assalamualaikum
Peperiksaan
adalah sesuatu yang menakutkan dan menggerunkan bagi sesetengah
pelajar. Perasaan sebegini akan menjadi lebih teruk lagi jika minda
pelajar itu dipenuhi dengan imej-imej yang menunjukkan kegagalan,
kesusahan, pening kepala dan kekecewaan. Imej-imej begini dalam fikiran
pelajar akan menambahkan lagi debaran untuk menghadapi peperiksaan.
Jadi, apa yang pelajar harus lakukan untuk mengurangkan rasa debaran dan
kegelisahan ini?
Satu cara
yang efektif ialah dengan membayangkan kesudahan yang menggembirakan.
Sebelum hari peperiksaan menjelang, bayangkan hari peperiksaan tersebut
di dalam minda anda. bayangkan, peperiksaan sudah berakhir, dan anda
kelihatan gembira kerana telah menjawab dengan baik. Bayangkan dengan
jelas bagaimana rupa anda ketika tersenyum selepas peperiksaan.
Kemudian, rasakan perasaan gembira yang mengiringi senyuman itu. Ini
yang dimaksudkan dengan membayangkan kesudahan yang menggembirakan.
Mengapa
kita lakukan ini? Seperti yang saya katakan sebelum ini, kita adalah apa
yang kita fikirkan. Jika kita asyik fikirkan tentang kesusahan
peperiksaan, kita akan sentiasa risau dan tidak dapat menumpukan
perhatian kepada pelajaran. Akhirnya, kesusahan itu menjadi kenyataan.
Jadi tukar
imej susah dalam minda anda itu kepada kesudahan yang menggembirakan
yang saya katakan tadi. Insyaallah, kita akan rasa lebih tenang dan
kesudahan itu akan benar-benar menjadi kenyataan. Selamat mencuba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan