assalamualaikum
Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaan
Dapatkah
anda meneka apakah kesan baik tekanan perasaan kepada kita? Baiklah,
saya akan terangkan dulu apa kesan membuat latihan angkat berat.
Katakan
Ali berlatih angkat berat dan dia mengangkat besi seberat 20 kg beberapa
kali hingga dia tidak mampu mengangkatnya. Besi yang berat ini memberi
tekanan kepada otot-otot tangan Ali. Keesokan harinya, tangan Ali akan
terasa sakit. Ini disebabkan otot-otot pada tangan Ali telah rosak
disebabkan tekanan tadi.
Satu
perkara yang hebat mengenai manusia ciptaan Allah, jika otot-otot kita
rosak disebabkan tekanan benda berat tadi, ia akan digantikan dengan
yang BARU, LEBIH BESAR dan LEBIH KUAT.
Ini
bermakna, apabila Ali sudah hilang rasa sakit, kekuatan tangannya akan
bertambah. Sebab itulah sebenarnya jika mula-mula kita angkat beg
sekolah kita rasa berat, tapi lama kelamaan kita rasa biasa sahaja. Ini
kerana kekuatan kita telah bertambah.Begitu juga dengan tekanan
perasaan. Tekanan perasaan membuat kita pening kepala, sakit perut, rasa
nak muntah dan sebagainya. Tetapi kalau kita sabar, hadapi tekanan itu
dengan rasa yakin bahawa ia akan membuat kita lebih hebat, insyaallah
kita akan jadi lebih matang dan bijak. Kita buat soalan matematik
contohnya dan rasa pening, jika kita sabar dan hadapi tekanan itu dengan
tenang, kita akan rasa bahawa soalan matematik tidak lagi memberi
tekanan perasaan kepada kita. Ia seolah-olah kita sudah menjadi semakin
kuat.
Jadi,
sebagai langkah permulaan, ingat satu perkara ini. Jika anda rasa
tertekan, percaya bahawa apabila anda susah melaluinya anda akan jadi
lebih bijak dan matang dan anda akan lebih mempunyai peluang untuk
berjaya di dalam pelajaran atau dalam hidup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan