Ahad, 6 Mei 2012

dunia memang sudah hampir kiamat

assalamualaikum. saya baru baca surat khabar tadi. lepas tu, hati tiba-tiba tertarik kat satu artikle ni..

9 mayat ditemui tergantung, 14 tanpa kepala


MAYAT sembilan individu tidak dikenali tergantung di sebuah jambatan di bandar Nuevo Laredo, Mexico kelmarin.


BANDAR RAYA MEXICO - Sembilan mayat ditemui tergantung di sebuah jambatan di bandar Nuevo Laredo, dalam negeri Tamaulipas di timur laut Mexico, lapor media tempatan.
Laporan berkenaan yang memetik kenyataan pihak berkuasa, menyatakan terdapat kesan penyeksaan pada mayat lima lelaki dan empat wanita terbabit dengan mata mereka turut ditutup.
Bandar Nuevo Laredo dihuni oleh 370,000 penduduk dan terletak tidak jauh dari bandar Laredo di sebelah sempadan Amerika Syarikat.
Pada hari yang sama, polis turut menemui 14 mayat tanpa kepala di dalam sebuah kenderaan di pusat bandar ini.
Polis kemudian menemui kepala-kepala mangsa di dalam beberapa bekas ais di luar bangunan majlis perbandaran Nuevo Laredo.
Identiti mangsa belum dikenal pasti setakat ini.
Polis percaya pembunuhan kejam itu mempunyai kaitan dengan sengketa beberapa kartel dadah yang beroperasi di bandar berkenaan.
Lebih 50,000 orang terbunuh sejak lima tahun lalu dalam jenayah terancang di Mexico. - Agensi

sudah baca artikle tu? mesti dah kan.macam dalam cerita je mase baru bukak artikle tu. main gantung mayat pulak. hem.. apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang nih. harap jangan la kat Malaysia pun nak buat bende bodoh macam tu. diaorang memang sudah tidak kenal dose pahale kot mase bunuh orang tuh. hati dah gelap sangat. so  nak bunuh orang pun tak fikir panjang lagi. main tibai je. ok la. ayah dah marah da tuh. suruh berenti main internet nih. ok abah kite tutup kejap lagi ye. nak kene log iut dulu baru boleh off. bye bye..

Tiada ulasan: