JANGAN KONGSIKAN 10 PERKARA INI DALAM FACEBOOK | Jangan
Kongsi 10 Perkara Ini Dalam Facebook | Laman sosial memainkan peranan
penting dalam kehidupan anak muda masa kini. Namun, setiap di antara
kita harus berwaspada terutama apabila kita berkongsi maklumat kepada
umum menerusi apa-apa sahaja laman sosial. Facebook sebagai contoh
semakin pesat menjadi satu alat yang digunakan oleh majikan, ‘stalkers’
dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mencari butiran
mengenai seseorang. Penggodam juga mencari maklumat melalui perkongsian
peribadi sebagai jalan mudah untuk mereka melakukan sendikit penipuan
identiti.
Kali ini kita ingin berkongsi beberapa tips yang boleh diaplikasikan menerusi Facebook anda.
1. Tarikh lahir anda.
Mendedahkan tarikh lahir sebenar anda adalah sangat berisiko tinggi
apabila institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit
dan penyata bank. Malah, ia turut mendekatkan anda kepada kecurian
identiti.
2. Nama ibu anda.
Anda perlu ingat bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu
sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan
maklumat peribadi mengenai anda menerusi dalam talian.
3. Alamat rumah anda.
Tidak perlu rasanya paparkan alamat kediaman anda kepada umum kerana
penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam
talian apabila anda ‘update’- “Yeay, di Pulau Langkawi, cuti-cuti
Malaysia.”
4. Perjalanan jauh dari rumah.
Status yang memberitahu ketiadaan anda dirumah dalam sesuatu tempoh yang
panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah anda,
sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.
5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.
Jika anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah
turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah
anda.
6. Gambar yang tidak sesuai.
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat
turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’.
7. Pengakuan atau kekecewaan.
Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang,
terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan
anda jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati
dan mulut yang melaporkan.
8. Nombor telefon.
Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar
kerana anda berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual
(telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan anda.
9. Mengira detik percutian anda.
Lebih baik anda memberitahu rakan-rakan anda berkenaan percutian selepas
pulang dari bercuti daripada anda berkongsi perkiraan detik percutian
sebelum pergi bercuti.
10. Gambar di dalam rumah.
Anda mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah di lengkapi dengan
barang-barang berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai?
Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan
peluang untuk si pencuri menceroboh rumah anda sangatlah tinggi. Penulis
hanya ingin berkongsi maklumat tersebut berdasarkan pengalaman serta
pemerhatian penulis terhadap beberapa situasi yang pernah berlaku.
Sampaikan maklumat tersebut kepada rakan-rakan serta saudara mara anda
supaya mereka lebih berwaspada dan tiada diantara mereka menjadi mangsa
jenayah siber. Walaupun perkara ini nampak macam remeh, tetapi
sekurang-kurangnya langkah seperti ini mampu menjaga privasi anda dan
keluarga dengan lebih selamat lagi.sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan