assalamualaikum
Apabila
disebut perkataan rehat, ramai pelajar yang terbayangkan perkataan
tidur. Bagi mereka, satu-satunya cara untuk berehat adalah dengan tidur.
Sebenarnya,
tidur adalah satu cara berehat. Tetapi ada beberapa perkara lain lagi
yang boleh dilakukan untuk berehat. Contohnya, bersiar-siar di waktu
petang, beriadah ringan, membaca buku kegemaran, menonton tayangan
gambar, mendengar muzik dan sebagainya.
Ada
beberapa petua tentang memilih aktiviti untuk merehatkan otak dan badan.
Pertama, anda perlu pilih mana aktiviti yang sesuai bagi anda, bukan
sesuai bagi orang lain. Contohnya, bila anda dengar kawan anda berehat
dengan membaca buku cerita, anda juga ikut baca buku cerita. Padahal,
anda rasa makin tertekan bila membaca buku cerita. Jadi, jangan ikut
orang lain, cari aktiviti yang sesuai untuk anda sendiri.
Kedua,
aktiviti yang dipilih jangan terlalu memenatkan. Jika terlalu
memenatkan, anda akan kehilangan tenaga untuk diluangkan kepada masa
mengulangkaji. Jika anda memilih untuk beriadah, jangan terlalu
memenatkan.
Ketiga,
buat aktiviti yang merehatkan otak itu dengan kadar sederhana. Jika anda
memilih untuk tidur, jangan tidur terlalu lama. Jika anda memilih untuk
membaca buku cerita atau majalah, jangan terlalu lama juga. Nanti masa
anda habis dalam membuat aktiviti ini sahaja pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan