assalamualaikum
Peperiksaan
sudah semakin hampir. Bagaimanakah perasaan anda? Tertekan? Letih?
Gementar? Atau anda rasa gembira kerana debaran sepanjang tahun ini akan
berakhir tidak lama lagi.
Merasa
gementar atau tertekan adalah perkara biasa. Namun perkara biasa ini
boleh menjadi luar biasa jika anda tidak boleh mengawalnya. Sewaktu saya
mengambil peperiksaan SPM pada tahun 1993, ada dua pelajar daripada
sekolah saya yang tidak dapat mengambil peperiksaan. Mereka tidak sihat
dan saya percaya ia disebabkan oleh tekanan menghadapi peperiksaan.
Soalan saya, apakah kesan tekanan menghadapi peperiksaan ini? Maksud
saya, apakah kesan-kesan yang anda boleh lihat akibat tekanan perasaan?
Tuliskan 10 jawapan anda di atas kertas. Saya beri masa 3 minit untuk
anda menulis kesan-kesan tekanan perasaan itu………… (3 minit dari
sekarang……………..)
(…….. dah
tulis….? Jangan sambung baca selagi anda belum tulis…. nanti anda tidak
dapat faham apa yang saya ingin sampaikan dalam mesej ini.)
Baiklah.
Apa yang ada dalam senarai anda? Antara kesan-kesan yang biasa pelajar
tulis ialah pening kepala, tumbuh jerawat, cepat marah, hilang mood,
hilang selera makan,(bertambah selera makan pun ada ), sakit perut,
sakit hati, hilang tumpuan, rasa nak pengsan, benci tengok kawan, benci
tengok muka guru, benci tengok muka sendiri, dan macam-macam lagi
perkara yang negatif. Ada tak contoh-contoh ini dalam senarai anda?
Baiklah.
Satu lagi soalan saya, dalam senarai anda, ada tak kesan yang positif
atau kesan yang baik? Hmm…. selalunya, saya tidak pernah tengok pelajar
tulis kesan yang baik bila ditanya tentang kesan tekanan perasaan.
Padahal, memang ada kesan yang baik.
Apakah
kesan baik tentang tekanan perasaan? Saya akan jawab esok. Tetapi saya
akan bagi ‘hint’. Kesan positif tekanan perasaan ada kaitan dengan orang
yang membuat senaman angkat berat. Apa agaknya ya? Fikirkan…….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan