lain dan dia juga rajin membaca kitab suci al-Quran serta bersolat tarawih, walaupun kadang-kala tidak melakukan amalan tersebut.

Supono berkata, Sumanto diajar pelbagai pengetahuan mengenai Islam sejak dia menjalani proses pemulihan di hospital itu.

Katanya, Sang Kanibal itu kini sudah boleh membaca al-Quran, walaupun masih belum lancar.

Namun, jelasnya, sejak akhir-akhir ini, Sumanto ada mengadu kepadanya mengenai dirinya yang masih belum bertemu dengan perempuan idamannya untuk dijadikan isteri.

“Jika ada yang berkenan dengan Sumanto, saya akan menanggung kos perkahwinan mereka,” katanya.

Pada 2003, Sumanto ditahan oleh polis setelah mengaku dia makan daging tiga mayat sejak 1996 selepas jiran-jirannya mengadu bahawa mereka tercium bau yang meloyakan dari rumahnya yang terletak di daerah Purbalingga.

Menurut Sumanto, dia mula makan daging mayat sewaktu tinggal di wilayah Lampung di Sumatera Selatan pada 1996, apabila seorang lelaki bernama Taslim memberitahunya bahawa dia mampu memperoleh kuasa sakti sekiranya makan sekurang-kurangnya tujuh mayat. – AGENSI

Ahad, 14 Ogos 2011

Cakap Kotor Batal Puasa


ABU DHABI (Arrahmah.com) – Selama puasa di bulan Ramadhan, kaum muslim sebaiknya menghindari penggunaan bahasa kasar. Fatwa ini dikeluarkan oleh Otoritas Umum Urusan Islam dan Wakaf (GAIAE) di Abu Dhabi.

Menurut laporan Gulf News, yang dikutip oleh Emirates247 pada Minggu (14/8/2011), perilaku buruk atau mengumpat dapat membatalkan puasa.
Penggunaan bahasa kotor berkurang manfaatnya. Puasa harus membuat orang bersabar dan harus mengabaikan isu-isu yang bertentangan yang akan mempengaruhi emosinya, seperti yang dipaparkan dalam fatwa tersebut.
Fatwa ini dirilis oleh GAIAE yang ditujukan untuk membantu menjawab pertanyaan kaum Muslim tentang puasa. (althaf/arrahmah.com

Khamis, 11 Ogos 2011

Kerajaan Britain kutuk serangan ke atas penuntut Malaysia


KUALA LUMPUR: Kerajaan Britain melahirkan rasa sedih berhubung insiden yang menimpa seorang penuntut Malaysia yang cedera semasa rusuhan di timur London dan menyampaikan simpati mereka kepada keluarga mangsa.

Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Ray Kyles, berkata beliau sudah menyampaikan rasa simpati itu dan keprihatinan kerajaan Britain kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, di pejabatnya di Putrajaya.
"Suruhanjaya Tinggi Britain melahirkan rasa terkejut atas serangan ganas dan pengecut ke atas penuntut Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rossli.
"Kami terkejut dengan kecederaan yang dialaminya dan kami sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Malaysia mengenai beliau. Suruhanjaya Tinggi juga mengutuk tindakan itu," katanya kepada pemberita mengenai keadaan terkini di United Kingdom di pejabatnya di sini, hari ini.

Muhammad Asyraf, seorang penuntut jurusan perakaunan tajaan MARA, diserang semalam semasa sedang dalam perjalanan untuk membeli juadah berbuka puasa oleh perusuh yang turut merompak beliau.

Penuntut yang berasal dari Selangor itu mengalami kecederaan di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.

Kyles berkata, beliau tidak mempunyai laporan terkini mengenai Muhammad Asyraf dan keadaan di sana tetapi yakin Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London sentiasa berhubung dengannya dan status kesihatannya.
"Kita juga tahu Kementerian Luar Malaysia di sini sentiasa berhubung dengan keluarganya dan seperti yang saya katakan kami sudah sampaikan simpati kami kepada keluarganya melalui Kementerian Luar dan kami amat berharap beliau lekas sembuh," katanya.

Laporan menyebut bahawa kerajaan Britain mengerahkan 16,000 polis di seluruh London untuk mengawal keadaan dan menamatkan keganasan jenayah.

Kyles berkata, peningkatan pasukan keselamatan tidak bermakna bahawa keadaan itu di luar kawalan tetapi ia adalah bahagian penting dalam strategi untuk menamatkan segera keganasan.

"Mereka yang melakukan kesalahan itu sudah mula merasai kesan tindakan mereka dengan lebih 650 tangkapan dilakukan di London sahaja dan menyebabkan sekitar 111 individu didakwa setakat ini," katanya.

Disebalik kejadian itu, Kyles berkata Suruhanjaya Tinggi akan terus menggalakkan mereka yang merancang untuk melawat Britain tidak lama lagi atau minggu akan datang atau berhasrat untuk melanjutkan pengajian di sana supaya meneruskan rancangan mereka.

"Pada masa sama, kita juga menyokong nasihat Kementerian Luar Malaysia supaya individu sentiasa berwaspada dan mengelakkan melawat kawasan yang berlaku keganasan sehingga keadaan benar-benar pulih," katanya. - BERNAMA

Selasa, 9 Ogos 2011

Kan Mak Dah Cakaaap..Jangan Main Mercun



FAKHRUL DANISH terbaring di katil wad Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar semalam akibat terkena mercun.

ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun cedera di muka akibat terkena mercun bola di Taman Teja, Changlun dekat sini Sabtu lepas.

Fakhrul Danish Fadzil, pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan Datuk Wan Kemara, Changlun dikatakan sedang melihat abang dan rakannya bermain mercun sebelum ia meletup secara tiba-tiba dan terkena mukanya.

Ibu mangsa, Manisah Mohd., 41, memberitahu, ketika kejadian dia sedang menyiapkan juadah berbuka di rumah pada pukul 6.30 petang.

“Fakhrul ada beritahu hendak pergi ke taman permainan untuk bermain bersama kawan-kawannya tetapi pada pukul 7 petang iaitu 10 minit selepas dia keluar, dia balik bersama abangnya dengan muka merah dan abangnya beritahu Fakhrul terkena mercun,” katanya ketika ditemui di wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini semalam.

Selasa, 2 Ogos 2011

Mati akibat laman sosial FB


[Gambar hiasan]
KULIM: Gara-gara mengutuk kenalan wanita dalam laman sosial facebook (FB), seorang lelaki mati selepas dua hari dimasukkan ke Hospital Kulim (HK) akibat koma kesan pendarahan dalam kepala akibat dihentak dengan topi keledar dalam satu pergaduhan di Taman Tiram, Lunas, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 8 malam, Mohd Amran Romli, 20, dikatakan diserang dua abang wanita itu di sebuah pasar raya di taman berkenaan.

Akibat kejadian itu, mangsa dikejarkan ke HK dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dua hari sebelum mangsa meninggal dunia kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 8 malam di belakang pasar raya di taman berkenaan.

Katanya, dua lelaki terbabit yang berusia 25 dan 26 tahuntidak puas hati selepas melihat mangsa mengutuk hal peribadi keluarga mereka. [metro]