assalamualaikum..
alang alang saye nak exam lagi 2 minggu. meh nak share sikit dengan korang tip-tip nih..doakan yek..result exam akhirr tahun saye ok..!
Sebelum
memasuki dewan peperiksaan, pasti anda pernah lihat kawan-kawan anda
sibuk membuka buku dan cuba menghafal fakta-fakta pelajaran kan? Apa
pendapat anda tentang perkara ini?
Jika anda
tanya saya, saya akan katakan bahawa ada bahayanya jika anda lakukan
perkara ini. Ini kerana, sebelum memasuki dewan peperiksaan, anda lebih
mudah panik. Katakan anda cuba menghafal sesuatu dan gagl menghafalnya,
anda akan masuk dewan peperiksaan dengan perasaan sangat gementar kerana
tidak menghafal fakta tadi. Ini mula mengganggu konsentrasi ingatan
anda terhadap fakta-fakta lain.
Akhirnya,
fakta yang anda tidak sempat hafal tadi mungkin tidak keluar langsung
dalam soalan, tetapi disebabkannya, anda lupa fakta lain yang anda telah
hafal sebelum ini. Ini semua disebabkan rasa panik dan gementar sebelum
memasuki dewan peperiksaan tadi. Jadi, berbaloikah anda membuka dan
menghafal nota disaat-saat akhir di luar dewan peperiksaan tadi?
http://www.osmanaffan.com/psikologi.htm
http://www.osmanaffan.com/psikologi.htm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan