Isnin, 14 November 2011

Jenazah Bayi Mangsa Pengguguran




Assalamualaikum dan salam blogger,gambar-gambar yang anda bakal saksikan di bawah adalah proses pengurusan jenazah bagi bayi-bayi mangsa pengguguran oleh ibu yang beragama Islam(samaada pengguguran haram atau pengguguran yang di lakukan atas sebab perubatan),bayi yang sudah sempurna dan cukup sifat itu tidak dituntut keluarga setelah selesai proses pengguguran di ambil dari hospital dan klinik sekitar singapura(Saya kira di Malaysiapun banyak juga kes-kes sebegini)

Mayat-mayat bayi-bayi tak berdosa yang sudah cukup sifat ini di mandikan ,di kafankan dan di semadikan secaraIslam(Jika ibunya dikenalpasti orang Islam)

Saya pasti melihat gambar-gambar dibawah akan membuatkan hati menjadi sayu,geram dan marah bagi orang-orang yang mempunyai hati

SETENGAHNYA masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat.

Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama 16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan.



Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, disembahyangkan (gambar sisipan) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang.

Suasana menyayat hati di bilik mandi mayat Masjid Pusara Aman dapat dilihat setiap minggu.

Kesemua janin Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat. Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH).


Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di hospital-hospital tersebut.
Di bawah pula ialah video youtube bagaimana proses pengguguran bayi dilakukan,badan bayi itu hancur ,kaki dan tangannya di tarik sehingga putus satu persatu tanpa perikemanusiaan.

-Sebarang pandangan berkaitan N3 ni klik disini-

Tiada ulasan: