Jumaat, 18 November 2011

Perkahwinan pada 11:11 Pagi, 11/11/11 Berakhir Selepas Beberapa Minit Majlis Berakhir



Harapan seorang lelaki Bangladesh untuk membina sebuah perkahwinan yang bahagia dan kekal hingga ke anak cucu yang melangsungkan perkahwinan pada 11:11 pagi pada 11/11/11 musnah apabila pengantin perempuan meninggalnya beberapa minit selepas majlis perkahwinan itu berakhir.
Shawkat Khan memberitahu AFP bahawa dia tidak mengetahui sebab pengantin perempuan, iaitu Farzana Yasmin meninggalkan majlis itu, namun menurut Farzana dia berasa marah kerana permintaan hadiah hantaran melampau daripada keluarga lelaki termasuk sebuah peti sejuk dan televisyen.
"Untuk menjadikan majlis itu istimewa, saya menempah kad yang mahal, menjemput rakan dan saudara mara untuk menghadiri majlis itu," kata Shawkat 32 sambil menjelaskan bahawa majlis itu diadakan tepat pada 11.11 pagi pada 11/11/11.
Shawkat, seorang gurupercaya nombor 11 adalah nombor bertuah bagi dirinya.

copy from DCM

Tiada ulasan: